WADAH PELANCAR EDISI DISEMBER 2021

6 ANGKASA

DISEMBER 2021

Perkenal Potongan Gaji Takaful Kenderaan Kerjasama PERKESO – MAAB – A TECH INSURE

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

Kerjasama dalam inisiatif kewangan antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), ANGKASA melalui MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) dan A Tech Insure Sdn. Bhd. menandakan bermulanya satu lagi penanda aras baharu dalam usaha PERKESO memperluaskan aktivitinya kepada kakitangan awam, pesara dan orang kelainan upaya (OKU) khususnya golongan B40. Menteri Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, pelaksanaan skim yang memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah itu turut melibatkan penggunaan teknologi digital terkini. Selari dengan komitmen Kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan 'Keluarga Malaysia', penggunaan analisis data turut digunakan untuk membuat penelitian ketat terhadap bakal pembeli bagi meminimumkan risiko sekali gus memudahkan pelanggan membuat pembelian takaful kenderaan secara 'Seamless Experience' . "Saya percaya, inisiatif ini akan dapat membantu meringankan beban kewangan apabila mereka memperoleh polisi takaful kenderaan dan cukai jalan dengan kos yang minimum," ujar beliau. Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Majlis

Datuk Seri M. Saravanan (berdiri empat dari kiri) menyaksikan sesi menandatangani perjanjian Skim MyezyCover antara Seri M. Saravanan (berdiri empat dari kiri) menyaksikan sesi menandatangani perjanjian Skim MyezyCover antara PERKESO, MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) dan A Tech Insure Sdn. Bhd. Turut sama ialah Dato’ Dr. Abdul Fattah (berdiri dua dari kiri) dan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (berdiri paling kiri).

Menandatangani Untuk Pelaksanaan Skim MyezyCover antara PERKESO, MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) dan A Tech Insure Sdn. Bhd. pada 24 November 2021. Perjanjian Perjanjian tersebut adalah bagi melaksanakan Skim MyezyCover untuk

pembelian takaful kenderaan secara ansuran tanpa faedah serta patuh syariah. Majlis yang berlangsung di Menara PERKESO, Kuala Lumpur itu turut dihadiri Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Haji Awang Hashim; Presiden ANGKASA, Dato' Dr. Abdul Fattah Haji

Abdullah; Pengerusi Lembaga PERKESO, Prof. Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohamed Haniffa Haji Abdullah; Pengerusi MAAB merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Pengerusi A Tech Insure Sdn Bhd, Tan Sri Dr. Abu Kassim Mohamed.

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Peluang Koperasi Sertai Industri Kurier

Kecenderungan terhadap penggunaan platform dalam talian kian rancak sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19 kerana ia menjadi kaedah selamat untuk membeli barangan serta perkhidmatan yang diperlukan tanpa perlu keluar rumah. Menyedari situasi ini, sektor koperasi tidak terkecuali dalam menyediakan platform digital khususnya dalam mengembangkan bidang ekonomi baharu melalui kerjasama dengan syarikat swasta khususnya dalam industri kurier. Usaha ini direalisasikan dalam satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Koperasi 1 Malaysia Berhad dan Syarikat PARCEL365 Sdn. Bhd. yang berlangsung pada Majlis Jalinan Kerjasama Sistem Penghantaran Dan Penerimaan Bungkusan Secara Aplikasi Internet bertempat di Dewan Dato’ Mohd Ali Baharum, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, Selangor, pada 14 Disember 2021. MoU berkenaan menyaksikan Koperasi 1 Malaysia Berhad diwakili Bendaharinya, Datuk Jefree Zain Affendi Dan Yunan dan Setiausahanya, Haji Borhan Mat Aris manakala Syarikat PARCEL365 Sdn. Bhd. diwakili dua Pengarah Urusannya, Encik Eddie Mok Yew Keong dan Encik Lee Swee Yao sambil disaksikan Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, YB Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Presiden ASEAN Co-Operative Organization (ACO) merangkap Naib Presiden Ikatan Koperasi

Antarabangsa – Asia Pasifik (ICA-AP), Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah. Dalam ucapan perasmian Datuk Zahidi, beliau mahu sektor koperasi bersama-sama menjadi rakan strategik dengan syarikat swasta dengan menyertai pembangunan teknologi maklumat mengikut keperluan dan kesesuaian untuk manfaat anggota koperasi. Katanya, kolaborasi strategik ini diharap dapat membuka peluang lebih luas kepada koperasi dan anggota kerana dengan semangat kerjasama ini, ia dapat memberi sinergi yang jitu dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada semua. “Saya percaya produk yang dihasilkan menerusi kerjasama ini iaitu perkhidmatan PARCEL365 dapat membantu mempermudahkan urusan penghantaran dan penerimaan bungkusan sekali gus mengatasi masalah dan cabaran yang dihadapi oleh industri kurier,” katanya. Sementara itu, Dato’ Dr. Abdul Fattah dalam ucapan aluannya menyatakan dengan penggunaan Smart Box Parcel365 ini pengguna bakal mendapat khidmat penghantaran dan penerimaan bungkusan secara mudah menerusi makluman secara dalam talian dan perjalanan bungkusan dapat dikesan di peringkat awal sehingga sampai di tangan pengguna. “Perkhidmatan PARCEL365 ini juga turut memberi manfaat kepada koperasi khususnya dalam pemasaran produk koperasi dan menerusi kemudahan ini, koperasi-koperasi di seluruh negara dapat

Datuk Zahidi (kanan) dan Pengarah Zahidi (kanan) dan Pengarah PARCEL365 Sdn. Bhd., Encik Eddie Mok Yew 365 Sdn. Bhd., Encik Eddie Mok Yew Keong (kiri) melakukan simbolik memasukkan bungkusan barang ke dalam Smart Box Parcel365.

menyambut baik dan menggunakan perkhidmatan ini dalam usaha mewujudkan rangkaian pemasaran produk koperasi secara lebih berkesan merentasi sempadan,” katanya. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Bahagian Pos dan e-Commerce, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Encik Zaidi Abdul Karim; Anggota-Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan

Dr. Mohd Azlan Yahya; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Penasihat Korporat (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin; Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Encik Hasnan Haji Mustapha; Pengurus Besar Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA, Haji Noorashidi Nazari dan Pengurus Besar Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease