JULAI 2021 JILID: WP03 /7
ANGKASACoop
www.angkasa.coop
RM1.00
Sektor Pertanian Koperasi Terus Diperkasakan Pelan Tindakan Keselamatan Makanan Nasional 2021 - 2025
>>04 Mesyuarat Agung Tahunan ACO Pendigitalan Pacu Perniagaan Koperasi ASEAN
Oleh MOHD ZAKUAN AZMI K operasi sebagai salah satu sektor penyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berperanan dalam membantu menjana tahap pengeluaran dan pembekalan industri makanan negara melalui penglibatan aktif sektor pertanian koperasi.. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato' Abdul Fattah Abdullah berkata, koperasi sememangnya berusaha membantu kerajaan melaksana dan merealisasikan matlamat Pelan Tindakan Keselamatan Makanan Nasional 2021-2025 melalui teras strategi yang ditetapkan. Katanya, usaha tersebut adalah perlu bagi memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi kerana kebanyakan negara mula mengurangkan eksport makanan bagi memenuhi permintaan dalam negara masing-masing. Pandemik COVID-19 juga katanya telah menyebabkan semua pihak termasuk sektor
koperasi untuk bersama-sama memperkasakan bidang pertanian. Antara perkara yang diberi penekanan dalam pembentangan beliau adalah tentang isu, permasalahan, kekuatan dan kaedah penyelesaian terhadap pelbagai aspek pengurusan pertanian sebagai langkah kehadapan bagi menjayakan matlamat pelan tindakan tersebut. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan pembentangan melalui Webinar Kemapanan Makanan Negara bertajuk ‘Pemerkasaan Industri Makanan Negara: Peranan Koperasi’. Siri Webinar anjuran Majlis Dakwah negara (MDN) itu menampilkan Pengarah Naluri Corporation Berhad, Datuk Mohd Radzuan Abdullah sebagai Moderator. Program yang berlangsung melalui aplikasi Zoom Meeting dan Facebook Live itu juga turut menampilkan seorang lagi panelis iaitu Ketua Pegawai Eksekutif, Penang Halal International, Puan Aida Lim Abdullah.
Perhimpunan Agung ICA Model Koperasi Memenuhi Keperluan dan Kehendak Anggota
>>06
Pentingnya Pendidikan Kepada Warga Koperasi
BERSAMBUNG DI MUKA 2
>>09
Perkasakan Koperasi Siswa IPT
>>10
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Bersama Pertahankan Ekonomi Koperasi
>>12
Mengangkat Potensi Koperasi Pertanian
>>14
2
ANGKASA
JULAI 2021
DARI MUKA 1
Tan Sri Mohd Hashim Abdullah
YB Dato' Che Abdullah Mat Nawi.
Siri Webinar Kemapanan Makanan Negara bertajuk ‘Pemerkasaan Industri Makanan Negara: Peranan Koperasi’ anjuran Dewan Ekonomi, Majlis Dakwah negara (MDN) menutup tirai penganjurannya pada 4 Julai 2021 dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 2, YB Dato' Che Abdullah Mat Nawi. Beliau dalam ucapannya berkata, krisis ekonomi yang berpunca daripada pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada sektor pertanian bukan sahaja di Malaysia malah hampir di seluruh dunia. Sektor ini sebenarnya amat penting dalam membantu menghasilkan bekalan makanan, membekalkan bahan mentah kepada keperluan industri selain menjana ekonomi rakyat melalui pekerjaan. Katanya, usaha perlu diambil dengan segera bagi meningkatkan lagi pengeluaran hasil-hasil pertanian negara sekali gus mengatasi masalah bekalan sumber makanan di peringkat domestik dan juga import. Dato' Che Abdullah juga turut merakamkan penghargaan kepada MDN atas penganjuran webinar dan kerjasamanya dengan ANGKASA, Pertubuhan Pengusaha Agro Malaysia, Katana Circle Malaysia dan Penang Halal International yang dilihat sebagai tepat pada masanya. Menurut beliau, usaha tersebut secara tidak langsung akan turut meringankan tanggungjawab yang dipikul oleh pihak kementerian dalam memastikan bekalan makanan negara sentiasa cukup dan selamat. Program yang menampilkan Exco Dewan Ekonomi MDN, Profesor Dr.
Azizan Ahmad sebagai Moderator itu menyaksikan beberapa siri pembentangan tambahan oleh ahli panel yang diakhiri dengan pembentangan resolusi.
Dato' Abdul Fattah Abdullah
Dato' Abdul Fattah Abdullah yang membentangkan tajuk 'Peranan ANGKASA dalam Menjayakan Projek Kemampanan Makanan Negara' telah merumuskan beberapa cadangan dalam pembentangan kertas kerja beliau di webinar tersebut : Koperasi membantu kerajaan mencapai matlamat makanan dalam negara kerana memiliki kekuatan rantaian dan aset yang mencukupi. Koperasi diberi pengiktirafan yang sewajarnya oleh kerajaan bagi mendapatkan akses serta kemudahan dalam ekosistem ekonomi negara. Menggalakkan koperasi pertanian dan anggotanya supaya terlibat secara lebih aktif dalam pengeluaran produk makanan. Mengukuhkan lagi prinsip koperasi iaitu 'Berprihatin kepada Masyarakat' yang dapat memberi manfaat kepada semua pihak.
3
ANGKASA
JULAI 2021
Dari Meja Presiden
Bergerak Secara Jemaah demi Kelestarian Ummah
P eruntukan sebanyak RM20 juta di bawah inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan pengenalan empat Program Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi oleh kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dilihat sebagai satu tindakan proaktif dalam usaha membantu meringankan beban kewangan koperasi yang terjejas. Empat program tersebut adalah Program Penubuhan Koperasi Prihatin Rakyat (KPR), Program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat (JKPR), Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (TRANSFER) serta Program Dagang Produk atau Perkhidmatan Koperasi Dalam Talian (e-DAPAT). Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjana keusahawanan koperasi, inisiatif program JKPR yang mahu menggalakkan pembelian barangan keperluan harian di kedai koperasi merupakan satu tindakan yang baik dan dilihat sebagai tepat pada masanya. Peruntukan sebanyak RM15,000 sebagai insentif jualan secara one-off untuk 200 buah koperasi yang terlibat secara langsung dalam sektor pemborongan dan peruncitan juga merupakan satu inisiatif murni dalam usaha kerajaan untuk membantu mengurangkan harga barangan keperluan dan meringankan beban rakyat. Justeru, program tersebut yang bakal berlangsung selama setahun bermula Julai 2021 itu diharap dapat membantu memperkasakan lagi sektor pemborongan dan peruncitan koperasi khususnya koperasi komuniti yang masih baru dalam bidang peruncitan. ANGKASA sendiri melalui projek Barangan Asas 100 (BA100) sedang giat berusaha membangunkan sektor
K ekuatan umat Islam akan lebih terserlah jika dapat bergerak secara berjemaah melalui pe nyatuan dan kesepakatan. Melalui semangat ter- sebut, umat Islam akan memperoleh keyakinan yang lebih tinggi bagi meneruskan perjuangan menentang musuh Islam. Demikian ditegaskan oleh Presiden ANGKASA mer- angkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato' Abdul Fattah Abdullah sewaktu berucap merasmikan program Ta- dabbur Al-Quran Dalam Gerakan Koperasi 2021 ber- tajuk 'Pembebasan Palestin: Perjuangan Tanpa Noktah'. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Pemba ngunan Syariah ANGKASA berkata, kekuatan luaran dan dalaman sebenarnya dapat menjadi pemangkin kepada usaha berterusan untuk terus cakna terhadap isu kemanusiaan selain terus berdiri teguh menyuarakan sokongan padu terhadap perjuangan rakyat Palestin. Menurut beliau, ANGKASA telah menyediakan sebuah tabung khas untuk membantu rakyat Palestin dengan memperuntukkan sejumlah RM50 ribu. ANGKASA juga katanya turut mengalu-alukan penyertaan anggota koperasi di seluruh negara untuk bersama- sama membantu meningkatkan jumlah sumbangan tersebut demi kelestarian ummah. Program tersebut yang dianjurkan oleh ANGKASA bertujuan mengupas isu semasa yang sedang melanda
Al-Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi Abd Rahman
Al-Fadhil Ustaz Muhamad Syaari Ab Rahmad
Palestin dan apakah peranan kita sebagai orang Islam dan negara Islam menurut Al-Quran. Majlis bermula dengan bacaan ayat suci Al-Quran (ayat 1-7) surah Al-Israa’ dan disampaikan oleh Qari MyQuran Time, TV Al-Hijrah iaitu Al-Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi Abd Rahman. Ayat- ayat tersebut seterusnya dihuraikan secara spesifik oleh pentadabbur Al- Quran iaitu Al-Fadhil Ustaz Muhamad Syaari Ab Rahman dari Paradigma Ibrah Sdn. Bhd. Program yang berlangsung secara maya pada 15 Jun 2021 telah disertai seramai 100 orang termasuk Naib- Naib Presiden ANGKASA serta barisan Anggota Jawatankuasa Tadbir Ke-
bangsaan ANGKASA. Majlis diakhiri dengan sesi perkongsian pengala- man misi bantuan kema- nusiaan ke Palestin oleh Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Encik Ahmad Fahmi Mohd Samsudin. “Harapan saya semoga program ini memberi ke sedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya perpaduan dan kesepakatan dalam menggerakkan koperasi,” katanya. Hadir sama dalam maj lis tersebut ialah Ketua Setiausaha MEDAC, Dato’ Suriani Dato’ Ahmad dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pemantapan) MEDAC, Dato’ Mohammad Radhi Abdul Razak.
peruncitan koperasi melalui inisiatif pembelian stok barangan keperluan secara dalam talian. Dengan sokongan dan bantuan yang diberikan, saya yakin usaha yang dilaksanakan oleh MEDAC dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ini akan dapat membantu meningkatkan semula keyakinan masyarakat selain mengembalikan prestasi jualan kedai runcit koperasi.
Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)
Sidang Pengarang
Presiden • Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail Naib Presiden • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan • Haji Nasir Khan Yahaya
Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Haji Anuar Ismail • Datin Hajah Fauziah Zainal
Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Telefon : 03-5101 3388 Faks : 03-5101 3600 Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd.
• Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz Pegawai Media Sosial • Nadiah Kamarudin Pemberita / Jurugambar • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin
Muat Turun Aplikasi
Mudah Alih PELANCAR PERCUMA
4
JULAI 2021
Mesyuarat Agung Tahunan ACO Pendigitalan Pacu Perniagaan Koperasi ASEAN Oleh NADIAH KAMARUDIN G erakan koperasi di negara ASEAN turut bersama kerajaan masing- masing dalam usaha membantu
rakyat yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19. Situasi ini ternyata menunjukkan kerajaan amat bergantung kepada bantuan dan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk Sektor Koperasi dalam usaha mengurangkan impak krisis pandemik ini. Presiden ASEAN Cooperative Or- ganization (ACO) merangkap Pre- siden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah memberitahu, koperasi perlu dilihat relevan dalam apa jua situasi yang melanda dunia dan di gitalisasi serta inovasi adalah solusi yang perlu diberi keutamaan untuk melonjakkan perniagaan dan me- nangani krisis ekonomi. Walau bagaimanapun, jurang digital yang luas dalam kalangan anggota mampu menyekat usaha mana-mana koperasi untuk meng- galakkan digitalisasi terutamanya dalam operasi perniagaan. Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Agung Tahunan ACO yang telah diadakan pada 25 Jun 2021. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh seramai 22 orang wakil koperasi dari enam buah ne- gara iaitu Singapura, Indonesia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Malaysia. Pembentangan oleh wakil-wakil koperasi dalam mesyuarat yang sama turut menunjukkan kepri- hatinan kerajaan daripada pelba- gai negara terhadap kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh kope- rasi ekoran COVID-19. Dalam pembentangannya, Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa Dewan Koperasi Indonesia, Encik Ilham Nasai, memaklumkan kera- jaan Indonesia telah memper kenalkan beberapa langkah untuk mengurangkan impak krisis pan- demik terhadap koperasi antara- nya pengurangan cukai serta mem- perkenalkan pinjaman mudah dan program inkubator untuk koperasi belia. Ketua Pegawai Eksekutif Philip- pine Cooperative Center, Mr. Edwin
Setiausaha Agung ACO merangkap Timbalan Presiden ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail.
Presiden ASEAN Cooperative Organization merangkap ASEAN Cooperative Organization merangkap Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyampaikan ucapan perasmian pada Mesyuarat Agung Tahunan ACO pada 25 Jun 2021.
Bendahari ACO merangkap Naib Presiden ANGKASA, Dr. Haji Mohd Azlan Yahya.
Ketua Pegawai Eksekutif Singapore National Cooperative Pegawai Eksekutif Singapore National Cooperative Federation, Mr. Ang Hin Kee.
Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa Dewan Koperasi Hal Ehwal Antarabangsa Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN), Encik Ilham Nasai.
5
JULAI 2021
A. Bustillos, dalam pem- bentangannya pula menya takan, kerajaan Filipina telah meluluskan peng- libatan koperasi dalam se- buah akta yang ditubuhkan khas untuk memberikan tindak balas bagi menangani kesan COVID-19 terhadap sosioekonomi di negara tersebut. Dato’ Abdul Fattah turut menyeru anggota ACO un- tuk bersama menjayakan program ‘ASEAN Product Corner’ bagi segera menge- nal pasti produk keluaran koperasi ASEAN yang ber- potensi untuk diperdagang dan dipasarkan ke pasaran yang lebih besar. Usaha memperkukuhkan koperasi negara ASEAN juga akan dilaksanakan mela- lui penubuhan Bank Pem- bangunan Koperasi ASEAN (ACDB) yang membolehkan kemudahan pembiayaan di- berikan terutama kepada
Pengurus Besar Central Cooperative Society (Myanmar), Mr. Besar Central Cooperative Society (Myanmar), Mr. Zaw Lwin Oo.
Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa dan Promosi Perdagangan Hal Ehwal Antarabangsa dan Promosi Perdagangan Cooperative League of Thailand, Mr. Panuwat Wanraway.
Ketua Pegawai Eksekutif Philippine Cooperative Center, Mr. Pegawai Eksekutif Philippine Cooperative Center, Mr. Edwin A. Bustillos.
Pengarah MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd, Mr. S. Ahlaimuniandy. MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd, Mr. S. Ahlaimuniandy.
Mohd. Azlan Yahya; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil
Hashim; Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin dan Pengarah MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd, Mr. S. Ahlaimuniandy. Penasihat
Hadir sama Setiausaha Agung ACO merangkap Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Bendahari ACO merangkap Naib Presiden ANGKASA, Dr. Haji
koperasi mikro dan kecil. ACO den gan kerjasama Sukaniaga Sdn Bhd akan menubuhkan sebuah kumpu- lan kerja untuk menghasilkan blue print pelaksanaan ACDB.
6 ANTARABANGSA
JULAI 2021
Perhimpunan Agung ICA Model Koperasi Memenuhi Keperluan dan Kehendak Anggota
Oleh NADIAH KAMARUDIN S eramai 160 perwakilan dari pelbagai negara dan empat organisasi antarabangsa telah menyertai Perhimpunan Agung Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) yang telah diadakan secara hibrid pada 29 Jun 2021. Ini merupakan kali kedua ICA mengadakan perhimpunan secara dalam talian selepas buat pertama kali dalam sejarah organisasi apeks koperasi global tersebut perlu mengadakannya secara tanpa bersemuka pada September tahun lepas. Dalam ucapan pembukaannya, Presiden ICA, Dr. Ariel Guarco menyifatkan tema Hari Koperasi Antarabangsa (#CoopsDay) untuk tahun ini iaitu “Rebuild Better Together” adalah sangat bertepatan dalam menunjukkan komitmen berterusan koperasi dalam membantu masyarakat terutama anggota menghadapi kesukaran dan cabaran ekoran pandemik COVID-19. Tambah beliau, ICA telah diberikan mandat untuk mempengerusikan salah satu jawatankuasa di bawah Sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu 'Committee for the Promotion and Advancement of Cooperatives' atau ringkasnya COPAC sejak Januari tahun ini. ICA dan PBB melalui COPAC, bersama-sama menentukan tema #CoopsDay untuk setiap tahun. Tema untuk tahun ini adalah untuk memperlihatkan bagaimana gerakan koperasi dunia berketahanan menghadapi pandemik COVID-19 serta mampu membantu komuniti masyarakat secara am dalam menangani kesan pandemik ini. “Pada saat ujian ini, ICA telah meningkatkan jumlah keahliannya iaitu sebanyak 320 organisasi anggota dari 112 buah negara. Jumlah ini adalah tertinggi sejak tahun 1895,” ujar beliau. Jelas Dr. Ariel, tidak boleh dinafikan, model koperasi terus memenuhi keperluan dan kehendak anggota hampir dua abad serta merupakan antara kaedah yang paling konsisten dan terbukti untuk membina dunia yang lestari. Dalam majlis yang sama juga, delegasi bersetuju untuk mewujudkan sebuah Jawatankuasa Hal Ehwal Belia supaya ahli-ahli yang akan menganggotai
Presiden ICA, Dr. ICA, Dr. Ariel Guarco.
Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) merangkap Ketua Jawatankuasa Audit dan Risiko ICA, Mr. Gregory Wall, membentangkan akaun untuk organisasi tersebut bagi tahun 2020.
Presiden ICA Youth Network, Sébastien Chaillou membentangkan penubuhan sebuah Jawatankuasa ICA Youth Network, Sébastien Chaillou membentangkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertema Belia.
7 ANTARABANGSA
JULAI 2021
Perhimpunan Agung ICA telah disertai oleh seramai 160 wakil koperasi dari pelbagai negara.
jawatankuasa ini dapat mewakili koperator belia di peringkat ICA dengan lebih berkesan. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah, menggalakkan anggota koperasi di Malaysia yang berumur antara 18 hingga 35 tahun
untuk menjadi ahli 'ICA Youth Network' sekali gus berpeluang untuk mewakili negara dalam jawatankuasa tersebut. Menurut beliau, adalah menjadi harapan besar ANGKASA untuk melihat model gerakan koperasi sekolah diiktiraf oleh lebih banyak negara dan kepada siapa lagi yang
kita perlu harapkan kalau bukan koperator belia untuk membawa aspirasi ini ke dalam jawatankuasa yang akan ditubuhkan. Hadir sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib-Naib Pre
siden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.
8 ANGKASA
JULAI 2021
Rancang Strategi Baharu Perniagaan Sinergi Kerjasama Kerajaan - Sektor Pelancongan Koperasi
Oleh RAHMAT MOHD DID U saha untuk membuka dan membina semu- la sektor pelan- congan koperasi yang terjejas aki- bat kesan pandemik COVID-19 memerlukan satu sinergi kerjasama yang kuat antara kerajaan dan pemain industri dalam sektor tersebut. Jalinan kerjasama itu penting bagi mencari jalan bagaimana untuk menarik kembali minat dan permintaan supaya sektor tersebut kembali bergerak aktif dan menjana perolehan. Demikian menurut Pre siden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah sewaktu berucap merasmikan webinar ' Domestic Travel Bubble – Berita Baik Untuk Industri Pelancongan Koperasi' secara maya pada 7 Julai 2021. Katanya, tempoh pandemik COVID-19 yang lama sebenarnya memberi banyak ruang kepada koperasi untuk menilai dan memperbaiki kelemahan yang ada. Usaha penambahbaikan boleh dige rakkan melalui peningkatan kualiti perkhidmatan selain mengorak strategi perniagaan yang lebih ampuh sesuai dengan situasi semasa. "Usaha juga boleh dilakukan dengan memperbaiki infrastruktur untuk meng optimumkan penggunaan teknologi canggih dan fleksibel seperti sidang video dan transaksi dalam talian sekali gus membolehkan koperasi membudayakan norma baharu tanpa menjejaskan potensi industri pelancongan. "Selain itu, kerjasama antara sektor pelancongan koperasi dapatmembantumeningkatkan akses sokongan mudah tunai melalui pakej rangsangan ekonomi yang ditawarkan khusus untuk pelancongan, menerapkan protokol kesihatan baharu untuk perjalanan dan perkhidmatan yang selamat, mempelbagaikan pakej pelancongan, pasaran dan tawaran promosi harga yang menarik," ujar beliau. Tambahnya lagi, pelancongan virtual juga antara alternatif menarik untuk diterokai koperasi. Campuran teknologi realiti dan maya mampu menawarkan pengembaraan menarik untuk masyarakat mengembara ke tempat-tempat menarik dan melakukan aktiviti dalam ruang peribadi mereka sendiri tanpa gangguan. Justeru, koperasi perlulah lebih kreatif, inovatif dan bijak menguasai teknologi digital. Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) memaklumkan bahawa negara memerlu-kan sekurang-kurangnya empat tahun untuk memulihkan se- mula industri ini. Tempoh yang agak panjang pastinya memberi
Dato' Abdul Fattah Haji Abdullah merasmikan webinar " Domestic Travel Bubble - Berita Baik Untuk Industri Pelancongan Koperasi'
Puan Mastura Zulkifley
Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (kanan) dan Puan Zunaina Haji Mohamad Ali Hasan (kanan) dan Puan Zunaina Subari.
Encik Uzaidi Udanis
cabaran besar kepada semua pihak yang terlibat secara lang- sung dan tidak langsung dalam industri pelancongan negara. Sementara itu, United Nation World Tourism Organization (UNWTO) pula menganggarkan bahawa kedatangan pelancong antarabangsa global menurun sebanyak 58 peratus hingga 78 peratus pada tahun 2020, yang menyebabkan kerugian sebanyak USD0.9 hingga USD1.2 trilion. “Kesan krisis ini dirasai seluruh ekosistem pelancongan dunia, termasuk Malaysia. Jumlah anggaran kerugian industri pelancongan negara padatahun2020melebihiRM100 bilion. Angka ini termasuk kerugian ditanggung industri
pelancongan milik koperasi. Ia meliputi aktiviti seperti penginapan, pengangkutan, pusat beli-belah, makanan dan minuman serta penganjuran acara,” jelas Dato' Abdul Fattah. Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dalam ucapan aluannya berkata, Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan telah menjalankan beberapa inisiatif tambahan untuk membantu koperasi dalam situasi pandemik. Menurut beliau, inisiatif itu antaranya seperti me nyumbang e-baucer kepada koperasi terkesan iaitu RM20 untuk setiap pelanggan yang menggunakan perkhidmatan koperasi sama ada hotel, inap
desa ( homestay ) mahupun spa, bekerjasama dengan Institut Koperasi Malaysia (IKM) dalam membangunkan laman web koperasi untuk perubahan ke arah pendigitalan dan menggalakkan koperasi mendalami kaedah pelanco ngan maya. Webinar yang berlangsung menerusi aplikasi Zoom Meeting ini disertai lebih 100 peserta manakala hampir 1,000 orang menyaksikannya melalui Facebook ANGKASA. Antara yang turut serta ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan,PenjagaanDiridan Kesihatan, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Pengerusi-
Pengerusi Jawatankuasa Per hubungan ANGKASA Negeri (JPAN) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Operasi ANGKASA, Datuk Haji Abdullah Jusoh. Dua panelis telah dijemput bagi menjayakan webinar ini iai- tu Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Puan Mastura Zulkifley dan Presiden Malay - sia Inbound Travel Association (MITA) dan Malaysia Tourism Council (MTC), Encik Uzaidi Udanis yang menerangkan pe- luang-peluang dalam industri pelancongan yang boleh direbut oleh koperasi.
9 ANGKASA
JULAI 2021
Pentingnya Pendidikan kepada Warga Koperasi Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ K epelbagaian program pem bangunan koperasi yang disediakan ANGKASA membuktikan badan modal insan yang cekap dan profesional bagi membolehkan
apeks ini memainkan peranan besar dalam memberi pendidikan dan latihan kepada warga koperasi di negara ini. Program berbentuk pemerkasaan ekonomi dan pembangunan produk kope- rasi melalui kerjasama ANGKASA dengan pelbagai pihak menjadi pemacu kepada us- aha untuk memberikan sumbangan berke- san dalam pengembangan koperasi. Berdasarkan rekod World Cooperative Monitor 2020 , sekurang-kurangnya 12 peratus penduduk dunia atau bersamaan satu bilion orang menjadi anggota kepada lebih tiga juta koperasi. Koperasi juga turut memberi peluang pekerjaan kepada 280 juta orang atau bersamaan 10 peratus daripada populasi pekerja dunia, dan sebanyak 300 koperasi besar dunia menyumbang perolehan berjumlah USD 2,146 bilion. Demikian ucapan perasmian yang dibacakan oleh Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan. Beliau mewakili Presiden ANGKASA merangkap PresidenASEANCo-operativeOrganization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah dalam Webinar AURA bertajuk ‘Peranan Sektor Koperasi Dalam Pendidikan Warga Koperasi (Peranan dan Tanggungjawab Kita Bersama)’ anjuran Yayasan ANGKASA melalui aplikasi Zoom Meeting dan FB Live Yayasan ANGKASA, pada 6 Julai 2021. Katanya, kekuatan ini membuktikan bahawa pendidikan dan latihan berterusan yang diberikan kepada anggota koperasi dari dulu sehingga kini adalah nadi kepada sektor koperasi. “Koperasi dan anggota koperasi wajar memainkan peranan penting dalam menyebarkan kefahaman dan kelebihan berkoperasi kepada komuniti masyarakat terutama generasi muda dan pemimpin masyarakat. Pendedahan koperasi perlu diperluaskan kepada semua bidang keilmuan dan kemahiran selaras dengan perkembangan semasa khususnya dunia digital keusahawanan. Ia ke arah melahirkan
koperasi terus maju dan berdaya saing,” katanya. Webinar AURA yang berlangsung ini melibatkan penyertaan sejumlah 535 peserta di dua saluran maya terdiri daripada anggota koperasi, anak- anak anggota, pelajar sekolah menengah dan mahasiswa universiti. Program berinfor- matif ini dikendalikan oleh moderator iaitu Pengurus Yayasan ANGKASA,
Webinar AURA 'Peranan Sektor Koperasi Dalam Pendidikan Warga Koperasi (Peranan dan Tanggungjawab Kita Bersama)'.
Puan Haslinda Ahmad dan menampilkan tiga panel iaitu Naib Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Modal Insan Institut Koperasi Malaysia (IKM), Encik Mohd. Zaib Mat Yunus dan Pengurus Besar KUISCELL, Al-Fadhil Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Antara pengisian yang diketengahkan adalah mengenai kepentingan ilmu dan pendidikan koperasi kepada warga koperasi, penekanan terhadap Prinsip
Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan merasmikan Webinar AURA 'Peranan Sektor Koperasi dalam Pendidikan Warga Koperasi (Peranan dan Tanggungjawab Kita Bersama)' mewakili Presiden ANGKASA.
Kelima Koperasi iaitu Pendidikan, Latihan dan Maklumat,perananIKMdalammenyebarluaskan pendidikan dan latihan kepada semua lapisan merangkumi anggota dan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) serta kepentingan ilmu dari perspektif Islam dan tuntutan yang perlu dituruti . Turut menyertai webinar ini ialah barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA, barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA dan barisan kepimpinan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) serta pemimpin koperasi dari seluruh negara.
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Modal Insan Institut Koperasi Malaysia Ketua Pengarah Pembangunan Modal Insan Institut Koperasi Malaysia (IKM), Encik Mohd. Zaib Mat Yunus.
Pengurus Besar KUISCELL, Al-Fadhil Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Besar KUISCELL, Al-Fadhil Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.
10 ANGKASA
JULAI 2021
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Perkasakan Koperasi Siswa IPT K operasi Siswa (KOSISWA) boleh menjadi platform terbaik untuk mendedahkan para siswa dalam dunia perniagaan secara langsung ( hands on ) menerusi pelaksanaan Pengajian Keusahawanan. Usaha ini mampu menyuntik semangat dan memupuk minat sekali gus menggalakkan budaya keusahawanan dalam kalangan siswa selain memberi pengalaman berharga selepas tamat pengajian kelak.
Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, pemerkasaan koperasi siswa selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 iaitu membudayakan keusahawanan dan melahirkan lebih ramai belia bekerja sendiri berbanding makan gaji. Beliau berkata, ANGKASA telah berjaya meletakkan tapak yang kukuh melalui kejayaan gerakan koperasi sekolah di negara ini dan mahu melihat perkembangan yang sama berlaku di peringkat koperasi siswa. “ANGKASA akan membantu koperasi siswa merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi agar koperasi mampu dan bersedia melibatkan diri dalam perniagaan berimpak tinggi untuk manfaat siswa,” katanya ketika berucap merasmikan webinar bertajuk ‘Pemerkasaan Koperasi Siswa Institusi Pengajian Tinggi’ yang diadakan secara secara maya melalui aplikasi Zoom Meeting dan FB Live @ ANGKASACOOP pada 8 Jun 2021. Webinar berbentuk forum ini melibatkan penyertaan seramai 390 peserta yang terdiri daripada anggota KOSISWA IPT seluruh negara. Objektifnya antara lain bertujuan memberi pendedahan mengenai kepentingan berkoperasi dalam kalangan siswa, usaha dan strategi pemerkasaan Koperasi Siswa IPT dan peluang perniagaan bersesuaian yang boleh diceburi dalam suasana norma baharu. Forum ilmiah ini dikendalikan oleh moderator Naib Presiden ANGKASA merangkap Penolong Naib Canselor Universiti Per- tahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik. Barisan ahli panel pula terdiri daripada Pengarah Eksekutif, Institut Pembangunan Keusahawanan dan
Dato' Abdul Fattah Abdullah merasmikan webinar 'Pemerkasaan Koperasi Siswa Institusi Pengajian Tinggi'.
11 ANGKASA
JULAI 2021
Koperasi (CEDI) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Chandrakantan Subramaniam dan Pengarah Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Mohd Shaari Abd Rahman. Prof. Dr. Chandrakan- tan Subramaniam sewaktu taklimatnya menyatakan bahawa jaringan keusaha- wanan koperasi siswa wajar diperluas. Ini kerana bidang tersebut memiliki potensi yang besar untuk menjadi sebuah entiti perniagaan terbaik di samping medan latihan kepada mahasiswa dalam bidang keusahawa- nan. Beliau berkata, cabaran pandemik COVID-19 se- harusnya menjadi pem- bakar semangat kepada koperasi siswa untuk terus menggerakkan aktiviti per- niagaan seperti kaedah dalam talian. Sementara itu, Dr. Mohd Shaari Abd Rahman berkata, kolaborasi antara koperasi siswa dan koperasi kakitangan di peringkat universiti serta jaringan kerjasama KOSISWA dan pihak berkepentingan perlu dikembangkan. Sebagairekod,berdasarkan statistik oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sehingga Jun 2021, terdapat 257 buah koperasi siswa dengan keanggotaan seramai 185,488 orang; modal yuran/ syer melebihi RM174.4 juta, aset melebihi RM600.4 juta dan menyumbang perolehan melebihi RM109.2 juta. Turut mengikuti we- binar ini ialah Pengarah Dasar Dan Perancangan Pembangunan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Azam Sulaiman; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) Institut Koperasi Malaysia (IKM), Encik Mohd. Zaib Mat Yunus; Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Dr. Haji Mohd Azlan Yahya dan Dato' Haji Che Mohd. Shukree Che Isa; Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahya dan barisan kepimpinan ANGKASA Negeri.
Puisi Tradisional Gurindam Jati Diri Koperasi (Sempena 50 Tahun ANGKASA) Mari membangun jati diri koperasi, Hati dan jiwa sentiasa bervisi. Prinsip pertama sukarela dan terbuka. Keanggotaan koperasi kepada yang suka. Kawalan demokratik oleh anggota, Sentiasa praktik sesama kita. Penglibatan ekonomi oleh anggota, Semua pihak setia dan turut serta. Organisasi berautonomi Tambah pelajaran, latihan maklumat Dalam kehidupan tetaplah berjimat. Utamakan kerjasama antara koperasi, Selama hidup sentiasalah bervisi. Menyumbang modal syarat keanggotaan, Dibahagi sama apa juga keuntungan. Mengambil berat terhadap masyarakat, Hidup bermanfaat sentiasa berpakat. Koperasi berusaha pembangunan berkekalan, Bervisi sentiasa menuju kejayaan. dan kebebasan, Semangat berani pembangunan berkekalan.
Hasil daripada program ini, terdapat cadangan dan pe- nyelesaian daripada isu dan persoalan yang dibangkitkan sepanjang program berlangsung antaranya adalah : • Koperasi siswa dilihat sebagai satu medium atau platform untuk jaringan keusahawanan dalam ekosistem sesebuah universiti. Koperasi siswa dijadikan sebagai medan latihan bagi pelajar terlibat dalam keusahawanan. Graduan dapat berkecimpung dalam bidang keusahawanan apabila tamat pengajian kerana terdapatnya jaringan perniagaan yang diperoleh semasa penglibatan dengan koperasi siswa. • Peranan Pusat Keusahawanan di sesebuah universiti dalam memperkasakan koperasi siswa adalah dengan memberi ruang dan peluang kepada koperasi siswa itu sendiri dan anggota koperasi siswa untuk berniaga dan memasarkan produk mereka melalui program yang dianjurkan oleh Pusat Keusahawanan ataupun pihak universiti. • Semasa pandemik COVID-19 ini, koperasi siswa dapat meneruskan projek perniagaan seperti pembekalan barangan dalam kampus seperti pembekalan air mineral, kertas A4, alat tulis, makanan dan sebagainya sebagai langkah untuk terus menjana pendapatan koperasi siswa. Peluang perniagaan ini dapat diperoleh dengan adanya kerjasama antara koperasi siswa dan Pusat Keusahawanan sesebuah IPT. Selain itu, koperasi siswa perlu melangkah ke hadapan dengan mencuba peluang perniagaan dalam talian melalui platform sedia ada ataupun dengan membangunkan sendiri sepeti e-dagang, e-rezeki dan sebagainya. • Prof. Dr. Chandrakantan mencadangkan agar topik koperasi dijadikan sebagai subtopik dalam silibus subjek Asas Keusahawanan di universiti/ IPT. Subjek Asas Keusahawanan dilihat sangat penting dan perlu dijadikan sebagai subjek wajib bagi semua pelajar universiti/IPT tidak hanya bagi pelajar dalam bidang perniagaan dan keusahawanan sahaja. Selain itu, mungkin juga boleh dijadikan subjek koperasi sebagai subjek elektif (pilihan). • Penglibatan pengarah-pengarah daripada Pusat Keusahawanan juga di-lihat sangat penting dalam komposisi koperasi siswa di mana setiap perancangan dan pergerakan koperasi siswa dapat diperkemaskan dan lebih tersusun. Sokongan dan bantuan daripada Pusat Keusahawanan atau pentadbiran universiti amat penting dalam memperluaskan aktiviti perniagaan koperasi dalam kampus. • Koperasi siswa perlu mempunyai garis panduan yang seragam ter- utamanya dalam komposisi Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Undang- undang Kecil dan aturan-aturan yang standard bagi menyeragamkan koperasi siswa secara keseluruhannya. Perbincangan dengan pihak yang terlibat seperti KPT, MEDAC, SKM, IKM dan ANGKASA perlu diadakan bagi membincangkan hal berkenaan agar dapat direalisasikan. • Koperasi siswa juga boleh mengembangkan jaringan perniagaannya dengan mengadakan kerjasama dengan entiti lain seperti koperasi kakitangan, anak syarikat universiti dan sebagainya melalui program bersama. • Menurut Dr. Mohd. Shaari, ALK koperasi siswa yang dilantik perlu mempunyai ‘jiwa’ berkoperasi yang mempunyai minat mendalam terhadap gerakan koperasi di samping minat dalam keusahawanan dan perniagaan. Tanpa ‘jiwa’ yang dimaksudkan, koperasi tidak dapat bergerak dengan jayanya. ALK juga perlu mentadbir koperasi secara bersama-sama dan perlu mendapatkan sokongan daripada pemegang taruh di universiti. • Cadangan untuk memastikan setiap universiti awam dan institusi pen- gajian tinggi mempunyai koperasi siswa bagi pelajar terlibat secara lang- sung dan tidak langsung dalam koperasi dan mendedahkan pelajar ke arah menjadi usahawan semasa dan selepas menuntut di universiti. Ia juga dilihat sebagai kesinambungan daripada penglibatan pelajar dari koperasi sekolah dan berterusan terlibat dengan koperasi dewasa apabila tamat pengajian.
Farha Alya M. Fitri UNITAR, Kelana Jaya, 2020 Penulis Pemenang Hadiah Tunas Cipta DBP KL 2018/2019 Koperasi Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya Selangor Berhad
12 RENCANA
JULAI 2021
Bersama Pertahankan Ekonomi Koperasi
Oleh SAFINAH SAUPI P andemik COVID-19 mem- beri kesan buruk kepada ekonomi dan sosial di se- luruh dunia. Dunia meng- hadapi ketidakpastian masa depan yang belum pernah terjadi sebelumnya. Perkara- perkara yang tidak terjangkakan se- belum ini menjadi nyata. Penutupan mandatori perniagaan tidak penting dan berjuta-juta orang terpaksa berku- rung di rumah mengubah masyarakat dan ekonomi. Kesannya berlaku agi- han yang tidak sama rata dalam kalan- gan isi rumah, pekerjaan, perniagaan, sektor dan seterusnya ekonomi mem- burukkan lagi ketidaksamaan yang sedia ada. Koperasi dan komunitinya turut terkesan, walaupun secara asimetris bergantung pada sektor dan tahap penyebaran virus di wilayah atau negara terbabit. Pelbagai cara dilakukan untuk mempertahankan ekonomi koperasi, sama ada di peringkat kerajaan mahupun sektor koperasi itu sendiri. Dalam menangani pandemik dan kesan buruknya adalah penting langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan mengambil kira semua sektor ekonomi. Beberapa kerajaan telah mengintegrasikan koperasi, per-usahaan kecil dan sederhana dalam pelan pemulihan ekonomi. Peranan Kerajaan dalam Menyokong Pemulihan Ekonomi Koperasi Di Malaysia, sepanjang tempoh menangani COVID-19 kerajaan telah melakukan pelbagai cara bagi menjamin kesejahteraan rakyat, memastikan kelangsu ngan perniagaan dan menyokong pemulihan ekonomi yang terjejas. Bagi sektor koperasi, berdasarkan Kajian Kesan Wabak COVID ke atas Perniagaan Koperasi oleh SKM dan Kaji Selidik Usahawan Pasca COVID oleh MEDAC, mendapati operasi perniagaan koperasi merosot 32 peratus akibat penularan COVID-19 sehingga menyebabkan pengucupan pendapatan 33.9 peratus. Menurut kajian itu juga, kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan 39 peratus koperasi masih beroperasi manakala 17 peratus perniagaan koperasi telah terhenti. Selain itu, lebih 42 peratus koperasi mengalami masalah kecairan tunai berikutan kekurangan modal pusingan, terutama yang terlibat dalam sektor pelancongan dan penjagaan diri. Berdasarkan pencapaian penjanaan pendapatan sektor koperasi sebanyak RM45.70
bilion sehingga 31 Disember 2019, sektor ini menyumbang antara tiga hingga empat peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Justeru, bagi meringankan kesan kewangan koperasi yang terjejas akibat PKP 3.0 dan kelangsungan akti-viti perniagaan koperasi, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menawarkan penangguhan tiga bulan (dari 1 Jun 2021 hingga 31 Ogos 2021) bayaran balik Pembiayaan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMPSKM) yang memberi manfaat kepada 1,056 koperasi. Sebelum itu, menerusi Program Strategik Memperkasakan Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang diumumkan kerajaan pada 3 Mac 2021, SKM akan menyediakan insentif pembiayaan sehingga RM100 ribu tanpa cagaran bagi membantu koperasi yang terkesan. Permohonan pembiayaan ini akan dipermudahkan dan proses kelulusan akan dipercepatkan dengan memberi kelonggaran bayaran balik selepas enam bulan pembiayaan diluluskan. Sejumlah RM50 juta dari TMPSKM diperuntukkan dijangka dapat membantu lebih 14,000 koperasi. Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, negara seperti Indonesia menyediakan beberapa skim untuk koperasi yang benar-benar memerlukan bagi membantu anggota yang tidak dapat membayar balik pinjaman. Skim pertama, melonggarkan syarat pinjaman bank dan agensi kepada koperasi. Skim kedua, pinjaman khas bagi koperasi yang mengalami masalah mudah tunai. Skim ketiga, pengecualian cukai kepada koperasi. Sementara di negara Kenya, Jabatan Koperasinya menubuhkan ‘Jawatankuasa Tindak Balas Koperasi’ yang dianggotai beberapa pemimpin koperasi untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan memerangi COVID-19 di samping memastikan koperasi diberi keutamaan dalam pelan pembangunan semula negara. Di negara tersebut, terdapat 24,000 koperasi dianggotai 14 juta orang, menyumbang 35 peratus simpanan negara. Menurut beliau, dalam jangka- masa sederhana dan pendek, masalah mendesak dihadapi
koperasi pembiayaan untuk membantu aliran tunai. Kerajaan Korea Selatan melalui agensinya telah memberikan geran perniagaan, pinjaman dan jaminan serta pengecualian cukai sementara untuk koperasi. Koperasi yang layak diberi bantuan kerajaan. Misalnya di Wilayah Gyeonggi, kerajaan tempatan memberi sokongan kewangan sebanyak KRW1 juta sebulan selama tga bulan adalah
kepada 25 koperasi yang mengalami penurunan penjualan. Kerajaan Metropolitan Incheon menyediakan bantuan 50 peratus bayaran sewa kepada 35 koperasi bagi tempoh lima bulan. Rekod Kemen- terian Ekonomi dan Kewangan Korea Selatan me nunjukkan bahawa kesan COVID-19 dan tindakan pencega- han telah menyebab- kan ekonomi koperasi terjejas teruk seperti perusahaan kecil lain. Ke- san itu melibatkan aliran tunai yang berkurang se- banyak 85.1 peratus, pe- nurunan pada jualan se- banyak 83.7 peratus dan 49.5 peratus gangguan pada pengurusan personal. Contoh penjualan yang paling terjejas adalah di sektor pelancongan yang hampir muflis disebabkan pengembalian tiket dalam ska- la besar dan caj penalti kerana pembatalan lawatan. Bagi menyokong
DATO’ HAJI KAMARUDIN ISMAIL Timbalan Presiden ANGKASA Merangkap Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA)
tinjauan setiap dua minggu untuk mengetahui dengan cepat kesulitan dihadapi koperasi, mendengar masalah dan memberi bantuan sesuai dengan keperluan mereka. Kerajaan UK pula telah memper- kenalkan langkah-langkah pem- berian geran, pelepasan cukai dan kemudahan kredit bagi membantu perniagaan koperasi akibat COVID-19. Antaranya seperti menawarkan ‘Skim Pinjaman Pemulihan’ berjumlah antara £25,001 dan £10 juta kepada perniagaan koperasi pelbagai saiz di UK. Pinjaman ini dijamin oleh kerajaan dan tempoh bayaran balik selama enam tahun. Skim Pinjaman Bounce Back pula menawarkan pinjaman antara £2,000 hingga £50,000 dengan kadar faedah 2.5 peratus setahun. Untuk 12 bulan pertama, tiada faedah dikenakan dan tiada pembayaran balik. Pinjaman dijamin 100 peratus oleh kerajaan dan bayar bila perniagaan berkembang. Melalui skim ini, semua perniagaan diberi pilihan memanjangkan tempoh
perniagaan koperasi, kerajaan Korea Selatan telah mempercepatkan pemberian subsidi, menyemak model pernia- gaan dan subsidi upah perniagaan yang terjejas. Kesannya, pada awal April 2020, kerajaan mengubah dasar yang membolehkannya mem- bayar 90 peratus peruntukan tahu- nan kepada kelompok pertama yang terjejas. Bagi subsidi upah, kera- jaan telah membayar KRW1,125 juta (kira-kira USD1 juta) kepada lebih 208 koperasi. Selain itu, kerajaan juga menyediakan dana polisi kewangan sosial dalam bentuk pinjaman dan jaminan berjumlah KRW428 bilion (USD4 bilion). Pinjaman kecemasan dan moratorium juga turut ditawar- kan. Bagi penyampaian bantuan dan maklumat yang tepat dan cekap di peringkat tempatan, kerajaan mewujudkan saluran terbuka kepada koperasi. Selain itu, kerajaan juga berusaha membuat
13 RENCANA
JULAI 2021
pembayaran pinjaman hingga 10 tahun. Manakala ‘Skim Pinjaman Gangguan Perniagaan Koronavirus’ menawarkan pinjaman sehingga £5 juta dengan 12 bulan pertama tanpa faedah kepada koperasi yang pendapatannya tidak lebih daripada £45 juta setahun. Pinjaman ini juga dijamin oleh kerajaan dan diawasi British Business Bank (Bank Negara). Institusi awam peringkat daerah turut mengambil langkah-langkah sewajarnya. Dalam kes negara- negara Eropah, langkah-langkah ini termasuk program pembelian aset sementara untuk sekuriti sektor swasta dan awam, pembiayaan untuk PKS dan sokongan sementara mengurangkan risiko pengangguran. Faedah ini turut diberikan kepada koperasi dan perusahaan sosial lain. Untuk program pembelian aset European Central Bank (ECB) melancarkan Program Pembelian Kecemasan Pandemik (PEPP) dengan peruntukan sebanyak €750 bilion untuk pembelian aset sementara sekuriti sektor swasta dan awam yang baru untuk mengatasi risiko seriusterhadapmekanismetransmisi dasar monetari dan prospek kawasan euro yang ditimbulkan oleh wabak dan peningkatan penyebaran coronavirus, COVID-19. Pembelian dibenarkan sehingga akhir tahun
2020 dan merangkumi semua kategori aset yang layak di bawah program pembelian aset yang ada. Majlis Pimpinan ECB komited untuk memainkan peranannya menyokong semua warga di Wilayah Eropah melalui masa sukar ini. Untuk itu, ECB akan memastikan semua sektor ekonomi mendapat manfaat pembiayaan bagi menyokong dan membolehkan mereka menerima kejutan ini. Dalam fasa krisis, masyarakat dan semua sektor ekonomi perlu disokong dan diberi ‘tenaga semula’. Dalam jangka sederhana dan panjang, langkah-langkah tersebut perlu dilakukan demi menjaga ketahanan perniagaan dan pekerjaan. Dalam menyokong pengaktifan semula per- usahaan, amat penting untuk melihat peranan besar dapat dimainkan koperasi dalam menuju ekonomi yang lebih adil, mengintegrasi nilai dan demokrasi dalam organisasi. Koperasi terbukti mempunyai ketahanan tinggi terhadap krisis dan kepedulian yang tinggi terhadap masyarakat. Kerjasama yang tinggi akan dapat meningkatkan peranannya untuk muncul sebagai pelaku penting dalam transformasi ke arah masyarakat yang lestari dan berdaya tahan.
Rujukan: 1.
Megan Bridges and Lydia Kenyan cooperative sector tackles COVID-19 head-on”, https://ncbaclusa.coop/ blog/the-kenyan-cooperative-sector- tackles-covid-19-head-on/ 2. International Labor Organization, “Policy response to COVID-19 for SSE enterprises in the Republic of Korea”, https://www.ilo. org/global/topics/cooperatives/news WCMS_742645/lang--en/index.htm 3. “COVID-19 government support for business”, https://www. uk.coop/coronavirus/covid-19- government-support-business 4. Omamo (2020), “The “ECB announces €750 billion Pandemic Emergency Purchase Programme (PEPP)”, https://www. ecb.europa.eu/press/pr/date/2020/ html/ecb.pr200318_1~3949d6f266. en.html.
Bagi menyokong perniagaan koperasi, kerajaan Korea Selatan telah mempercepatkan pemberian subsidi, menyemak model perniagaan dan subsidi upah perniagaan yang terjejas. Kesannya, pada awal April 2020, kerajaan mengubah dasar yang membolehkannya membayar 90 peratus peruntukan tahunan kepada kelompok pertama yang terjejas. Bagi subsidi upah, kerajaan telah membayar KRW1,125 juta (kira-kira USD 1 juta) kepada lebih 208 koperasi. Selain itu, kerajaan juga menyediakan dana polisi kewangan sosial dalam bentuk pinjaman dan jaminan berjumlah KRW428 bilion (USD4 bilion). Pinjaman kecemasan dan moratorium juga turut ditawarkan.
Rakan Strategik
Memperkenalkan Sistem Dalam Talian (Online)
Harga Berpatutan, Jom Sertai Kami!!
Sayang keluarga, Rancang Harta. Perancangan hari ini kebahagiaan masa hadapan.
www.myangkasaamanah.com.my
Untuk Hubungi / Maklumat Lanjut
C-504 Blok C Glomac Busines Centre Jalan SS 6/1 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
admin@myangkasaamanah.com.my www.myangkasaamanah.com.my
myangkasaamanahberhad myangkasaamanah
03-7887 5600 /4300 09-7887 2300
14 RENCANA
JULAI 2021
Mengangkat Potensi Koperasi Pertanian
Antara hasil nanas yang diusahakan Koperasi Belia 4B Kelantan Berhad.
Ladang nanas milik Koperasi Belia 4B Kelantan Berhad.
Oleh MOHAMAD HANIFF MOHAMAD HASHIM haniff@ikkm.edu.my Institut Koperasi Malaysia PENGENALAN D Malaysia (SKM) iaitu fungsi kredit, pengguna, perumahan, pertanian, perbankan, perin- dustrian, pengangkutan dan perkhidmatan. Koperasi yang didaftarkan sebagai koperasi pertanian misalnya, ditubuh- kan untuk menjalankan ak- tiviti pertanian sebagai aktiviti ekonominya. i Malaysia, ter- dapat beberapa fungsi koperasi yang disenarai- kan oleh Suru- hanjaya Koperasi
Banyak manfaat diperoleh dari- pada aktiviti pengumpulan ini antaranya mengurangkan risiko pasaran, membangunkan pasaran secara sistematik dan menjamin ekonomi. Koperasi yang mempunyai tanah di luar bandar digalakkan melibatkan diri dalam bidang per- tanian ini. Selain aktiviti pertani- an konvensional seperti tanaman dan ternakan bagi memastikan bekalan makanan asasi sentiasa mencukupi, aktiviti pertanian seperti penternakan burung wa- let, akuakultur, cendawan dan sa- yuran organik merupakan antara aktiviti pertanian bernilai tinggi boleh dijalankan oleh koperasi. PENGLIBATAN KOPERASI DALAM AKTIVITI PERTANIAN Kebanyakan aktiviti pertanian dan asas tani diusahakan kope- rasi yang mempunyai penempa-
Secara terdapat dua jenis koperasi pertanian iaitu koperasi yang menawarkan per khidmatan pertanian dan koperasi pengeluar hasil pertanian. Kopera- si yang menawarkan perkhidma- tan pertanian boleh pula dibahagi- kan kepada tiga jenis iaitu: i. Memasarkan pertanian. ii. Membekalkan input ladang. iii. Menawarkan perkhidmatan mengurus kan ladang. umumnya, Koperasi pertanian juga men- jalankan aktiviti perkhidmatan lain seperti kredit, kontrak pen- gairan, membersihkan ladang dan apa-apa aktiviti lain selain per- tanian. Koperasi menjadi pusat pengumpulan bagi memasarkan hasil pertanian dengan mengum- pulkan produk daripada anggota/ masyarakat dan dijual secara kolektif.
tan di luar bandar dengan tanah yang luas dan sesuai untuk ak- tiviti pertanian seperti sawit dan getah. Dengan kawasan penem- patan rancangan yang besar dan luas, aktiviti perladangan boleh ditingkatkan dengan mengguna- kan kaedah teknologi terkini dan dipelbagaikan dengan tanaman yang memberi hasil atau penda- patan dalam jangka masa pendek dan sederhana. Koperasi juga boleh melabur dalam aktiviti penanaman cen- dawan, cili, sayur-sayuran, nanas dan lain-lain. Sebagai contoh, Koperasi FELDA Chuping Berhad di Perlis menjalankan penanaman mempelam harum manis untuk mempelbagaikan aktiviti projek pertanian mereka. Berikut con- toh koperasi yang melibatkan diri dalam aktiviti pertanian berdasar- kan jenis pertanian:
15
RENCANA
JULAI 2021
Bersama ALK Koperasi Rukun Tetangga Telaga Batin Terengganu Berhad dan hasil tanamannya. (Gambar diambil pada 28 Mac 2018). diambil pada 28 Mac 2018).
Jadual 1: Jenis Pertanian dan Koperasi yang Mengusahakannya
Penanaman Cili Koperasi Rukun Tetangga Telaga Batin Terengganu Berhad
Penanaman Nanas Koperasi Serbaguna Anak-anak Selangor Berhad
Penanaman Kelapa Sawit Koperasi NLFCS Berhad
Penanaman Padi Koperasi Peserta FELCRA Seberang Perak Berhad
Penanaman Jagung Manis Koperasi Asas Tani Kedah Berhad
Penanaman Mempelam
Penanaman Durian Koperasi Sindiyan Berhad
Penanaman Kenaf Koperasi Asas Tani Kedah Berhad
Koperasi Pengusaha Harumanis Berhad
Sumber: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (2015-2020)
menggunakan dana dalaman untuk menjalankan projek. Namun, dana dalaman daripada modal syer/ saham koperasi tidak cukup untuk
untuk koperasi, bantuan modal kerja dan lain- lain. Ini dilihat tidak baik kerana kebergantungan besar kepada kerajaan akan menyukarkan koperasi berdikari.
CABARAN SEMASA KOPERASI
ii.
Pendidikan dan latihan Anggota koperasi khususnya ALK perlu menjalani latihan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran berkaitan aktiviti yang dijalankan. Antara yang boleh dihadiri ialah kursus pertanian seperti cendawan, cili, kelapa matag, kelapa sawit dan sebagainya anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKM).
Terdapat banyak isu dan cabaran dihadapi koperasi perta- nian dalam menjalankan aktiviti mereka. Ia boleh dibahagikan ke- pada dua iaitu cabaran dalaman dan luaran. Cabaran dalaman yang dihadapi koperasi ialah: i.
mengusahakan projek dan memerlukan dana luaran seperti pinjaman untuk mengusahakannya. Cabaran luaran menjalankan aktiviti pertanian pula ialah: i. Produktiviti yang rendah Bilangan koperasi yang ditubuhkan tidak
CADANGAN MENGATASI MASALAH KOPERASI PERTA- NIAN Antara cadangan untuk me- nambah baik pengurusan dan per- niagaan koperasi pertanian ialah melalui kaedah-kaedah seperti berikut: i. Mengusahakan pertanian komersil bernilai tinggi dan adaptasi kaedah pe- nanaman teknologi mo- den Koperasi boleh mengusahakan pertanian yang mempunyai permintaan dan harga yang tinggi seperti penanaman cili,
Pengurusan dan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang tidak berpengeta- huan dan tidak berkema- hiran Antara faktor yang menyumbang kepada masalah ini ialah kurangnya pengetahuan dan kemahiran ALK berkaitan aktiviti penanaman. Ini kerana mereka enggan mengikuti latihan yang secukupnya sebelum menjalankan aktiviti ini dan tidak mempunyai latar belakang serta pengalaman mencukupi berkaitan penanaman yang hendak diceburi. Modal dalaman yang rendah Untuk mengusahakan sesebuah perniagaan, koperasi yang berkluster mikro dan kecil kebiasaannya
KESIMPULAN Koperasi
menggambarkan produktiviti yang
pertanian perlu diperbanyakkan agar mencipta peluang pekerjaan, menambah pendapatan, pemberian dividen kepada anggota dan lain-lain. Peranan koperasi pertanian perlu diangkat ke tahap lebih tinggi meliputi aktiviti penghasilan, pemasaran, pembelian atau sebagainya. Kompetensi koperasi juga perlu dipertingkatkan dengan menggunakan tenaga buruh yang mahir, sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dengan menghadiri kursus/latihan, menggunakan teknologi moden dan kaedah terbaharu. Banyak faedah menubuhkan koperasi pertanian kerana peranannya meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi anggotanya.
sepatutnya. Pengeluaran hasil dilihat masih tidak memenuhi kehendak pasaran. Ia dipengaruhi oleh saiz ladang yang kecil, kemahiran buruh yang rendah, adaptasi teknologi yang masih lemah dan lain-lain. Terlalu bergantung kepada kerajaan Koperasi banyak bergantung kepada bantuan dan sokongan kerajaan. Ia meliputi tanah yang diusahakan milik kerajaan negeri, input pertanian untuk mengusahakan tanaman
nanas, cendawan dan lain-lain. Penanaman boleh menggunapakai kaedah yang baharu seperti kaedah fertigasi atau hidroponik selain teknologi dron sebagai alat pemantau pertanian.
ii.
ii.
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease