5 ANGKASA
DISEMBER 2021
memperoleh ijazah kelas pertama memberi motivasi kepada mahasiswa untuk berusaha lebih gigih lagi bagi mendapat keputusan yang cemerlang," ujar beliau. Seramai 185 orang pelajar yang sedang menyambung pengajian di peringkat ijazah, ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD) telah menerima surat tawaran pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA untuk sesi 2021 (pengambilan baharu). Dalam majlis yang sama, seramai 19 daripada 25 orang pelajar yang telah dianugerahkan biasiswa penuh daripada Yayasan ANGKASA setelah berjaya merangkul ijazah kelas pertama telah menerima Anugerah Pelajar Cemerlang.
Mereka membawa pulang sijil dan plak penghargaan serta sumbangan wang tunai berjumlah RM200. Yayasan ANGKASA juga telah menerima sumbangan wang tunai daripada MyANGKASA Amanah Berhad, Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad dan Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA melalui dana Infaq Lil-Waqf ANGKASA. Sementara itu, Presiden ANGKASA merangkap Presiden A SEAN Co-operative Organization (ACO) , Dato' Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah dalam ucapan aluannya menzahirkan ucapan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang
Tabung Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA yang terdiri daripada individu, koperasi dan badan korporat. Menurut beliau, pembiayaan pendidikan oleh Yayasan ANGKASA merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial ANGKASA kepada gerakan koperasi khususnya anggota dan anak-anak anggota dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi serta memberi sumbangan terhadap pembangunan gerakan koperasi dan negara. "Sejak ditubuhkan pada tahun 2000, Yayasan ANGKASA telah menaja seramai 1,312 orang pelajar di pelbagai peringkat dan
bidang pengajian dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM27.2 juta. ANGKASA juga memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada Tabung Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA setiap tahun," ujar Dato' Dr. Abdul Fattah. Hadir sama ke majlis ialah barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA iaitu Datuk Haji Ahmad Jamil Hashim, Datuk Haji Md Yusof Haji Samsudin, Haji Nasir Khan Yahaya dan Datuk Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad serta barisan Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa.
Sebahagian Reaksi Penerima Tajaan Yayasan ANGKASA
MOHAMAD SAFWAN MOHD SABRI Kursus Ijazah Sajana Muda Pengurusan Awam Universiti Utara Malaysia (UUM) Bertugas di bahagian Pentadbiran di IPD Cheras. Berazam untuk menghabiskan pembelajaran dengan kelulusan cemerlang selain mahu memastikan kerjasama dua hala antara Polis Diraja Malaysia dengan ANGKASA terus terjalin dan memberi manfaat kepada gerakan koperasi khususnya.
AINUR FATIHA SAIDI Ijazah Sarjana Muda Pengkomputeran dan Pengurusan Perniagaan Universiti Kuala Lumpur (UNiKL) Memperoleh CGPA 3.70, kini berkhidmat sebagai Penganalisa Perniagaan di Tomei Consolidated Berhad. Berminat menjadi sukarelawan dan sedia menyertai apa sahaja program yang dijalankan oleh gerakan koperasi terutamanya ANGKASA dan pihak Yayasan.
AHMAD AMMAR AHMAD SHAFRIN Doktor Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM)
MUHAMMAD AZRUL NAIM AZHAR Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Saya mencadangkan supaya Yayasan ANGKASA melabur dana yang ada dalam instrumen pelaburan yang rendah risiko. Namun, masih mampu memberikan pulangan bagi membantu perkembangannya.
Peluang yang diberikan oleh pihak yayasan akan dimanfaatkan sebaik mungkin dan jasa baik ANGKASA akan dibalas semula dengan sumbangan idea dan tenaga demi memartabatkan masa depan generasi akan datang dalam menimba ilmu.
NURSABRINA ALYA MOHD SABRI Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Malaya (UM)
WAN NURWAJIHAH WAN ANUAR (PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG Ijazah Sarjana Muda Sains Statistik Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Selain bekerja dengan ANGKASA, beliau akan turut menyertai koperasi. Apabila bekerjaya, beliau akan menjadi penceramah menyampaikan manfaat kerjaya dalam bidang koperasi. Beliau juga mengalu-alukan anggota koperasi sekolah untuk mendalami bidang tersebut dan menyertai Yayasan ANGKASA bagi meringankan beban keluarga. Ibunya adalah merupakan seorang daripada anggota Koperasi Guru Malaysia Berhad.
Kini berkhidmat sebagai pelatih di Malaysian Communication and Multimedia Commission, berazam untuk menyokong kegiatan koperasi dengan terus menjadi anggota dalam mana-mana koperasi.
WAN NURUL ALYA WAN ABDUL MALEK Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (kepujian) Kewangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Berazam untuk menjadi anggota koperasi di universiti dan membantu kepimpinan koperasi di universiti dalam menjaga kebajikan anggotanya.
PUTERI YASMEEN QISTIENA MOHAMAD YAZRIN Kursus Ijazah Sajana Muda Pengurusan Awam Universiti Teknologi MARA (UiTM) Berazam untuk memberi sumbangan idea bagi memajukan yayasan serta membantu menaiktaraf gerakan koperasi di Malaysia ke tahap yang lebih membanggakan.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease