WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2021

3

ANGKASA

Selamat Datang ke Persada Koperasi Dato’ Suriani Binti Dato’ Ahmad

Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI

SAJAK

BELASUNGKAWA PAK UNGKU ABDUL AZIZ, 98 (28.1.1922-15.12.2020)

Takziah, ini pernyataan turut rasa berdukacita atas pemergian tokoh kita tokoh ternama segala bidang.

Di lapangan ekonomi rakyat miskin terus dibasmi berpandu ilmu berubah maju bervisi Di bidang bahasa budaya sastera pantun santun hiduplah setara seperti bangsa lain maju dalam segala. Dalam koperasi tubuh ANGKASA berpakat dan berkerja bersama-sama memajukan apa juga bidang niaga. Apabila maju boleh pergi haji ditubuhkan Tabung Haji untuk semua idea pemikirannya kekal selama. Pelajaran itulah yang lebih utama anak Melayu jadi penerajunya Universiti Malaya tempat tumpuannya. Kita kehilangan tokoh terbilang tokoh cemerlang segala bidang memajukan Melayu suaranya lantang. Kitalah pengisi perjuangannya berpandukan ilmu memajukan Melayu usah berpecah sentiasalah bersatu.

» Pelan pembangunan koperasi peruncitan antara yang diberi penekanan dalam perbincangan Dato’ Suriani dan Dato’ Abdul Fattah.

K etua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Dato’ Suriani Binti Dato’ Ahmad telah sudi menerima kunjung hormat ANGKASA di pejabat beliau di Putrajaya pada 5 Januari lalu. Sesi kunjung hormat tersebut diketuai Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah dengan diiringi Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim. Di samping mengucapkan salam perkenalan serta mengalu-alukan pelantikan Dato’ Suriani sebagai Ketua Setiausaha MEDAC yang baharu, Dato’ Abdul Fattah juga turut berkesempatan menerangkan secara ringkas sejarah penubuhan dan peranan ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi di Malaysia. Semasa pertemuan tersebut, Dato’ Suriani telah menekankan kepentingan elemen pemantauan yang berterusan selain pembentangan laporan yang lebih spesifik serta konsisten terhadap perniagaan yang dijalankan oleh ANGKASA serta subsidiarinya. Beliau juga turut berharap agar konsep kedai runcit koperasi khususnya di kawasan pedalaman perlu diberi perhatian selain ditambah baik dari segi

pengurusan dan tadbir urus inventori secara lebih teratur. Kedua-dua belah pihak juga turut berbincang tentang projek pengeluaran produk tenusu menerusi Heifers Park ANGKASA dan projek-projek berimpak tinggi yang lain di bawah pengurusan ANGKASA Niaga. Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi MEDAC, Dr. Hajah Salmah Ishak dan Pegawai Khas kepada KSU, Encik Noor Izwan Zabarudin.

» Dato’ Suriani melihat sebahagian produk koperasi yang diberi oleh ANGKASA.

AMI MASRA ANGKASA, Kelana Jaya

14, Jalan USJ 4/1D, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Dr Aminudin Mansor

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease