WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2021

16 KOPERASI

Tingkat Penglibatan Koperasi Dalam Industri Penternakan Arnab Oleh: NADIAH KAMARUDIN Koperasi Usahawan Arnab Pedaging Selangor Berhad (KoAP)

» Ladang arnab pedaging yang dimiliki oleh salah seorang penternak dan juga anggota koperasi dijadikan sebagai lokasi untuk kursus asas yang dianjurkan oleh KoAP.

L aman rangkaian sosial akademik, ResearchGate yang menerbitkan sebuah artikel dalam jurnal ‘Kemajuan Pengeluaran Haiwan’ menyatakan bahawa kandungan kolestrol daging arnab adalah 56.4 mg / 100g, dua kali lebih rendah daripada daging lembu iaitu 114.5mg / 100g. Daging arnab juga mempunyai kadar kalsium (21.4mg / 100g) dan fosforus (347mg / 100g) yang lebih tinggi serta rendah lemak (9.2g / 100g) berbanding daging ayam dan lembu. Ini menunjukkan daging arnab lebih berkhasiat daripada daging yang lain sekiranya dimakan mengikut jumlah keperluan kalori harian yang ditetapkan. Tidak dinafikan, sifat terbuka masyarakat untuk menerima daging arnab sebagai sumber makanan alternatif membawa kepada permintaan yang semakin meningkat di negara kita. Pelbagai faktor yang mendorong kepada penerimaan orang ramai terhadap arnab pedaging antaranya adalah stigma masyarakat terhadap haiwan ini yang lebih dilihat sebagai haiwan peliharaan. Menurut Pengerusi Koperasi Usahawan Arnab Pedaging Selangor Berhad (KoAP), Mohd Rohaizad Haji Md Mokhtar, penerimaan masyarakat bukanlah perkara yang utama sekarang, tetapi lebih kepada bagaimana untuk mendapatkan daging arnab di pasaran. “Sehingga kini, hanya ada tiga orang penternak arnab pedaging di negara kita yang menjalankan aktiviti penternakan pada skala komersial sepenuhnya ( fully commercial ) iaitu mempunyai lebih daripada 1,000 ekor induk (arnab betina dewasa),” ujar Rohaizad. Tambah beliau, kebanyakan penternak bergerak pada skala separa komersial yang bermaksud mereka mempunyai antara 200 ke 500 ekor induk. Keadaan ini menyebabkan sukar untuk seorang penternak membekalkan daging pada skala yang besar iaitu melebihi 1,500kg sebulan atau bersamaan 1,500 ekor arnab pedaging. Mula bergiat aktif dalam industri penternakan arnab pedaging pada tahun 2006,

» Pengerusi KoAP, Mohd Rohaizad Haji Md Mokhtar (tiga dari kanan) menunjukkan cara menyembelih arnab pedaging kepada peserta kursus.

» Peserta diberikan penerangan mengenai cara memotong daging arnab dengan betul.

Rohaizad melihat sendiri bagaimana penyakit kencing manis yang dihadapi oleh ayah mertuanya pada 2001 mula menunjukkan perkembangan positif setelah menjadikan daging arnab sebagai sebahagian daripada diet harian sejak tahun 2004. Pada tahun 2019, Rohaizad dan rakan-rakan penternaknya yang lain telah menubuhkan KoAP dengan objektif untuk menjadi sebuah learning organization yang memberi tunjuk ajar kepada penternak-penternak baharu selain membantu menyelesaikan masalah secara bersama seperti kekurangan stok daging untuk

» Peserta juga diberi tunjuk ajar mengenai pemasangan sangkar.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease