WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2021

4

BELASUNGKAWA

Jasa dan budi Almarhum Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dalam kisah perjuangannya terhadap gerakan koperasi di Malaysia menjadi simbol manifestasi perjuangan dan semangat yang terus kekal sehingga kini. Prof. Diraja Ungku Aziz : Perginya Seorang Pejuang Koperasi

‘Sadik, Amanah dan Telus’ yang menjadi falsafah perjuangan beliau terus dipegang oleh seluruh warga Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dalam usaha berterusan untuk melonjakkan taraf sosioekonomi koperasi dan seluruh anggotanya. Almarhum yang lebih mesra dengan panggilan Pak Ungku menjadi individu yang bertanggungjawab di sebalik penubuhan ANGKASA yang secara rasminya ditubuh dan didaftarkan pada 12 Mei 1971. Idea dan cadangan penubuhan ANGKASA telah dicetuskan oleh beliau menerusi Kongres Kerjasama Malaysia pada tahun 1966 dan Kongres Kerjasama Se-Malaysia Kedua pada tahun 1971. Peranan Pak Ungku selaku Yang Dipertua ANGKASA pada waktu itu terus

puncak yang berperanan menyatu dan mewakili gerakan koperasi di peringkat nasional dan antarabangsa. Almarhum juga turut bertanggungjawab menghidupkan program pembangunan koperasi di peringkat sekolah, memacu program keusahawanan koperasi sehingga ke peringkat an-tarabangsa selain turut memperkenalkan sukan petanq yang dijadikan sebagai sukan rasmi koperasi. Jasa dan pengorbanan Allahyarham yang pernah dinobatkan sebagai ‘Tokoh Koperasi Negara’ pada tahun 2002 dan ‘Rochdale Pioneers Award’ oleh Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) pada tahun 2007 akan terus dikenang dan kekal terpahat dalam lipatan sejarah gerakan koperasi di Malaysia.

>> Almarhum Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid (28 Januari 1922 - 15 Disember 2020).

bersemarak dengan pelbagai momentum perjuangan dan pencapaian. Sumbangan Allahyarham dalam ke- pimpinannya selama 38 tahun di ANGKASA (1971-2009) telah memperlihatkan banyak kejayaan dan komitmen da- lam membantu

>> Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid Menerangkan tentang ‘Sekolah Komputer ANGKASA (RANGKOM) pada tahun 1986.

memartabatkan gerakan koperasi s e h i n g g a A N G K A S A oleh kerajaan s e b a g a i

berjaya >> Prof. Diraja Ungku A. Aziz menerima Anugerah Tokoh Koperasi Negara daripada Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sempena Hari Koperasi Negara pada Julai 2002. diiktiraf pada 23 Mei 1996 sebuah badan

>>

Prof. Diraja Ungku A. Aziz memperkatakan sesuatu kepada wakil koperasi di PKTA Ke-24 pada Januari 2008.

>> Prof. Diraja Ungku A. Aziz memberi penerangan tentang sistem pengiraan undi digital yang dibangunkan oleh ANGKASA pada November 2007.

>> Prof. Diraja Ungku A. Aziz meneliti kandungan barangan semasa mengunjungi salah sebuah gerai ekspo koperasi di PKTA Ke-24 pada Januari 2008.

>> Prof. Diraja Ungku A. Aziz mengetuai Ikrar pada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tadbir (JKT) selepas Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke-23 pada Februari 2007.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease