4 ANGKASA
DISEMBER 2021
Oleh NADIAH KAMARUDIN & NOR AZAH ABD. AZIZ
Pelbagai Peluang Disediakan untuk Galak Graduan Jadi Usahawan – Tan Sri Noh Yayasan ANGKASA Taja Pembiayaan Pendidikan 185 Pelajar
Kementerian Pembangunan Usa- hawan dan Koperasi (MEDAC) melalui agensi-agensi di bawahnya menyediakan pelbagai peluang untuk graduan menjadikan usahawan sebagai kerjaya supaya tidak terus bergantung pada kerja 'makan gaji'. Usaha ini adalah selari dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan 'bangsa usahawan'. Demikian inti pati ucapan perasmian Menteri MEDAC, YB Tan Sri Noh Haji Omar pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Anugerah Pelajar Cemerlang (Ijazah Kelas Pertama) Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2021/2022 bertempat di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya pada 19 Disember 2021. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha MEDAC, Dato’ Suriani Dato’ Ahmad; Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Rusli Jaafar; Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Datuk Mohd Ali Mansor dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang juga mewakili Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA, Haji Muthado Bahri. Menurut Tan Sri Noh, mahasiswa atau graduan yang mengikuti pelbagai kursus yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah MEDAC akan dibantu dari segi suntikan modal untuk mereka memulakan perniagaan. “Kita (MEDAC) tidak mahu mereka merasakan yang pergi ke kursus hanya semata-mata untuk mendapatkan sijil,” ujar beliau. Beliau turut memuji ANGKASA yang peranan utamanya adalah merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi serta meletakkan pendidikan anggota dan anak-anak mereka sebagai keutamaan. “Pembiayaan Yayasan ANGKASA yang boleh ditukarkan sebagai biasiswa sekiranya pelajar
Tan Sri Noh (tengah) bersama para pelajar yang telah menerima surat tawaran pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA Sri Noh (tengah) bersama para pelajar yang telah menerima surat tawaran pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA untuk sesi 2021 (pengambilan baru) dan pelajar-pelajar yang telah menerima Anugerah Pelajar Cemerlang di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya pada 19 Disember 2021.
Tan Sri Noh menyampaikan surat tawaran pembiayaan Sri Noh menyampaikan surat tawaran pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA kepada wakil pelajar untuk program ijazah sarjana (Master) kepada saudara Ayadi Muhajir Khusairi.
Tan Sri Noh mengucapkan tahniah kepada saudari Nur Sri Noh mengucapkan tahniah kepada saudari Nur Farzana Rosli yang telah menerima biasiswa penuh daripada Yayasan ANGKASA berjumlah RM16 ribu.
Saudara Muthukumar a/l Ananthan yang merupakan Muthukumar a/l Ananthan yang merupakan wakil pelajar lelaki untuk program ijazah Doktor Falsafah menerima surat tawaran pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA.
Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga MyANGKASA Amanah Pengerusi Ahli Lembaga MyANGKASA Amanah Berhad merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail menyerahkan replika cek sumbangan kepada Yayasan ANGKASA.
Saudara Mohamad Safwan Mohd Sabri mengetuai bacaan lafaz ikrar pelajar Mohamad Safwan Mohd Sabri mengetuai bacaan lafaz ikrar pelajar baharu pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA sesi 2021/2022 sambil disaksikan Tan Sri Noh dan barisan dif jemputan.
Tan Sri Noh bergambar bersama barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease