17 KOPERASI
» Sesi temu bual bersama Mohd Rohaizad secara dalam talian oleh PELANCAR.
» KoAP telah menerima banyak bantuan, sokongan serta tunjuk ajar daripada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKM) serta agensi-agensi seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan kerajaan negeri Selangor
Tambah beliau lagi, koperasi akan membimbing penternak-penternak baru dari segi pengiraan kos, pemilihan baka dan pembinaan infrastruktur hingga ke proses penyembelihan, penyelenggaraan dan pemasaran. KoAP menawarkan kit permulaan yang merangkumi sangkar arnab (12 bilik), tujuh ekor arnab pedaging (dua jantan dan lima betina), sistem pengairan, sistem minuman, bekas makanan arnab ( feeder box ), bilik bersalin ( nest box ) dan makanan dengan harga RM4,000. Antara manfaat menyertai KoAP adalah lebihan hasil daging arnab yang tidak mampu terjual oleh anggota akan dibeli oleh koperasi mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan. Anggota turut berpeluang menjadi vendor kepada koperasi dan menerima potongan harga untuk menyertai kursus yang dianjurkan oleh Institut Koperasi Malaysia. KoAP juga akan mempromosikan produk keluaran anggota dalam setiap program yang dianjurkan serta memberi bimbingan yang berterusan kepada mereka. Rohaizad percaya dengan pengeluaran yang konsisten iaitu sebanyak 20,000kg sebulan, daging arnab mampu menjadi sebahagian daripada Gedung Makanan Negara. Bagi mencapai jumlah tersebut, kerjasama daripada semua pihak terutama sekali Kementerian Pertanian & Industri Makanan (MAFI) serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar amat diperlukan dan usahawan-usahawan muda dilihat sebagai golongan yang mampu
» KoAP telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Koperasi FELDA Sebertak, FELDA Wilayah Mempaga. Melalui MoU tersebut, KoAP dilantik sebagai pakar perunding dari aspek kertas kerja, latihan, khidmat nasihat, pemantauan dan strategi pemasaran). KoAP juga akan membeli semula minimum 50 peratus hasil ternakan dan membekalkan baka serta infrastruktur. dibekalkan kepada pelanggan, infrastruktur dan makanan ternakan. Melalui penubuhan KoAP, setiap kepakaran yang ada pada setiap anggota yang majoritinya adalah penternak arnab pedaging dapat disatukan. Ini supaya pasaran ternakan tersebut dapat diperluas ke pembuatan produk hiliran seperti minyak arnab (untuk kegunaan pesakit strok), produk makanan sejuk beku seperti bebola daging dan sate, baja organik serta bulu arnab. Selain menjalankan taklimat dan kursus asas, KoAP turut menganjurkan latihan dan program pembangunan usahawan, mengadakan program pembelian balik hasil ternakan, membekal dan menjual daging arnab, menjual baka dan aksesori serta menyediakan rumah sembelihan dan bilik sejuk beku. Rohaizad percaya hebahan dari mulut ke mulut telah berjaya menarik minat orang ramai untuk menyertai kursus asas penternakan arnab pedaging yang dijalankan oleh koperasinya. Pada tahun lepas, koperasi ini telah menganjurkan sebanyak 16 siri kursus di seluruh Malaysia yang melibatkan seramai 367 orang peserta. Kursus-kursus yang telah dijalankan ternyata membawa hasil yang positif apabila seramai 245 orang bekas peserta kursus telah mula menternak arnab pedaging. “Kami akan pastikan peserta-peserta yang menyertai kursus kami dengan tujuan untuk menjadi seorang usahawan ternakan arnab pedaging selepas tamatkan kursus,” ujarnya.
memperkasakan lagi industri ternakan arnab pedaging. KoAP sentiasa bersikap terbuka untuk memberikan kerjasama kepada mana-mana koperasi yang berminat untuk menceburi industri ini dan yakin gerakan koperasi mampu menjadi pelopor kepada peningkatan pengeluaran arnab pedaging di Malaysia.
Koperasi Usahawan Arnab Pedaging Selangor Berhad (KoAP) No. 8/71, Jalan Pegawai, FELDA Sg. Tengi, 44010 Kuala Kubu Baru, Selangor Darul Ehsan. Tel. : 017-662 9662 / 017-600 9662 E-mel : koperasi.arnabpedaging@gmail.com Facebook : Koperasi Usahawan Arnab Pedaging Instagram : Koperasi Arnab Pedaging
Perbezaan Kandungan Nutrien
Arnab
Ayam 10.8g 20.1g 71.4g
Daging
Lemak (g/100g) Protein (g/100g) Sodium (mg/100g) Kalsium (mg/100g) Kolestrol (mg/100g) Fosforus (mg/100g)
9.2g
19.6g 26.3g
Bayaran untuk menjadi anggota : Bayaran fi masuk: RM100 ( one-off ) Bayaran merchandise : RM100 Syer ahli : RM1,200
21.2g 40.5g
63g
21.4mg 56.4mg 347mg
12.1mg 68.3mg 252mg
10.9mg 114.5mg
179mg
Artikel ini hasil temu bual secara dalam talian sebelum PKP. Gambar disumbangkan oleh pihak koperasi dan diambil sebelum PKP dikuatkuasakan.
Sumber: Journal of Animal Production Advances, Research Gate (April 2013).
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease