7 ANGKASA
DISEMBER 2021
Koperasi sebagai Wadah Kemajuan Industri dan Nilai Insani
Oleh RAHMAT MOHD DID
membantu mereka untuk bangkit kembali selain merancakkan penubuhan koperasi baharu dengan bantuan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan ANGKASA," jelasnya. Sebelum itu, Presiden ANGKASA, Dato' Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapan aluannya berkata, pelaksanaan karnival ini diadakan tepat pada masanya tatkala rakyat terutamanya mereka yang termasuk dalam golongan B40 masih terkesan dengan pandemik COVID-19. Katanya, ini merupakan peluang untuk mereka dan masyarakat setempat berbelanja bagi mendapat barangan keperluan pada harga patut, selain dapat merangsang semula kegiatan ekonomi demi kesejahteraan negara dan semua pihak. Karnival ini juga merupakan satu inisiatif ANGKASA negeri untuk menghimpunkan perniagaan koperasi daripada pelbagai kluster perkhidmatan di negeri tersebut selain menawarkan pelbagai produk kepada pembeli pada harga yang berpatutan. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Mantan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato' Seri Hilmi Yahaya, Wakil Pengarah SKM Pulau Pinang, Puan Arnida Alias, Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Utara, Dr. Zurita Mohd Salleh, Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dr. Mohd Azlan Yahaya; barisan Anggota jawatankuasa Jawatankuasa perhubungan negeri (JPAN) Pulau Pinang yang diketuai pengerusinya, Tuan Haji Mohd Jamil Othman serta Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Kelantan, Sarawak, Terengganu, Melaka dan Sabah.
Salah satu fokus dalam Agenda Pulau Pinang 2030 adalah memperkasa komuniti dan menjadikannya komponen penting bukan hanya dari segi kemajuan industri, tetapi juga nilai insani. Menurut Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, DatMenurut Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, gerakan koperasi di negeri ini mampu menjadi wadah bagi mencapai matlamat tersebut kerana selain dapat membantu dari segi ekonomi, ia juga merupakan instrumen perpaduan masyarakat. "Hasrat saya adalah untuk menggalakkan penubuhan Koperasi Kariah Masjid (KKM) di semua masjid di negeri ini seterusnya menjadikan umat Islam sebagai penyumbang utama ekonomi negeri melalui gerakan koperasiā, ujar beliau dalam ucapan di Majlis Perasmian Jubli Emas 50 Tahun ANGKASA bersama Program ' Malaysian Coop Plate (MCP)' dan Karnival Harga Patut ANGKASAMart di Perkarangan Pejabat ANGKASA Pulau Pinang pada 12 Disember 2021. Program tersebut berlangsung selama tiga hari sejak 10 Disember 2021 dengan pelbagai pengisian termasuk Program Jalan Sihat, Sesi Uji Rasa oleh Panel MCP dan Kempen Derma Darah ANGKASA Pulau Pinang. Katanya lagi, sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Koperasi dan Pemerkasaan Komuniti, beliau turut berhasrat untuk meningkatkan jumlah perolehan KKM daripada RM3 juta sekarang ke RM5 juta tahun hadapan. "Jumlah KKM di Pulau Pinang sekarang adalah lebih kurang 40 buah koperasi, tetapi kebanyakannya sudah tidak aktif. Kami akan memberi fokus dalam
Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berucap sewaktu merasmikan Majlis.
Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin (tiga dari kiri) mengetuk gong sebagai gimik perasmian.
Melawat gerai ' Malaysian Coop Plate (MCP)' dan melihat produk-produk yang ditawarkan koperasi.
Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin menyerahkan plak ' Malaysian Coop Plate (MCP)' kepada peniaga koperasi yang terlibat menjayakan program.
Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bergambar kenangan bersama kesemua dif-dif kehormat yang hadir.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease