WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2021

9

ANGKASA

Alumni SMAKL Berhad merupakan salah satu dari 12 cawangan yang dikendalikan oleh Rakan Niaga Premium (RNP) di seluruh negara. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah yang hadir merasmikan pembukaan cawangan tersebut berkata, MAAB mahu menyasarkan pembukaan sehingga 100 buah cawangan menjelang tahun 2030. Menurut beliau, sasaran tersebut sangat penting dalam usaha ANGKASA untuk menyaksikan lebih banyak koperasi dapat berperanan sebagai rakan niaga strategik di seluruh negara sekali gus meluaskan perkhidmatan perwarisan dalam kalangan anggota koperasi. Kini, MAAB berjaya menempatkan diri dalam kalangan pemain utama dengan menyediakan perkhidmatan Perancangan Harta Pusaka dan Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia dengan pendaftaran sebanyak 132,952 wasiat sejak tahun 2014 dan menguruskan kes pentadbiran pusaka dengan nilai aset yang ditadbir berjumlah RM87 juta sehingga Disember 2020. Kerjasama antara Koperasi Alumni SMAKL Berhad dan MyANGKASA Amanah dilihat berpotensi untuk menarik minat warga koperasinya untuk lebih peka terhadap kepentingan wasiat. Antara produk MyANGKASA Amanah yang dipromosikan oleh KASB Sdn. Bhd. adalah Hibah Hartanah, Hibah Saham Koperasi, Amanah Takaful/ Insurans dan Amanah Tunai. Majlis Perasmian MyANGKASA Amanah Berhad (Cawangan Gombak) turut dihadiri oleh Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi MAAB, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Mohd Alias Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Wilayah Persekutuan, Haji Zulkifli Jamaludin; Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim; Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim dan Pengurus MyANGKASA Amanah Berhad Cawangan Gombak, Encik Izwan Kamarudin.

Ejen Baharu MAAB di Gombak

Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

» Bergambar di perkarangan bangunan MAAB Cawangan Gombak.

A NGKASA Amanah Berhad (MAAB) membuka lembaran baharu pada tahun ini dengan ejen terbaharu di Taman Greenwood, Batu Caves,

Selangor pada 12 Januari 2021. Pusat ejen tersebut yang dikendalikan oleh KASB Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat kepada Koperasi

MAAB Buka Peluang Kerjaya Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

M yANGKASA Amanah Berhad (MAAB) bersedia menyediakan tempat Latihan Industri untuk pelajar di bawah tajaan Yayasan ANGKASA bagi mengikuti kursus dan bidang berkaitan. Inisiatif ini adalah bagi membuka peluang kerjaya ke arah keusahawanan kepada graduan bermula sebagai Perunding atau Ejen MAAB daripada sektor koperasi dan institusi kewangan yang bakal di tempatkan di cawangan MAAB seluruh negara. Pengerusi MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) merangkap Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berkata, MAAB akan menyediakan Latihan dan Kursus Persijilan secara profesional kepada bakal graduan Yayasan ANGKASA seperti ‘Pengurusan Perwarisan Islam’ iaitu program bersama Islamic Banking & Finance Institute Malaysia (IBFM) sebagai langkah jalinan kerjasama kedua-dua pihak. Usaha-usaha ini katanya, memerlukan penyertaan dalam kalangan kakitangan ANGKASA dan Subsidiari melalui sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam semua aktiviti dan strategi perancangan ANGKASA. Ujarnya, MAAB terus menunjukkan peningkatan berterusan apabila mencatatkan pendapatan sebanyak RM3,769,457 berakhir November 2020. Beliau berkata demikian dalam ucapan di Majlis Penyerahan Sumbangan MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) kepada Yayasan ANGKASA berjumlah RM30,000 di pejabat MAAB, Kelana Jaya, 31 Disember 2020 lalu.

» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (kanan) menyerahkan sumbangan berjumlah RM30,000 kepada Yayasan ANGKASA.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease