WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2021

2

ANGKASA

Bersama Jana Peningkatan Jualan Koperasi

Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI

» Datuk Saarani turut diberi penerangan oleh Dato’ Abdul Fattah mengenai projek Barangan Asas 100 (BA100).

J ualan produk dan perkhidmatan koperasi perlu lebih diperkasa menerusi kepelbagaian strategi pemasaran sebagai langkah untuk merangsang kembali sosioekonomi sektor koperasi dan anggotanya yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Pandangan tersebut disuarakan oleh Menteri Besar Perak, YAB Datuk Saarani Mohamad sewaktu menerima kunjungan ANGKASA yang diketuai Presiden, Dato’ Abdul Fattah Abdullah.

Menurut Datuk Saarani, strategi pemasaran yang lebih ampuh dilihat sangat perlu dan perlu diberi tumpuan khusus oleh ANGKASA bagi membantu menjana peningkatan jualan koperasi terutamanya terhadap produk peruncitan, pertanian dan pelancongan. Katanya, kerajaan negeri sedia memberikan sokongan selain membentuk kerjasama bagi mencari jalan terbaik untuk membantu menjana semula perniagaan koperasi terutamanya yang memiliki produk dan perkhidmatan berpotensi.

Dalam perbincangan yang berlangsung di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh itu, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk membincangkan perkara tersebut secara lebih mendalam dalam sesi pertemuan selanjutnya bersama pemimpin- pemimpin koperasi. Antara yang hadir dalam kunjung hormat tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abd. Razak Shaik; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri dan Timbalannya, Haji Anjang Ab. Rahman Mat serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.

Dari Meja Presiden ANGKASA

I stilah ‘Berprihatin Terhadap Masyarakat’ seperti yang termaktub dalam prinsip koperasi ke-7 jelas memberi makna yang sangat mendalam terhadap identiti sebenar gerakan koperasi. Ketidaktentuan ekonomi yang melanda dunia sepanjang tahun 2020 telah membuka hati dan minda kita sebagai anggota koperasi untuk lebih menghargai kemakmuran sejagat dan bersama-sama mendukungi prinsip tersebut. Koperasi boleh membuktikan kepada masyarakat dengan memainkan peranan secara lebih proaktif membantu mereka yang sangat memerlukan. Buktikan kepada mereka bahawa gerakan koperasi bukanlah sebuah pertubuhan yang hanya berfungsi untuk mengejar keuntungan ekonomi semata- mata, malah turut berfungsi dalam membantu masyarakat sama ada ketika susah dan senang. Pelbagai bentuk bantuan boleh dihulur kepada masyarakat baik dari segi kewangan dan barangan keperluan asas, kemudahan diskaun belian, bantuan tenaga manusia

atau kemudahan lain seperti menyediakan perkhidmatan secara percuma kepada masyarakat setempat. Marilah kita bersama-sama memartabatkan kelestarian gerakan koperasi dengan menghulurkan bantuan dan sokongan kepada masyarakat iaitu melalui pendekatan seperti itu, hati dan minda mereka mungkin akan lebih terbuka untuk menghargai, mendekati dan akhirnya menyertai koperasi. Dalam kesempatan ini juga, saya secara peribadi ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh anggota koperasi dan berdoa

agar kita terus dilimpahi rahmat Allah SWT dalam mengharungi tahun yang mendatang.

Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA

SIDANG PENGARANG Presiden Dato’ Abdul Fattah Abdullah

Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd.

Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Dato’ Haji A. Aziz Deraman Datuk Zulkefli Hamzah Dr. Zaharani Ahmad Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Halim Haji Ibrahim

Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin

Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal

Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail

Pengurus Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat Telefon: 03-7884 6491 E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com

Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor

Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya

Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin

Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease