Muat Turun Aplikasi PELANCAR PERCUMA
CoopCare ANGKASA Bantu Mangsa Banjir di Kuala Lipis >> 10
ANGKASACoop
RM1.00 www.angkasa.coop
JANUARI 2021 JILID: WP03 / 01
Bersama Jana Peningkatan Jualan Koperasi
>>02
MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) bersedia menyediakan tempat Latihan Industri untuk pelajar di bawah tajaan Yayasan ANGKASA bagi mengikuti kursus. MAAB Buka Peluang Kerjaya
>>09
Ejen Baharu MAAB Di Gombak >>09
Selamat Datang ke Persada Koperasi Dato’ Suriani Binti Dato’ Ahmad ANGKASA mengucapkan Salam Perkenalan dan mengalu-alukan perlantikan Dato’ Suriani sebagai Ketua Setiausaha MEDAC yang baharu.
Boleh dikatakan ANGKASA telah berjaya meletakkan asas yang kukuh dan kedudukan mapan gerakan koperasi sekolah pada tahap terbaik pada hari ini. Usaha ini tidak mudah. Ia melalui proses yang panjang, berstrategi dan penuh kesabaran. Pembangunan Koperasi Sekolah : Keberkesanan Hubungan ANGKASA-KPM
>> 03
>>14
Coop Farmasi KAKIB Mula Operasi
Permintaan Melalui Aplikasi JimatShop Terus Meningkat
>> 07
>>19
2
ANGKASA
Bersama Jana Peningkatan Jualan Koperasi
Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI
» Datuk Saarani turut diberi penerangan oleh Dato’ Abdul Fattah mengenai projek Barangan Asas 100 (BA100).
J ualan produk dan perkhidmatan koperasi perlu lebih diperkasa menerusi kepelbagaian strategi pemasaran sebagai langkah untuk merangsang kembali sosioekonomi sektor koperasi dan anggotanya yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Pandangan tersebut disuarakan oleh Menteri Besar Perak, YAB Datuk Saarani Mohamad sewaktu menerima kunjungan ANGKASA yang diketuai Presiden, Dato’ Abdul Fattah Abdullah.
Menurut Datuk Saarani, strategi pemasaran yang lebih ampuh dilihat sangat perlu dan perlu diberi tumpuan khusus oleh ANGKASA bagi membantu menjana peningkatan jualan koperasi terutamanya terhadap produk peruncitan, pertanian dan pelancongan. Katanya, kerajaan negeri sedia memberikan sokongan selain membentuk kerjasama bagi mencari jalan terbaik untuk membantu menjana semula perniagaan koperasi terutamanya yang memiliki produk dan perkhidmatan berpotensi.
Dalam perbincangan yang berlangsung di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh itu, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk membincangkan perkara tersebut secara lebih mendalam dalam sesi pertemuan selanjutnya bersama pemimpin- pemimpin koperasi. Antara yang hadir dalam kunjung hormat tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abd. Razak Shaik; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri dan Timbalannya, Haji Anjang Ab. Rahman Mat serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.
Dari Meja Presiden ANGKASA
I stilah ‘Berprihatin Terhadap Masyarakat’ seperti yang termaktub dalam prinsip koperasi ke-7 jelas memberi makna yang sangat mendalam terhadap identiti sebenar gerakan koperasi. Ketidaktentuan ekonomi yang melanda dunia sepanjang tahun 2020 telah membuka hati dan minda kita sebagai anggota koperasi untuk lebih menghargai kemakmuran sejagat dan bersama-sama mendukungi prinsip tersebut. Koperasi boleh membuktikan kepada masyarakat dengan memainkan peranan secara lebih proaktif membantu mereka yang sangat memerlukan. Buktikan kepada mereka bahawa gerakan koperasi bukanlah sebuah pertubuhan yang hanya berfungsi untuk mengejar keuntungan ekonomi semata- mata, malah turut berfungsi dalam membantu masyarakat sama ada ketika susah dan senang. Pelbagai bentuk bantuan boleh dihulur kepada masyarakat baik dari segi kewangan dan barangan keperluan asas, kemudahan diskaun belian, bantuan tenaga manusia
atau kemudahan lain seperti menyediakan perkhidmatan secara percuma kepada masyarakat setempat. Marilah kita bersama-sama memartabatkan kelestarian gerakan koperasi dengan menghulurkan bantuan dan sokongan kepada masyarakat iaitu melalui pendekatan seperti itu, hati dan minda mereka mungkin akan lebih terbuka untuk menghargai, mendekati dan akhirnya menyertai koperasi. Dalam kesempatan ini juga, saya secara peribadi ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh anggota koperasi dan berdoa
agar kita terus dilimpahi rahmat Allah SWT dalam mengharungi tahun yang mendatang.
Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA
SIDANG PENGARANG Presiden Dato’ Abdul Fattah Abdullah
Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd.
Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Dato’ Haji A. Aziz Deraman Datuk Zulkefli Hamzah Dr. Zaharani Ahmad Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)
Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Halim Haji Ibrahim
Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin
Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail
Pengurus Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat Telefon: 03-7884 6491 E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya
Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin
Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik
3
ANGKASA
Selamat Datang ke Persada Koperasi Dato’ Suriani Binti Dato’ Ahmad
Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI
SAJAK
BELASUNGKAWA PAK UNGKU ABDUL AZIZ, 98 (28.1.1922-15.12.2020)
Takziah, ini pernyataan turut rasa berdukacita atas pemergian tokoh kita tokoh ternama segala bidang.
Di lapangan ekonomi rakyat miskin terus dibasmi berpandu ilmu berubah maju bervisi Di bidang bahasa budaya sastera pantun santun hiduplah setara seperti bangsa lain maju dalam segala. Dalam koperasi tubuh ANGKASA berpakat dan berkerja bersama-sama memajukan apa juga bidang niaga. Apabila maju boleh pergi haji ditubuhkan Tabung Haji untuk semua idea pemikirannya kekal selama. Pelajaran itulah yang lebih utama anak Melayu jadi penerajunya Universiti Malaya tempat tumpuannya. Kita kehilangan tokoh terbilang tokoh cemerlang segala bidang memajukan Melayu suaranya lantang. Kitalah pengisi perjuangannya berpandukan ilmu memajukan Melayu usah berpecah sentiasalah bersatu.
» Pelan pembangunan koperasi peruncitan antara yang diberi penekanan dalam perbincangan Dato’ Suriani dan Dato’ Abdul Fattah.
K etua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Dato’ Suriani Binti Dato’ Ahmad telah sudi menerima kunjung hormat ANGKASA di pejabat beliau di Putrajaya pada 5 Januari lalu. Sesi kunjung hormat tersebut diketuai Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah dengan diiringi Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim. Di samping mengucapkan salam perkenalan serta mengalu-alukan pelantikan Dato’ Suriani sebagai Ketua Setiausaha MEDAC yang baharu, Dato’ Abdul Fattah juga turut berkesempatan menerangkan secara ringkas sejarah penubuhan dan peranan ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi di Malaysia. Semasa pertemuan tersebut, Dato’ Suriani telah menekankan kepentingan elemen pemantauan yang berterusan selain pembentangan laporan yang lebih spesifik serta konsisten terhadap perniagaan yang dijalankan oleh ANGKASA serta subsidiarinya. Beliau juga turut berharap agar konsep kedai runcit koperasi khususnya di kawasan pedalaman perlu diberi perhatian selain ditambah baik dari segi
pengurusan dan tadbir urus inventori secara lebih teratur. Kedua-dua belah pihak juga turut berbincang tentang projek pengeluaran produk tenusu menerusi Heifers Park ANGKASA dan projek-projek berimpak tinggi yang lain di bawah pengurusan ANGKASA Niaga. Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi MEDAC, Dr. Hajah Salmah Ishak dan Pegawai Khas kepada KSU, Encik Noor Izwan Zabarudin.
» Dato’ Suriani melihat sebahagian produk koperasi yang diberi oleh ANGKASA.
AMI MASRA ANGKASA, Kelana Jaya
14, Jalan USJ 4/1D, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Dr Aminudin Mansor
4
BELASUNGKAWA
Jasa dan budi Almarhum Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dalam kisah perjuangannya terhadap gerakan koperasi di Malaysia menjadi simbol manifestasi perjuangan dan semangat yang terus kekal sehingga kini. Prof. Diraja Ungku Aziz : Perginya Seorang Pejuang Koperasi
‘Sadik, Amanah dan Telus’ yang menjadi falsafah perjuangan beliau terus dipegang oleh seluruh warga Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dalam usaha berterusan untuk melonjakkan taraf sosioekonomi koperasi dan seluruh anggotanya. Almarhum yang lebih mesra dengan panggilan Pak Ungku menjadi individu yang bertanggungjawab di sebalik penubuhan ANGKASA yang secara rasminya ditubuh dan didaftarkan pada 12 Mei 1971. Idea dan cadangan penubuhan ANGKASA telah dicetuskan oleh beliau menerusi Kongres Kerjasama Malaysia pada tahun 1966 dan Kongres Kerjasama Se-Malaysia Kedua pada tahun 1971. Peranan Pak Ungku selaku Yang Dipertua ANGKASA pada waktu itu terus
puncak yang berperanan menyatu dan mewakili gerakan koperasi di peringkat nasional dan antarabangsa. Almarhum juga turut bertanggungjawab menghidupkan program pembangunan koperasi di peringkat sekolah, memacu program keusahawanan koperasi sehingga ke peringkat an-tarabangsa selain turut memperkenalkan sukan petanq yang dijadikan sebagai sukan rasmi koperasi. Jasa dan pengorbanan Allahyarham yang pernah dinobatkan sebagai ‘Tokoh Koperasi Negara’ pada tahun 2002 dan ‘Rochdale Pioneers Award’ oleh Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) pada tahun 2007 akan terus dikenang dan kekal terpahat dalam lipatan sejarah gerakan koperasi di Malaysia.
>> Almarhum Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid (28 Januari 1922 - 15 Disember 2020).
bersemarak dengan pelbagai momentum perjuangan dan pencapaian. Sumbangan Allahyarham dalam ke- pimpinannya selama 38 tahun di ANGKASA (1971-2009) telah memperlihatkan banyak kejayaan dan komitmen da- lam membantu
>> Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid Menerangkan tentang ‘Sekolah Komputer ANGKASA (RANGKOM) pada tahun 1986.
memartabatkan gerakan koperasi s e h i n g g a A N G K A S A oleh kerajaan s e b a g a i
berjaya >> Prof. Diraja Ungku A. Aziz menerima Anugerah Tokoh Koperasi Negara daripada Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sempena Hari Koperasi Negara pada Julai 2002. diiktiraf pada 23 Mei 1996 sebuah badan
>>
Prof. Diraja Ungku A. Aziz memperkatakan sesuatu kepada wakil koperasi di PKTA Ke-24 pada Januari 2008.
>> Prof. Diraja Ungku A. Aziz memberi penerangan tentang sistem pengiraan undi digital yang dibangunkan oleh ANGKASA pada November 2007.
>> Prof. Diraja Ungku A. Aziz meneliti kandungan barangan semasa mengunjungi salah sebuah gerai ekspo koperasi di PKTA Ke-24 pada Januari 2008.
>> Prof. Diraja Ungku A. Aziz mengetuai Ikrar pada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tadbir (JKT) selepas Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke-23 pada Februari 2007.
5
BELASUNGKAWA
>> Prof. Diraja Ungku A. Aziz menunjukkan pingat dan sijil Rochdale Pioneers Award yang diterima semasa Perhimpunan Agung ICA yang berlangsung di Singapura pada 19 Oktober 2007.
>> Yang di-Pertuan Agong Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman bersalam dengan Prof. Diraja Ungku A. Aziz semasa menerima Anugerah Tokoh Maal Hijarah 1418 pada Jun 1997.
>> Prof. Diraja Ungku A. Aziz menerima cenderamata daripada Pengarah ICA Asia-Pasifik, Encik Shil-Kwan Lee pada November 2005.
>> Prof. Diraja Ungku A. Aziz bersama pemenang pada Majlis Perasmian Perayaan Hari Koperasi Antarabangsa Ke-78 dan Hari Koperasi Sekolah pada Julai 2000.
>> Prof. Diraja Ungku A. Aziz bergambar bersama dua peserta terbaik Kuiz Koperasi tahun 1998.
>> Prof. Diraja Ungku A. Aziz menghadiri Mesyuarat Majlis Umum (General Council) Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) di Humburg, Persekutuan Republik Jerman pada Oktober 1977.
>> Prof. Diraja Ungku A. Aziz memberi ceramah dalam Kursus Setiausaha di Seremban pada tahun Ogos 1977.
>> Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz memberi penerangan cara bermain petanq pada Datuk Haji Khalid Yunus pada pertandingan Petanq Hari Koperasi Sekolah 1998.
>> Prof. Diraja Ungku A. Aziz dan barisan pemimpin ANGKASA menjawab soalan pada sidang media PKTA Ke-24 pada Januari 2008.
>> Prof. Diraja Ungku A. Aziz pada Mesyuarat Kedua Perhimpunan Ikatan Koperasi Antarabangsa Rantau Asia dan Pasifik (ICA-ROAP) pada Jun 1996.
6
ANGKASA
ANGKASA Lancar Sambutan Jubli Emas 2021 Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Lirik Lagu
Semangat padu Membantu kita bersama-sama Setia, ikhlas dan telus Kepada semua bangsa Langkah, untuk ke depan Demi majukan negara Demokrasi bekerjasama Dalam apa juga usaha Korus Menghulur tangan, beri bantuan Kata sepakat membina Membuka minda, membuka jiwa SEPAKAT MEMBINA
ANGKASA mencipta sejarah tersendiri apabila melancarkan Logo Rasmi ANGKASA50 dan Lagu Rasmi berjudul ‘Sepakat Membina’ sebagai menterjemah simbol identiti korporat serta inspirasi baharu dalam pencapaian gemilang ANGKASA bersama Gerakan Koperasi Negara.
P elancaran kedua-duanya berlangsung pada Majlis Prapelancaran ANGKASA50: Sambutan Jubli Emas 2021 dan meraikan pemenang ‘Pertandingan Mencipta Lagu Rasmi ANGKASA’ bertempat di Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, pada 23 Disember 2020. Majlis tersebut bertepatan dengan kehadiran tahun 2021 yang menjadi detik bersejarah buat ANGKASA dan seluruh warga koperasi bagi meraikan usia 50 tahun penubuhannya iaitu pada 12 Mei 1971. Presiden ANGKASA Merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berharap agar warga koperasi terus komited meningkatkan pencapaian koperasi dalam mendepani ancaman wabak COVID-19. Katanya, sektor koperasi perlu terus diperkukuh dan sentiasa berusaha untuk berdaya maju dalam memberi perkhidmatan dan manfaat kepada anggota di samping meningkatkan perolehan koperasi. Majlis Prapelancaran ANGKASA50: Sambutan Jubli Emas 2021 dan meraikan pemenang Pertandingan Mencipta Lagu Rasmi ANGKASA turut menyaksikan tayangan video Belasungkawa Pengasas dan Yang Dipertua Pertama ANGKASA iaitu Almarhum YM Profesor Diraja Ungku A. Aziz Abdul Hamid serta penyampaian hadiah Pertandingan Mencipta Lagu Rasmi ANGKASA.
Juara Pertandingan Mencipta Lagu tersebut telah dimenangi oleh Azlan Abu Hassan dan penulis lirik, Ishak Ahmad bertajuk ‘Sepakat Membina’. Pemenang membawa pulang wang tunai RM10,000 dan Sijil Penghargaan. Tiga pemenang kategori Hadiah Juri menerima wang tunai RM2,500 dan Sijil Penghargaan iaitu Zuraidy Wan Chek dan penulis lirik, Mohd Shahir Hassan; Zainal Hisham Shaari (Sham Barongan) dan pasukannya Haris Fazilal Ahmad; Muhammad Fauzi Sarkawi dan Abdul Razak Yanggang serta Anuar Ab. Razak dan penulis lirik, Zamzairi Mohd Jawi. Barisan juri profesional terdiri daripada Dato’ Mokhzani Ismail bersama pasukannya daripada Bahagian Perkhidmatan Muzik, Jabatan Penyiaran Malaysia iaitu Jaffar Abdul Rahman @ Idris (JARI) dan Mujammad Yuri Mohamed Edris. Antara yang hadir dalam majlis tersebut ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Dr. Mohd Azlan Yahya dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Pengarah Bahagian Perkhidmatan Muzik, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Dato’ Haji Mokhzani Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah; Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan); Datuk Ahmad Jamil Hashim; Penasihat Korporat (Sektor Kewangan), Puan Rihatun Abddah Meor Zainal Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan barisan Pengurusan Kanan ANGKASA.
Demi kejayaan kita Koperasi…Koperasi
Berdiri sama dan mesra Teguhkan keprihatinan Mendidik insan berilmu Berdikari untuk maju Langkah, untuk ke depan Demi majukan negara Demokrasi bekerjasama Dalam apa juga usaha
Imbas Kod QR dan dengarkan lagu Sepakat Membina di YouTube
» Dari kiri Komposer, Saudara Azlan Abu Hassan dan penulis lirik, Saudara Ishak Ahmad.
» Bergambar bersama replika Logo Rasmi ANGKASA50.
7
COOPCARE
CoopFarmasi KAKIB Mula Operasi Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI
Selaras dengan objektif untuk meningkatkan kepentingan ekonomi dan sosial anggotanya, sebuah farmasi milik Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Perak (KAKIB) telah dibuka pada 9 Januari 2021 di premis bangunan kedai yang terletak di Jalan Raja Musa Aziz, Ipoh, Perak. P residen ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkesempatan mengunjungi farmasi tersebut pada keesokan harinya (10 Januari 2020) dengan diiringi Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Rosli Haji Basri dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim. Kunjungan beliau telah disambut barisan anggota jawatankuasa KAKIB yang diketuai pengerusinya, Encik Khairul Anuar Mohd Noh. Menurut Dato’ Abdul Fattah, CoopFarmasi KAKIB merupakan salah satu daripada tujuh rangkaian farmasi koperasi sedia ada di bawah program pembangunan koperasi ANGKASA melalui projek Pharma Wellness. ANGKASA juga katanya merancang untuk meningkatkan jumlah penyertaan koperasi dalam projek tersebut dengan sasaran sebanyak 16 coopfarmasi dalam masa terdekat serta berharap jumlah tersebut dapat ditingkatkan sehingga 100 rangkaian CoopFarmasi menjelang tahun 2025. Selain memperkasakan aktiviti jualan, ANGKASA juga melihat CoopFarmasi boleh berperanan sebagai platform kepada koperasi untuk mempelbagaikan aktiviti perniagaan seperti peluang membekalkan produk sampingan, ubat- ubatan dan lain-lain perkhidmatan berkualiti. Dato’ Abdul Fattah turut mengucapkan syabas dan tahniah atas pembukaan CoopFarmasi KAKIB dan berharap agar anggota koperasi tersebut yang berjumlah lebih enam ribu orang memberi sokongan padu bagi menjayakan matlamat sosioekonomi KAKIB. Apa yang menarik, CoopFarmasi KAKIB menawarkan diskaun pembelian sebanyak 10 peratus dengan tambahan lima peratus untuk anggota koperasi. Selain mewujudkan sistem pembelian secara atas talian, CoopFarmasi KAKIB juga menyediakan kemudahan penghantaran secara percuma dan khidmat pemeriksaan kesihatan. Sebagai permulaan, Coopfarmasi KAKIB dibuka setiap hari Isnin hingga sabtu bermula.pukul 9 pagi hingga 6 petang.
» Bangunan CoopFarmasi KAKIB di No. 122, Jalan Raja Musa Aziz, Ipoh, Perak.
» Pelbagai produk kesihatan dan barangan koperasi berkaitan dijual di CoopFarmasi KAKIB.
ANGKASA
8
9
ANGKASA
Alumni SMAKL Berhad merupakan salah satu dari 12 cawangan yang dikendalikan oleh Rakan Niaga Premium (RNP) di seluruh negara. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah yang hadir merasmikan pembukaan cawangan tersebut berkata, MAAB mahu menyasarkan pembukaan sehingga 100 buah cawangan menjelang tahun 2030. Menurut beliau, sasaran tersebut sangat penting dalam usaha ANGKASA untuk menyaksikan lebih banyak koperasi dapat berperanan sebagai rakan niaga strategik di seluruh negara sekali gus meluaskan perkhidmatan perwarisan dalam kalangan anggota koperasi. Kini, MAAB berjaya menempatkan diri dalam kalangan pemain utama dengan menyediakan perkhidmatan Perancangan Harta Pusaka dan Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia dengan pendaftaran sebanyak 132,952 wasiat sejak tahun 2014 dan menguruskan kes pentadbiran pusaka dengan nilai aset yang ditadbir berjumlah RM87 juta sehingga Disember 2020. Kerjasama antara Koperasi Alumni SMAKL Berhad dan MyANGKASA Amanah dilihat berpotensi untuk menarik minat warga koperasinya untuk lebih peka terhadap kepentingan wasiat. Antara produk MyANGKASA Amanah yang dipromosikan oleh KASB Sdn. Bhd. adalah Hibah Hartanah, Hibah Saham Koperasi, Amanah Takaful/ Insurans dan Amanah Tunai. Majlis Perasmian MyANGKASA Amanah Berhad (Cawangan Gombak) turut dihadiri oleh Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi MAAB, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Mohd Alias Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Wilayah Persekutuan, Haji Zulkifli Jamaludin; Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim; Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim dan Pengurus MyANGKASA Amanah Berhad Cawangan Gombak, Encik Izwan Kamarudin.
Ejen Baharu MAAB di Gombak
Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
» Bergambar di perkarangan bangunan MAAB Cawangan Gombak.
A NGKASA Amanah Berhad (MAAB) membuka lembaran baharu pada tahun ini dengan ejen terbaharu di Taman Greenwood, Batu Caves,
Selangor pada 12 Januari 2021. Pusat ejen tersebut yang dikendalikan oleh KASB Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat kepada Koperasi
MAAB Buka Peluang Kerjaya Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
M yANGKASA Amanah Berhad (MAAB) bersedia menyediakan tempat Latihan Industri untuk pelajar di bawah tajaan Yayasan ANGKASA bagi mengikuti kursus dan bidang berkaitan. Inisiatif ini adalah bagi membuka peluang kerjaya ke arah keusahawanan kepada graduan bermula sebagai Perunding atau Ejen MAAB daripada sektor koperasi dan institusi kewangan yang bakal di tempatkan di cawangan MAAB seluruh negara. Pengerusi MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) merangkap Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berkata, MAAB akan menyediakan Latihan dan Kursus Persijilan secara profesional kepada bakal graduan Yayasan ANGKASA seperti ‘Pengurusan Perwarisan Islam’ iaitu program bersama Islamic Banking & Finance Institute Malaysia (IBFM) sebagai langkah jalinan kerjasama kedua-dua pihak. Usaha-usaha ini katanya, memerlukan penyertaan dalam kalangan kakitangan ANGKASA dan Subsidiari melalui sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam semua aktiviti dan strategi perancangan ANGKASA. Ujarnya, MAAB terus menunjukkan peningkatan berterusan apabila mencatatkan pendapatan sebanyak RM3,769,457 berakhir November 2020. Beliau berkata demikian dalam ucapan di Majlis Penyerahan Sumbangan MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) kepada Yayasan ANGKASA berjumlah RM30,000 di pejabat MAAB, Kelana Jaya, 31 Disember 2020 lalu.
» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (kanan) menyerahkan sumbangan berjumlah RM30,000 kepada Yayasan ANGKASA.
10 COOPCARE
CoopCare ANGKASA Bantu Mangsa Banjir di Kuala Lipis Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI
>> Limpahan air dari Sungai Telang telah mengakibatkan banyak kawasan sekitar Kampung Lubuk Kulit dilanda banjir.
P rogram CoopCare ANGKASA telah ‘turun padang’ ke Kuala Lipis pada 8 Januari lalu bagi membantu mangsa banjir serta membersihkan semula Dewan Orang Ramai Kampung Lubuk Kulit yang terjejas teruk akibat limpahan air Sg. Telang yang melanda kawasan berkenaan. Kehadiran Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah yang mengetuai Program CoopCare ANGKASA turut diiringi sepasukan anggota sukarelawan koperasi seramai 24 orang. Pada sesi yang sama, Dato’ Abdul Fattah turut menyampaikan sumbangan barangan asas BA100 ANGKASA kepada penduduk Kampung Lubuk Kulit melalui Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail yang kebetulan hadir dalam satu sesi penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di kawasan tersebut. Pada hari yang sama juga, pasukan sukarelawan koperasi turut membantu membersihkan kedai runcit
>> Dato’ Abdul Fattah turut bersama pelajar dan guru koperasi membersihkan Kedai Koperasi SMK Clifford.
>> Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail (berbaju hijau) menyampaikan sumbangan barangan asas BA100 ANGKASA kepada penduduk yang terjejas dalam satu sesi yang turut dihadiri Dato’ Abdul Fattah (berbaju merah).
11
COOPCARE
>> Pasukan sukarelawan koperasi membersihkan Dewan Orang Ramai Kampung Lubuk Kulit.
>> Mengagihkan bantuan barangan asas.
Koperasi SMK Orang Kaya Haji dan Kedai Koperasi SMK Clifford di Kuala Lipis Pahang. Kedua-dua buah kedai tersebut rosak teruk akibat ditenggelami banjir yang melanda sebahagian besar kawasan di negeri Pahang baru-baru ini. Antara yang menyertai program tersebut ialah Pengerusi JPAN Zon 3; Dato’ Syed Ali Syed Mohamad
bersama anggota dan kakitangan JPAN Pahang Zon 3, Pengerusi JKKK Kg. Lubuk Kulit merangkap Anggota Lembaga Koperasi Kariah Masjid Kg. Lubuk Kulit Berhad, Haji Mazlan Jali dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.
>> Bersama membersihkan sebahagian barangan jualan kedai runcit Koperasi SMK Orang Kaya Haji.
>> Bersama membersihkan sebahagian barangan jualan kedai runcit Koperasi SMK Orang Kaya Haji.
>> Hampir semua produk jualan di kedai runcit Koperasi SMK Orang Kaya Haji mengalami kerosakan.
>> Baju T SMK Clifford, antara produk jualan koperasi yang rosak akibat banjir.
>> Barisan sukarelawan koperasi.
12 COOPCARE
Program CSR Coopcare Dekati Pelbagai Lapisan Masyarakat
A NGKASA meneruskan misi menunaikan Tanggungjawab Sosial Koperasi (CSR) menerusi CoopCare dalam menyantuni masyarakat menghadapi musibah dan golongan yang memerlukan dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi akibat penularan pandemik COVID-19. Mereka menerima bantuan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan harian melalui Projek Barang Asas 100 (BA100) dari ANGKASA berupa beras, minyak masak, tepung, gula, susu pekat dan lain-lain. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyarankan lebih banyak penubuhan berasaskan koperasi diwujudkan bagi manfaat dan kebajikan anggota sekaligus menjadi platform terbaik meningkatkan sosioekonomi anggota melalui aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan secara bersama.
>> Wakil penduduk menerima bantuan barang keperluan harian melalui Projek Barang Asas 100 (BA100) dari ANGKASA di Kg. Stesyen, Kg. Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan.
>> Dato’ Abdul Fattah (tiga dari kanan) meninjau keadaan sekitar Kampung Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang terjejas teruk akibat bencana banjir, pada 4 November 2020 lalu. Turut kelihatan ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Abdullah.
>> ANGKASA berusaha memastikan tiada golongan yang tertinggal daripada menerima sumbangan melalui Program CSR CoopCare ANGKASA.
13
COOPCARE
>>
Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima PPR Kg. Baru Air Panas, kuala Lumpur. Hadir sama Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Haji Zulkifli Jamaludin (kiri sekali); Pengerusi Koperasi Ibu Tunggal Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merangkap Ahli Jawatankuasa ANGKASA Wilayah Persekutuan, Puan Sariah Md Dom (paling kanan) dan Timbalan Pengerusi Surau At-Taqwa, Haji Husin Yusuf (dua dari kiri).
>> Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyerahkan sumbangan berupa barangan asas kepada salah seorang penerima di Dewan Masyarakat Taman Selasih, Batu Caves, Kuala Lumpur.
>> Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (lima dari kanan) memegang pek barangan asas BA100 untuk disumbangkan kepada 200 buah keluarga Taman Meru, 2C, Ipoh, Perak. Turut kelihatan ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri.
>> Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah bersama penerima-penerima sumbangan Barangan Asas (BA100) yang merupakan anggota koperasi JPAN Wilayah Persekutuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (berdiri kiri sekali) dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan, Haji Zulkifli Jamaludin (duduk kanan sekali).
14 RENCANA
Pembangunan Koperasi Sekolah: Keberkesanan Hubungan ANGKASA – KPM Oleh: SAFINAH SAUPI Boleh dikatakan ANGKASA telah berjaya meletakkan asas yang kukuh dan kedudukan mapan gerakan koperasi sekolah pada tahap terbaik pada hari ini. Usaha ini tidak mudah. Ia melalui proses yang panjang, berstrategi dan penuh kesabaran.
B ermula dengan lontaran idea bernas pelopor dengan matlamat jelas, disusuli usaha- usaha berterusan, ANGKASA menggerakkan dan menggalakkan penubuhan koperasi sekolah serta pembangunan tanpa rasa jemu, memberi impak besar kejayaan koperasi sekolah pada hari ini. Satu yang jelas direkodkan dalam keluaran PELANCAR tahun 70-an, 80-an dan 90-an, usaha menyeru koperasi sekolah yang belum bergabung dengan ANGKASA, menjadi ahli ANGKASA melalui iklan promosi dan penawaran pelbagai perkhidmatan dan aktiviti yang boleh dimanfaatkan sekolah dan koperasi sekolah. Ditambah dengan kemantapan perancangan berstruktur dan berfokus yang mana setiap aktiviti sekolah difikirkan, diteliti dan dibincangkan dengan detail di peringkat dasar sebelum dilaksanakan satu persatu dengan cermat, berkonsepkan “buat sampai jadi”. Aktiviti yang sudah jadi atau berjaya dimantapkan dan ditambah baik sehingga menjadi terbaik. Selepas itu, barulah difikirkan idea dan usaha baru untuk melengkapkan lagi kejayaan dan keberkesanan koperasi sekolah sebagai institusi untuk memberi pendidikan dan pengalaman berkoperasi kepada pelajar-pelajar sekolah serta menambah pendapatan sekolah. Ini merupakan momentum yang jelas, berjaya memberi keyakinan tinggi dan menarik minat hampir seratus peratus koperasi sekolah menjadi ahli ANGKASA. Daripada sembilan buah ditubuhkan pada 1969 sebagai pilot projek, bertujuaan untuk memperluaskan gerakan koperasi sekolah ke seluruh negara, ANGKASA mula memberi tumpuan kepada menambah bilangan koperasi sekolah. Pada ketika itu, banyak pihak yang bersangkutan seperti Kementerian dan jabatan-jabatan berkenaan, sekolah-sekolah, guru-guru dan pelajar- pelajar mula memberi perhatian kepada koperasi sekolah. Bilangan koperasi sekolah mula meningkat apabila mendapat kerjasama baik daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada penghujung tahun 80-an hingga kini meningkat ke angka 2,444 buah (SKM: Sehingga Jun 2020). Ianya cukup membanggakan kepada ANGKASA yang menjadi penggerak utama pembangunan dan kemantapan gerakan koperasi sekolah sehingga ke hari ini. Sesuatu yang jelas, kejayaan ini tidak akan mudah tercapai tanpa ‘restu’ dan sokongan padu daripada KPM dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Dengan izin KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, ANGKASA dapat berhubung dengan pihak sekolah untuk menyampaikan maklumat dan menjalankan pelbagai aktiviti yang boleh mengembangkan ekonomi koperasi sekolah dan dalam masa yang sama mengembangkan amalan berkoperasi dalam kalangan pelajar, pentadbiran dan pengurusan sekolah serta guru-guru. Wakil KPM selalu dijemput untuk terlibat dalam perbincangan dan acara-acara penting melibatkan pembangunan gerakan koperasi sekolah. Antaranya seperti penceramah, juri, taklimat HKS peringkat negeri dan perayaan-perayaan besar hari koperasi sekolah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Malah, Menteri Pelajaran dan juga Ketua Pengarah Pelajaran pernah dijemput untuk merasmikan majlis-majlis besar koperasi sekolah. Ini memberi peluang untuk pemimpin-pemimpin pembuat dasar merasakan sendiri kelebihan dan kehebatan koperasi sebagai mekanisme pembangunan modal insan yang berkesan kepada bangsa dan negara. Peranan ANGKASA dalam pembangunan koperasi sekolah diakui KPM. ANGKASA telah menyediakan satu kerusi yang khusus kepada wakil KPM dalam Jawatankuasa B4P sebagai perantara dalam hubungan itu. Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, mantan wakil KPM yang banyak menyumbang jasa dalam
Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Anggota Lembaga ICA Dato’ Haji Kamarudin Ismail
» Dato’ Haji Kamarudin Ismail sebagai juri dalam Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah 2010.
15
RENCANA
membangunkan dan mengembangkan gerakan koperasi sekolah melalui sumbangan idea, pemikiran, terlibat aktif dalam pelbagai acara di peringkat tempatan dan antarabangsa sehingga ke hari ini. Beliau memegang peranan itu selama 12 tahun (2000-2012) sebelum dilantik sebagai Naib Presiden pada tahun 2013. Selama itu, hubungan ANGKASA – KPM berada pada kedudukan yang sangat baik, bilangan koperasi sekolah semakin meningkat. Acara-acara penting koperasi sekolah dan program pendidikan dan pembangunan mendapat penyertaan menggalakkan. Misalnya Hari Koperasi Sekolah, Pelancongan Koperasi sekolah, kursus-kursus koperasi sekolah, taklimat negeri, Pengetua dan sebagainya. Sehingga kini hubungan makin kukuh dan wakil KPM dan MARA masih kekal dalam Jawatankuasa Bahagian Sekolah.
Antara impak besar hubungan KPM – ANGKASA:
1. Mudah untuk mendapat kerjasama daripada pentadbiran sekolah dan koperasi untuk menjalankan pelbagai aktiviti pendidikan dan pembangunan koperasi sekolah; berkualiti untuk koperasi sekolah dapat dibentuk dan dilaksanakan melalui kepakaran dan pengalaman wakil KPM yang lebih memahami ‘persekitaran’ dan keperluan koperasi sekolah; 2. Banyak program-program ANGKASA koperasi sekolah khususnya permasalah yang dihadapi koperasi dan guru-guru dalam membangunkan dan menguruskan koperasi sekolah; 3. Menjadi medium membawa hasrat dan gerakan 4. Bilangan sekolah menubuhkan koperasi sekolah semakin meningkat apabila KPM melaluisuratsiaranKP(BS/HEP)8586/013(9) bertarikh 8 Ogos 2002 mewajibkan semua sekolah menubuhkan koperasi dan menjadi ahli ANGKASA. Begitu juga pertambahan bilangan pelajar menjadi anggota koperasi semakin meningkat, apabila setiap pelajar diwajibkan menjadi anggota koperasi. Ini merupakan pengiktirafan yang sangat besar kepada ANGKASA dan menunjukkan KPM – ANGKASA senada dalam hal ini.
5. Koperasi sekolah diiktiraf sebagai salah satu aktiviti kokurikulum seperti termaktub di dalam warta Kerajaan 28 Disember 1967, No.5652. (Peraturan KursusPengajian Sekolah 1956), Kegiatan koperasi sekolah sama penting dengan aktiviti kokurikulum lain; 6. Surat-surat pekeliling daripada KPM kepada sekolah untuk membangunkan dan memajukan koperasi membuktikan kerjasama selama ini antara KPM dan ANGKASA telah berjaya sehingga koperasi sekolahh mampu berdiri sendiri. Contohnya sehingga 2020, 12 koperasi sekolah memperoleh pendapatan melebih RM1 juta; 7. Pengiktirafan KPM terhadap kepentingan peranan koperasi sekolah dalam melahirkan usahawan muda selepas tamat belajar. Koperasi sekolah menjadi perintis memupuk sikap suka berniagadi peringkat usia muda selaras Dasar Keusahawanan Negara dan silibus di peringkat menengah iaitu ekonomi, perniagaan dan perakaunan. Hubungan KPM – ANGKASA telah mencorakkan lanskap gerakan koperasi sekolah yang sangat berjaya dan mampu berdiri sendiri.
» Sesi pembentangan kertas kerja dalam Konvensyen Hala Tuju Koperasi Sekolah yang dipengerusikan oleh Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail pada tahun 2011.
Projek CoopCity Akan Ditambah Baik
» Haji Tahir Aris menunjukkan model bangunan rumah kedai yang dibangunkan menerusi Projek CoopCity Bandar Penawar.
K operasi Pengerang Kota Tinggi Berhad (KOPETI) kini dalam fasa menambah baik pelaksanaan Projek CoopCity Bandar Penawar. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah yang hadir mengetuai perbincangan penambahbaikan fasa pelaksanaan projek bersama KOPETI menyatakan, projek ini perlu diteruskan bagi
merealisasikan sebuah bandar koperasi yang bersepadu. Haji Tahir Aris selaku Pengerusi KOPETI berkata, Projek CoopCity Bandar Penawar akan tetap dilaksanakan di sebalik pelbagai halangan dan cabaran yang perlu dihadapi. “Saya yakin, atas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh ANGKASA, projek ini akan tetap dapat dilaksanakan walaupun
ianya telah melepasi fasa-fasa pembangunan asal yang ditetapkan pada awal projek,” tambah beliau. Hadir sama pada sesi perbincangan tersebut ialah Timbalan Presiden, Dato’ Haji Kamaruddin Ismail; Naib- Naib Presiden iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa serta Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Johor, Haji Sazali Abd. Hamid.
16 KOPERASI
Tingkat Penglibatan Koperasi Dalam Industri Penternakan Arnab Oleh: NADIAH KAMARUDIN Koperasi Usahawan Arnab Pedaging Selangor Berhad (KoAP)
» Ladang arnab pedaging yang dimiliki oleh salah seorang penternak dan juga anggota koperasi dijadikan sebagai lokasi untuk kursus asas yang dianjurkan oleh KoAP.
L aman rangkaian sosial akademik, ResearchGate yang menerbitkan sebuah artikel dalam jurnal ‘Kemajuan Pengeluaran Haiwan’ menyatakan bahawa kandungan kolestrol daging arnab adalah 56.4 mg / 100g, dua kali lebih rendah daripada daging lembu iaitu 114.5mg / 100g. Daging arnab juga mempunyai kadar kalsium (21.4mg / 100g) dan fosforus (347mg / 100g) yang lebih tinggi serta rendah lemak (9.2g / 100g) berbanding daging ayam dan lembu. Ini menunjukkan daging arnab lebih berkhasiat daripada daging yang lain sekiranya dimakan mengikut jumlah keperluan kalori harian yang ditetapkan. Tidak dinafikan, sifat terbuka masyarakat untuk menerima daging arnab sebagai sumber makanan alternatif membawa kepada permintaan yang semakin meningkat di negara kita. Pelbagai faktor yang mendorong kepada penerimaan orang ramai terhadap arnab pedaging antaranya adalah stigma masyarakat terhadap haiwan ini yang lebih dilihat sebagai haiwan peliharaan. Menurut Pengerusi Koperasi Usahawan Arnab Pedaging Selangor Berhad (KoAP), Mohd Rohaizad Haji Md Mokhtar, penerimaan masyarakat bukanlah perkara yang utama sekarang, tetapi lebih kepada bagaimana untuk mendapatkan daging arnab di pasaran. “Sehingga kini, hanya ada tiga orang penternak arnab pedaging di negara kita yang menjalankan aktiviti penternakan pada skala komersial sepenuhnya ( fully commercial ) iaitu mempunyai lebih daripada 1,000 ekor induk (arnab betina dewasa),” ujar Rohaizad. Tambah beliau, kebanyakan penternak bergerak pada skala separa komersial yang bermaksud mereka mempunyai antara 200 ke 500 ekor induk. Keadaan ini menyebabkan sukar untuk seorang penternak membekalkan daging pada skala yang besar iaitu melebihi 1,500kg sebulan atau bersamaan 1,500 ekor arnab pedaging. Mula bergiat aktif dalam industri penternakan arnab pedaging pada tahun 2006,
» Pengerusi KoAP, Mohd Rohaizad Haji Md Mokhtar (tiga dari kanan) menunjukkan cara menyembelih arnab pedaging kepada peserta kursus.
» Peserta diberikan penerangan mengenai cara memotong daging arnab dengan betul.
Rohaizad melihat sendiri bagaimana penyakit kencing manis yang dihadapi oleh ayah mertuanya pada 2001 mula menunjukkan perkembangan positif setelah menjadikan daging arnab sebagai sebahagian daripada diet harian sejak tahun 2004. Pada tahun 2019, Rohaizad dan rakan-rakan penternaknya yang lain telah menubuhkan KoAP dengan objektif untuk menjadi sebuah learning organization yang memberi tunjuk ajar kepada penternak-penternak baharu selain membantu menyelesaikan masalah secara bersama seperti kekurangan stok daging untuk
» Peserta juga diberi tunjuk ajar mengenai pemasangan sangkar.
17 KOPERASI
» Sesi temu bual bersama Mohd Rohaizad secara dalam talian oleh PELANCAR.
» KoAP telah menerima banyak bantuan, sokongan serta tunjuk ajar daripada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKM) serta agensi-agensi seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan kerajaan negeri Selangor
Tambah beliau lagi, koperasi akan membimbing penternak-penternak baru dari segi pengiraan kos, pemilihan baka dan pembinaan infrastruktur hingga ke proses penyembelihan, penyelenggaraan dan pemasaran. KoAP menawarkan kit permulaan yang merangkumi sangkar arnab (12 bilik), tujuh ekor arnab pedaging (dua jantan dan lima betina), sistem pengairan, sistem minuman, bekas makanan arnab ( feeder box ), bilik bersalin ( nest box ) dan makanan dengan harga RM4,000. Antara manfaat menyertai KoAP adalah lebihan hasil daging arnab yang tidak mampu terjual oleh anggota akan dibeli oleh koperasi mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan. Anggota turut berpeluang menjadi vendor kepada koperasi dan menerima potongan harga untuk menyertai kursus yang dianjurkan oleh Institut Koperasi Malaysia. KoAP juga akan mempromosikan produk keluaran anggota dalam setiap program yang dianjurkan serta memberi bimbingan yang berterusan kepada mereka. Rohaizad percaya dengan pengeluaran yang konsisten iaitu sebanyak 20,000kg sebulan, daging arnab mampu menjadi sebahagian daripada Gedung Makanan Negara. Bagi mencapai jumlah tersebut, kerjasama daripada semua pihak terutama sekali Kementerian Pertanian & Industri Makanan (MAFI) serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar amat diperlukan dan usahawan-usahawan muda dilihat sebagai golongan yang mampu
» KoAP telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Koperasi FELDA Sebertak, FELDA Wilayah Mempaga. Melalui MoU tersebut, KoAP dilantik sebagai pakar perunding dari aspek kertas kerja, latihan, khidmat nasihat, pemantauan dan strategi pemasaran). KoAP juga akan membeli semula minimum 50 peratus hasil ternakan dan membekalkan baka serta infrastruktur. dibekalkan kepada pelanggan, infrastruktur dan makanan ternakan. Melalui penubuhan KoAP, setiap kepakaran yang ada pada setiap anggota yang majoritinya adalah penternak arnab pedaging dapat disatukan. Ini supaya pasaran ternakan tersebut dapat diperluas ke pembuatan produk hiliran seperti minyak arnab (untuk kegunaan pesakit strok), produk makanan sejuk beku seperti bebola daging dan sate, baja organik serta bulu arnab. Selain menjalankan taklimat dan kursus asas, KoAP turut menganjurkan latihan dan program pembangunan usahawan, mengadakan program pembelian balik hasil ternakan, membekal dan menjual daging arnab, menjual baka dan aksesori serta menyediakan rumah sembelihan dan bilik sejuk beku. Rohaizad percaya hebahan dari mulut ke mulut telah berjaya menarik minat orang ramai untuk menyertai kursus asas penternakan arnab pedaging yang dijalankan oleh koperasinya. Pada tahun lepas, koperasi ini telah menganjurkan sebanyak 16 siri kursus di seluruh Malaysia yang melibatkan seramai 367 orang peserta. Kursus-kursus yang telah dijalankan ternyata membawa hasil yang positif apabila seramai 245 orang bekas peserta kursus telah mula menternak arnab pedaging. “Kami akan pastikan peserta-peserta yang menyertai kursus kami dengan tujuan untuk menjadi seorang usahawan ternakan arnab pedaging selepas tamatkan kursus,” ujarnya.
memperkasakan lagi industri ternakan arnab pedaging. KoAP sentiasa bersikap terbuka untuk memberikan kerjasama kepada mana-mana koperasi yang berminat untuk menceburi industri ini dan yakin gerakan koperasi mampu menjadi pelopor kepada peningkatan pengeluaran arnab pedaging di Malaysia.
Koperasi Usahawan Arnab Pedaging Selangor Berhad (KoAP) No. 8/71, Jalan Pegawai, FELDA Sg. Tengi, 44010 Kuala Kubu Baru, Selangor Darul Ehsan. Tel. : 017-662 9662 / 017-600 9662 E-mel : koperasi.arnabpedaging@gmail.com Facebook : Koperasi Usahawan Arnab Pedaging Instagram : Koperasi Arnab Pedaging
Perbezaan Kandungan Nutrien
Arnab
Ayam 10.8g 20.1g 71.4g
Daging
Lemak (g/100g) Protein (g/100g) Sodium (mg/100g) Kalsium (mg/100g) Kolestrol (mg/100g) Fosforus (mg/100g)
9.2g
19.6g 26.3g
Bayaran untuk menjadi anggota : Bayaran fi masuk: RM100 ( one-off ) Bayaran merchandise : RM100 Syer ahli : RM1,200
21.2g 40.5g
63g
21.4mg 56.4mg 347mg
12.1mg 68.3mg 252mg
10.9mg 114.5mg
179mg
Artikel ini hasil temu bual secara dalam talian sebelum PKP. Gambar disumbangkan oleh pihak koperasi dan diambil sebelum PKP dikuatkuasakan.
Sumber: Journal of Animal Production Advances, Research Gate (April 2013).
18
Ketupat Segera & Ketupat Mini Segera K operasi Peneroka FELDA Sungai Tengi Berhad (KOPENST) merupakan pengeluar produk Ketupat Segera sejak tahun 2004. Operasi Oleh: NOR AZAH ABD AZIZ
pengeluarannya diurus oleh dua Anggota Lembaga Koperasi selain dibantu dua kakitangan yang lain. Kilang operasinya terletak di sebuah bangunan kedai dua tingkat di Sungai Tengi, Selangor. Tahun tahun 2017, beras bukit mula digunakan sebagai bahan mentah baharu dalam pengeluarannya serta diedarkan di kawasan berhampiran. Antaranya, Ketupat Segera dan Ketupat Mini Segera keluaran KOPENST turut memiliki keistimewaannya yang tersendiri seperti baunya harum dan lembut selepas dimasak. Koperasi Peneroka FELDA Sungai Tengi Berhad Bangunan Stesen Minyak BH Petrol, Jalan Merdeka, Desa Maju Sungai Tengi, 44010 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan. E-mel: sungaitengi@yahoo.com Tel. : 03-6042 1034 Pegawai bertugas : Encik Surur @ Arif Miskam
19
ANGKASA
20
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease