WADAH PELANCAR EDISI DISEMBER 2021

8

DISEMBER 2021

Perhimpunan Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia Pasifik (ICA-AP) ke-15 Koperasi Diseru Hayati Identiti Koperasi

Oleh NADIAH KAMARUDIN

menjadikan jumlah keseluruhan keahlian terkini sebanyak 112 organisasi dari 31 negara. Kepimpinan tertinggi ANGKASA yang telah hadir ke perhimpunan secara dalam talian ialah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization , Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya dan Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa. Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Global ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya telah hadir secara fizikal. Perhimpunan Serantau ICA-AP yang diadakan secara dwitahunan merupakan platform yang menghimpunkan semua ahli dari rantau tersebut untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan pembangunan koperasi. Perhimpunan ini juga memberi peluang kepada ahli untuk membina rangkaian dan membentuk kerjasama untuk manfaat bersama. Perhimpunan tersebut yang diwakili oleh semua ahli secara langsung turut memiliki autoriti tertinggi untuk memilih Lembaga ICA-AP seramai 11 orang yang terdiri daripada seorang Presiden, dua Naib Presiden dan lapan Ahli Lembaga yang akan berkhidmat bagi tempoh empat tahun. Dr. Chandrapal Singh Yadav daripada National Cooperative Union of India telah dipilih sebagai Presiden ICA-AP yang baharu menggantikan Mr. Li Chunsheng. Dato’ Dr. Abdul Fattah dan Mr. Cai Zhenhong daripada All China Federation of

Gerakan

koperasi

terus

membuktikan keupayaannya

kemampuan

dan

sebagai sebuah model yang mempunyai kemampuan dan keupayaan untuk mendepani pelbagai cabaran global seperti ancaman kesihatan, ketidaktentuan ekonomi dan perubahan iklim. Demikian ucapan pembukaan Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Dr. Ariel Guarco sempena Perhimpunan Serantau ICA – Asia dan Pasifik (ICA-AP) ke-15 yang diadakan secara hibrid di Grand Walkerhill Hotel, Seoul, Korea pada 30 November 2021. Mesyuarat untuk beberapa jawatankuasa sektoral dan tematik yang telah dibentuk oleh ICA- AP pula telah dijalankan pada 28 dan 29 November. Menurut beliau, koperasi memiliki kapasiti dari aspek inovasi sosial dan ekonomi untuk memenuhi permintaan yang muncul dalam setiap komuniti. Beberapa koperasi di rantau Asia Pasifik berada di kedudukan utama dalam World Cooperative Monitor dan ini menunjukkan kemahiran keusahawanan yang hebat. “Saya yakin rantau Asia Pasifik akan terus menjadi tonggak utama untuk gerakan koperasi dunia,” ujar Dr. Ariel. Beliau menyeru koperasi untuk menghayati identiti koperasi dengan menganalisis, memahami dan mengukuhkan nilai dan prinsip koperasi serta terus mempamerkan model perniagaan koperasi mampu mengukuhkan integrasi ekonomi dan sosial di setiap negara, serantau dan global. Perhimpunan ICA-AP ke-15 telah dirasmikan oleh Pengerusi National Agricultural Cooperative Federation , Korea, Mr. Sung-hee Lee dan telah dipengerusikan oleh Presiden ICA- AP, Mr. Li Chunsheng serta dibantu oleh Pengarah Serantaunya, Mr. Balasubramanian Iyer. Sebanyak 11 agenda telah dibentangkan pada perhimpunan kali ini antaranya adalah pengesahan minit Perhimpunan Serantau ICA- AP ke-14, laporan kewangan untuk tahun 2020, situasi keahlian semasa dan laporan daripada jawatankuasa sektor/tematik. ICA-AP telah meluluskan permohonan keahlian daripada empat buah koperasi dari tiga negara iaitu India, Jordan dan Filipina sejak perhimpunan ke-14 sekali gus

Pengerusi National Agricultural Cooperative Federation , Korea, Mr. Sung- hee Lee.

Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Dr. Ariel Guarco.

Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik (ICA-AP), Mr. Li Chunsheng.

Pengarah Serantau ICA-AP, Serantau ICA-AP, Mr. Balasubramanian Iyer.

Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik mengikuti Perhimpunan Serantau ICA-AP ke-15 secara dalam talian.

Dr. Chandrapal Singh Yadav daripada National Cooperative Union of India menggantikan Mr. Li Chunsheng sebagai Presiden ICA-AP yang baharu.

Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Global ICA, Dato’ Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Global ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya menghadiri perhimpunan secara fizikal.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease