11 ANGKASA
JULAI 2021
Koperasi (CEDI) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Chandrakantan Subramaniam dan Pengarah Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Mohd Shaari Abd Rahman. Prof. Dr. Chandrakan- tan Subramaniam sewaktu taklimatnya menyatakan bahawa jaringan keusaha- wanan koperasi siswa wajar diperluas. Ini kerana bidang tersebut memiliki potensi yang besar untuk menjadi sebuah entiti perniagaan terbaik di samping medan latihan kepada mahasiswa dalam bidang keusahawa- nan. Beliau berkata, cabaran pandemik COVID-19 se- harusnya menjadi pem- bakar semangat kepada koperasi siswa untuk terus menggerakkan aktiviti per- niagaan seperti kaedah dalam talian. Sementara itu, Dr. Mohd Shaari Abd Rahman berkata, kolaborasi antara koperasi siswa dan koperasi kakitangan di peringkat universiti serta jaringan kerjasama KOSISWA dan pihak berkepentingan perlu dikembangkan. Sebagairekod,berdasarkan statistik oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sehingga Jun 2021, terdapat 257 buah koperasi siswa dengan keanggotaan seramai 185,488 orang; modal yuran/ syer melebihi RM174.4 juta, aset melebihi RM600.4 juta dan menyumbang perolehan melebihi RM109.2 juta. Turut mengikuti we- binar ini ialah Pengarah Dasar Dan Perancangan Pembangunan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Azam Sulaiman; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) Institut Koperasi Malaysia (IKM), Encik Mohd. Zaib Mat Yunus; Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Dr. Haji Mohd Azlan Yahya dan Dato' Haji Che Mohd. Shukree Che Isa; Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahya dan barisan kepimpinan ANGKASA Negeri.
Puisi Tradisional Gurindam Jati Diri Koperasi (Sempena 50 Tahun ANGKASA) Mari membangun jati diri koperasi, Hati dan jiwa sentiasa bervisi. Prinsip pertama sukarela dan terbuka. Keanggotaan koperasi kepada yang suka. Kawalan demokratik oleh anggota, Sentiasa praktik sesama kita. Penglibatan ekonomi oleh anggota, Semua pihak setia dan turut serta. Organisasi berautonomi Tambah pelajaran, latihan maklumat Dalam kehidupan tetaplah berjimat. Utamakan kerjasama antara koperasi, Selama hidup sentiasalah bervisi. Menyumbang modal syarat keanggotaan, Dibahagi sama apa juga keuntungan. Mengambil berat terhadap masyarakat, Hidup bermanfaat sentiasa berpakat. Koperasi berusaha pembangunan berkekalan, Bervisi sentiasa menuju kejayaan. dan kebebasan, Semangat berani pembangunan berkekalan.
Hasil daripada program ini, terdapat cadangan dan pe- nyelesaian daripada isu dan persoalan yang dibangkitkan sepanjang program berlangsung antaranya adalah : • Koperasi siswa dilihat sebagai satu medium atau platform untuk jaringan keusahawanan dalam ekosistem sesebuah universiti. Koperasi siswa dijadikan sebagai medan latihan bagi pelajar terlibat dalam keusahawanan. Graduan dapat berkecimpung dalam bidang keusahawanan apabila tamat pengajian kerana terdapatnya jaringan perniagaan yang diperoleh semasa penglibatan dengan koperasi siswa. • Peranan Pusat Keusahawanan di sesebuah universiti dalam memperkasakan koperasi siswa adalah dengan memberi ruang dan peluang kepada koperasi siswa itu sendiri dan anggota koperasi siswa untuk berniaga dan memasarkan produk mereka melalui program yang dianjurkan oleh Pusat Keusahawanan ataupun pihak universiti. • Semasa pandemik COVID-19 ini, koperasi siswa dapat meneruskan projek perniagaan seperti pembekalan barangan dalam kampus seperti pembekalan air mineral, kertas A4, alat tulis, makanan dan sebagainya sebagai langkah untuk terus menjana pendapatan koperasi siswa. Peluang perniagaan ini dapat diperoleh dengan adanya kerjasama antara koperasi siswa dan Pusat Keusahawanan sesebuah IPT. Selain itu, koperasi siswa perlu melangkah ke hadapan dengan mencuba peluang perniagaan dalam talian melalui platform sedia ada ataupun dengan membangunkan sendiri sepeti e-dagang, e-rezeki dan sebagainya. • Prof. Dr. Chandrakantan mencadangkan agar topik koperasi dijadikan sebagai subtopik dalam silibus subjek Asas Keusahawanan di universiti/ IPT. Subjek Asas Keusahawanan dilihat sangat penting dan perlu dijadikan sebagai subjek wajib bagi semua pelajar universiti/IPT tidak hanya bagi pelajar dalam bidang perniagaan dan keusahawanan sahaja. Selain itu, mungkin juga boleh dijadikan subjek koperasi sebagai subjek elektif (pilihan). • Penglibatan pengarah-pengarah daripada Pusat Keusahawanan juga di-lihat sangat penting dalam komposisi koperasi siswa di mana setiap perancangan dan pergerakan koperasi siswa dapat diperkemaskan dan lebih tersusun. Sokongan dan bantuan daripada Pusat Keusahawanan atau pentadbiran universiti amat penting dalam memperluaskan aktiviti perniagaan koperasi dalam kampus. • Koperasi siswa perlu mempunyai garis panduan yang seragam ter- utamanya dalam komposisi Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Undang- undang Kecil dan aturan-aturan yang standard bagi menyeragamkan koperasi siswa secara keseluruhannya. Perbincangan dengan pihak yang terlibat seperti KPT, MEDAC, SKM, IKM dan ANGKASA perlu diadakan bagi membincangkan hal berkenaan agar dapat direalisasikan. • Koperasi siswa juga boleh mengembangkan jaringan perniagaannya dengan mengadakan kerjasama dengan entiti lain seperti koperasi kakitangan, anak syarikat universiti dan sebagainya melalui program bersama. • Menurut Dr. Mohd. Shaari, ALK koperasi siswa yang dilantik perlu mempunyai ‘jiwa’ berkoperasi yang mempunyai minat mendalam terhadap gerakan koperasi di samping minat dalam keusahawanan dan perniagaan. Tanpa ‘jiwa’ yang dimaksudkan, koperasi tidak dapat bergerak dengan jayanya. ALK juga perlu mentadbir koperasi secara bersama-sama dan perlu mendapatkan sokongan daripada pemegang taruh di universiti. • Cadangan untuk memastikan setiap universiti awam dan institusi pen- gajian tinggi mempunyai koperasi siswa bagi pelajar terlibat secara lang- sung dan tidak langsung dalam koperasi dan mendedahkan pelajar ke arah menjadi usahawan semasa dan selepas menuntut di universiti. Ia juga dilihat sebagai kesinambungan daripada penglibatan pelajar dari koperasi sekolah dan berterusan terlibat dengan koperasi dewasa apabila tamat pengajian.
Farha Alya M. Fitri UNITAR, Kelana Jaya, 2020 Penulis Pemenang Hadiah Tunas Cipta DBP KL 2018/2019 Koperasi Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya Selangor Berhad
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease