14 RENCANA
Pembangunan Koperasi Sekolah: Keberkesanan Hubungan ANGKASA – KPM Oleh: SAFINAH SAUPI Boleh dikatakan ANGKASA telah berjaya meletakkan asas yang kukuh dan kedudukan mapan gerakan koperasi sekolah pada tahap terbaik pada hari ini. Usaha ini tidak mudah. Ia melalui proses yang panjang, berstrategi dan penuh kesabaran.
B ermula dengan lontaran idea bernas pelopor dengan matlamat jelas, disusuli usaha- usaha berterusan, ANGKASA menggerakkan dan menggalakkan penubuhan koperasi sekolah serta pembangunan tanpa rasa jemu, memberi impak besar kejayaan koperasi sekolah pada hari ini. Satu yang jelas direkodkan dalam keluaran PELANCAR tahun 70-an, 80-an dan 90-an, usaha menyeru koperasi sekolah yang belum bergabung dengan ANGKASA, menjadi ahli ANGKASA melalui iklan promosi dan penawaran pelbagai perkhidmatan dan aktiviti yang boleh dimanfaatkan sekolah dan koperasi sekolah. Ditambah dengan kemantapan perancangan berstruktur dan berfokus yang mana setiap aktiviti sekolah difikirkan, diteliti dan dibincangkan dengan detail di peringkat dasar sebelum dilaksanakan satu persatu dengan cermat, berkonsepkan “buat sampai jadi”. Aktiviti yang sudah jadi atau berjaya dimantapkan dan ditambah baik sehingga menjadi terbaik. Selepas itu, barulah difikirkan idea dan usaha baru untuk melengkapkan lagi kejayaan dan keberkesanan koperasi sekolah sebagai institusi untuk memberi pendidikan dan pengalaman berkoperasi kepada pelajar-pelajar sekolah serta menambah pendapatan sekolah. Ini merupakan momentum yang jelas, berjaya memberi keyakinan tinggi dan menarik minat hampir seratus peratus koperasi sekolah menjadi ahli ANGKASA. Daripada sembilan buah ditubuhkan pada 1969 sebagai pilot projek, bertujuaan untuk memperluaskan gerakan koperasi sekolah ke seluruh negara, ANGKASA mula memberi tumpuan kepada menambah bilangan koperasi sekolah. Pada ketika itu, banyak pihak yang bersangkutan seperti Kementerian dan jabatan-jabatan berkenaan, sekolah-sekolah, guru-guru dan pelajar- pelajar mula memberi perhatian kepada koperasi sekolah. Bilangan koperasi sekolah mula meningkat apabila mendapat kerjasama baik daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada penghujung tahun 80-an hingga kini meningkat ke angka 2,444 buah (SKM: Sehingga Jun 2020). Ianya cukup membanggakan kepada ANGKASA yang menjadi penggerak utama pembangunan dan kemantapan gerakan koperasi sekolah sehingga ke hari ini. Sesuatu yang jelas, kejayaan ini tidak akan mudah tercapai tanpa ‘restu’ dan sokongan padu daripada KPM dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Dengan izin KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, ANGKASA dapat berhubung dengan pihak sekolah untuk menyampaikan maklumat dan menjalankan pelbagai aktiviti yang boleh mengembangkan ekonomi koperasi sekolah dan dalam masa yang sama mengembangkan amalan berkoperasi dalam kalangan pelajar, pentadbiran dan pengurusan sekolah serta guru-guru. Wakil KPM selalu dijemput untuk terlibat dalam perbincangan dan acara-acara penting melibatkan pembangunan gerakan koperasi sekolah. Antaranya seperti penceramah, juri, taklimat HKS peringkat negeri dan perayaan-perayaan besar hari koperasi sekolah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Malah, Menteri Pelajaran dan juga Ketua Pengarah Pelajaran pernah dijemput untuk merasmikan majlis-majlis besar koperasi sekolah. Ini memberi peluang untuk pemimpin-pemimpin pembuat dasar merasakan sendiri kelebihan dan kehebatan koperasi sebagai mekanisme pembangunan modal insan yang berkesan kepada bangsa dan negara. Peranan ANGKASA dalam pembangunan koperasi sekolah diakui KPM. ANGKASA telah menyediakan satu kerusi yang khusus kepada wakil KPM dalam Jawatankuasa B4P sebagai perantara dalam hubungan itu. Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, mantan wakil KPM yang banyak menyumbang jasa dalam
Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Anggota Lembaga ICA Dato’ Haji Kamarudin Ismail
» Dato’ Haji Kamarudin Ismail sebagai juri dalam Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah 2010.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease