WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2021

12 COOPCARE

Program CSR Coopcare Dekati Pelbagai Lapisan Masyarakat

A NGKASA meneruskan misi menunaikan Tanggungjawab Sosial Koperasi (CSR) menerusi CoopCare dalam menyantuni masyarakat menghadapi musibah dan golongan yang memerlukan dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi akibat penularan pandemik COVID-19. Mereka menerima bantuan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan harian melalui Projek Barang Asas 100 (BA100) dari ANGKASA berupa beras, minyak masak, tepung, gula, susu pekat dan lain-lain. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyarankan lebih banyak penubuhan berasaskan koperasi diwujudkan bagi manfaat dan kebajikan anggota sekaligus menjadi platform terbaik meningkatkan sosioekonomi anggota melalui aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan secara bersama.

>> Wakil penduduk menerima bantuan barang keperluan harian melalui Projek Barang Asas 100 (BA100) dari ANGKASA di Kg. Stesyen, Kg. Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan.

>> Dato’ Abdul Fattah (tiga dari kanan) meninjau keadaan sekitar Kampung Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang terjejas teruk akibat bencana banjir, pada 4 November 2020 lalu. Turut kelihatan ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Abdullah.

>> ANGKASA berusaha memastikan tiada golongan yang tertinggal daripada menerima sumbangan melalui Program CSR CoopCare ANGKASA.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease