WADAH PELANCAR EDISI JULAI 2021

12 RENCANA

JULAI 2021

Bersama Pertahankan Ekonomi Koperasi

Oleh SAFINAH SAUPI P andemik COVID-19 mem- beri kesan buruk kepada ekonomi dan sosial di se- luruh dunia. Dunia meng- hadapi ketidakpastian masa depan yang belum pernah terjadi sebelumnya. Perkara- perkara yang tidak terjangkakan se- belum ini menjadi nyata. Penutupan mandatori perniagaan tidak penting dan berjuta-juta orang terpaksa berku- rung di rumah mengubah masyarakat dan ekonomi. Kesannya berlaku agi- han yang tidak sama rata dalam kalan- gan isi rumah, pekerjaan, perniagaan, sektor dan seterusnya ekonomi mem- burukkan lagi ketidaksamaan yang sedia ada. Koperasi dan komunitinya turut terkesan, walaupun secara asimetris bergantung pada sektor dan tahap penyebaran virus di wilayah atau negara terbabit. Pelbagai cara dilakukan untuk mempertahankan ekonomi koperasi, sama ada di peringkat kerajaan mahupun sektor koperasi itu sendiri. Dalam menangani pandemik dan kesan buruknya adalah penting langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan mengambil kira semua sektor ekonomi. Beberapa kerajaan telah mengintegrasikan koperasi, per-usahaan kecil dan sederhana dalam pelan pemulihan ekonomi. Peranan Kerajaan dalam Menyokong Pemulihan Ekonomi Koperasi Di Malaysia, sepanjang tempoh menangani COVID-19 kerajaan telah melakukan pelbagai cara bagi menjamin kesejahteraan rakyat, memastikan kelangsu­ ngan perniagaan dan menyokong pemulihan ekonomi yang terjejas. Bagi sektor koperasi, berdasarkan Kajian Kesan Wabak COVID ke atas Perniagaan Koperasi oleh SKM dan Kaji Selidik Usahawan Pasca COVID oleh MEDAC, mendapati operasi perniagaan koperasi merosot 32 peratus akibat penularan COVID-19 sehingga menyebabkan pengucupan pendapatan 33.9 peratus. Menurut kajian itu juga, kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan 39 peratus koperasi masih beroperasi manakala 17 peratus perniagaan koperasi telah terhenti. Selain itu, lebih 42 peratus koperasi mengalami masalah kecairan tunai berikutan kekurangan modal pusingan, terutama yang terlibat dalam sektor pelancongan dan penjagaan diri. Berdasarkan pencapaian penjanaan pendapatan sektor koperasi sebanyak RM45.70

bilion sehingga 31 Disember 2019, sektor ini menyumbang antara tiga hingga empat peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Justeru, bagi meringankan kesan kewangan koperasi yang terjejas akibat PKP 3.0 dan kelangsungan akti-viti perniagaan koperasi, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menawarkan penangguhan tiga bulan (dari 1 Jun 2021 hingga 31 Ogos 2021) bayaran balik Pembiayaan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMPSKM) yang memberi manfaat kepada 1,056 koperasi. Sebelum itu, menerusi Program Strategik Memperkasakan Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang diumumkan kerajaan pada 3 Mac 2021, SKM akan menyediakan insentif pembiayaan sehingga RM100 ribu tanpa cagaran bagi membantu koperasi yang terkesan. Permohonan pembiayaan ini akan dipermudahkan dan proses kelulusan akan dipercepatkan dengan memberi kelonggaran bayaran balik selepas enam bulan pembiayaan diluluskan. Sejumlah RM50 juta dari TMPSKM diperuntukkan dijangka dapat membantu lebih 14,000 koperasi. Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, negara seperti Indonesia menyediakan beberapa skim untuk koperasi yang benar-benar memerlukan bagi membantu anggota yang tidak dapat membayar balik pinjaman. Skim pertama, melonggarkan syarat pinjaman bank dan agensi kepada koperasi. Skim kedua, pinjaman khas bagi koperasi yang mengalami masalah mudah tunai. Skim ketiga, pengecualian cukai kepada koperasi. Sementara di negara Kenya, Jabatan Koperasinya menubuhkan ‘Jawatankuasa Tindak Balas Koperasi’ yang dianggotai beberapa pemimpin koperasi untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan memerangi COVID-19 di samping memastikan koperasi diberi keutamaan dalam pelan pembangunan semula negara. Di negara tersebut, terdapat 24,000 koperasi dianggotai 14 juta orang, menyumbang 35 peratus simpanan negara. Menurut beliau, dalam jangka- masa sederhana dan pendek, masalah mendesak dihadapi

koperasi pembiayaan untuk membantu aliran tunai. Kerajaan Korea Selatan melalui agensinya telah memberikan geran perniagaan, pinjaman dan jaminan serta pengecualian cukai sementara untuk koperasi. Koperasi yang layak diberi bantuan kerajaan. Misalnya di Wilayah Gyeonggi, kerajaan tempatan memberi sokongan kewangan sebanyak KRW1 juta sebulan selama tga bulan adalah

kepada 25 koperasi yang mengalami penurunan penjualan. Kerajaan Metropolitan Incheon menyediakan bantuan 50 peratus bayaran sewa kepada 35 koperasi bagi tempoh lima bulan. Rekod Kemen- terian Ekonomi dan Kewangan Korea Selatan me­ nunjukkan bahawa kesan COVID-19 dan tindakan pencega- han telah menyebab- kan ekonomi koperasi terjejas teruk seperti perusahaan kecil lain. Ke- san itu melibatkan aliran tunai yang berkurang se- banyak 85.1 peratus, pe- nurunan pada jualan se- banyak 83.7 peratus dan 49.5 peratus gangguan pada pengurusan personal. Contoh penjualan yang paling terjejas adalah di sektor pelancongan yang hampir muflis disebabkan pengembalian tiket dalam ska- la besar dan caj penalti kerana pembatalan lawatan. Bagi menyokong

DATO’ HAJI KAMARUDIN ISMAIL Timbalan Presiden ANGKASA Merangkap Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA)

tinjauan setiap dua minggu untuk mengetahui dengan cepat kesulitan dihadapi koperasi, mendengar masalah dan memberi bantuan sesuai dengan keperluan mereka. Kerajaan UK pula telah memper- kenalkan langkah-langkah pem- berian geran, pelepasan cukai dan kemudahan kredit bagi membantu perniagaan koperasi akibat COVID-19. Antaranya seperti menawarkan ‘Skim Pinjaman Pemulihan’ berjumlah antara £25,001 dan £10 juta kepada perniagaan koperasi pelbagai saiz di UK. Pinjaman ini dijamin oleh kerajaan dan tempoh bayaran balik selama enam tahun. Skim Pinjaman Bounce Back pula menawarkan pinjaman antara £2,000 hingga £50,000 dengan kadar faedah 2.5 peratus setahun. Untuk 12 bulan pertama, tiada faedah dikenakan dan tiada pembayaran balik. Pinjaman dijamin 100 peratus oleh kerajaan dan bayar bila perniagaan berkembang. Melalui skim ini, semua perniagaan diberi pilihan memanjangkan tempoh

perniagaan koperasi, kerajaan Korea Selatan telah mempercepatkan pemberian subsidi, menyemak model pernia- gaan dan subsidi upah perniagaan yang terjejas. Kesannya, pada awal April 2020, kerajaan mengubah dasar yang membolehkannya mem- bayar 90 peratus peruntukan tahu- nan kepada kelompok pertama yang terjejas. Bagi subsidi upah, kera- jaan telah membayar KRW1,125 juta (kira-kira USD1 juta) kepada lebih 208 koperasi. Selain itu, kerajaan juga menyediakan dana polisi kewangan sosial dalam bentuk pinjaman dan jaminan berjumlah KRW428 bilion (USD4 bilion). Pinjaman kecemasan dan moratorium juga turut ditawar- kan. Bagi penyampaian bantuan dan maklumat yang tepat dan cekap di peringkat tempatan, kerajaan mewujudkan saluran terbuka kepada koperasi. Selain itu, kerajaan juga berusaha membuat

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease