13 RENCANA
JULAI 2021
pembayaran pinjaman hingga 10 tahun. Manakala ‘Skim Pinjaman Gangguan Perniagaan Koronavirus’ menawarkan pinjaman sehingga £5 juta dengan 12 bulan pertama tanpa faedah kepada koperasi yang pendapatannya tidak lebih daripada £45 juta setahun. Pinjaman ini juga dijamin oleh kerajaan dan diawasi British Business Bank (Bank Negara). Institusi awam peringkat daerah turut mengambil langkah-langkah sewajarnya. Dalam kes negara- negara Eropah, langkah-langkah ini termasuk program pembelian aset sementara untuk sekuriti sektor swasta dan awam, pembiayaan untuk PKS dan sokongan sementara mengurangkan risiko pengangguran. Faedah ini turut diberikan kepada koperasi dan perusahaan sosial lain. Untuk program pembelian aset European Central Bank (ECB) melancarkan Program Pembelian Kecemasan Pandemik (PEPP) dengan peruntukan sebanyak €750 bilion untuk pembelian aset sementara sekuriti sektor swasta dan awam yang baru untuk mengatasi risiko seriusterhadapmekanismetransmisi dasar monetari dan prospek kawasan euro yang ditimbulkan oleh wabak dan peningkatan penyebaran coronavirus, COVID-19. Pembelian dibenarkan sehingga akhir tahun
2020 dan merangkumi semua kategori aset yang layak di bawah program pembelian aset yang ada. Majlis Pimpinan ECB komited untuk memainkan peranannya menyokong semua warga di Wilayah Eropah melalui masa sukar ini. Untuk itu, ECB akan memastikan semua sektor ekonomi mendapat manfaat pembiayaan bagi menyokong dan membolehkan mereka menerima kejutan ini. Dalam fasa krisis, masyarakat dan semua sektor ekonomi perlu disokong dan diberi ‘tenaga semula’. Dalam jangka sederhana dan panjang, langkah-langkah tersebut perlu dilakukan demi menjaga ketahanan perniagaan dan pekerjaan. Dalam menyokong pengaktifan semula per- usahaan, amat penting untuk melihat peranan besar dapat dimainkan koperasi dalam menuju ekonomi yang lebih adil, mengintegrasi nilai dan demokrasi dalam organisasi. Koperasi terbukti mempunyai ketahanan tinggi terhadap krisis dan kepedulian yang tinggi terhadap masyarakat. Kerjasama yang tinggi akan dapat meningkatkan peranannya untuk muncul sebagai pelaku penting dalam transformasi ke arah masyarakat yang lestari dan berdaya tahan.
Rujukan: 1.
Megan Bridges and Lydia Kenyan cooperative sector tackles COVID-19 head-on”, https://ncbaclusa.coop/ blog/the-kenyan-cooperative-sector- tackles-covid-19-head-on/ 2. International Labor Organization, “Policy response to COVID-19 for SSE enterprises in the Republic of Korea”, https://www.ilo. org/global/topics/cooperatives/news WCMS_742645/lang--en/index.htm 3. “COVID-19 government support for business”, https://www. uk.coop/coronavirus/covid-19- government-support-business 4. Omamo (2020), “The “ECB announces €750 billion Pandemic Emergency Purchase Programme (PEPP)”, https://www. ecb.europa.eu/press/pr/date/2020/ html/ecb.pr200318_1~3949d6f266. en.html.
Bagi menyokong perniagaan koperasi, kerajaan Korea Selatan telah mempercepatkan pemberian subsidi, menyemak model perniagaan dan subsidi upah perniagaan yang terjejas. Kesannya, pada awal April 2020, kerajaan mengubah dasar yang membolehkannya membayar 90 peratus peruntukan tahunan kepada kelompok pertama yang terjejas. Bagi subsidi upah, kerajaan telah membayar KRW1,125 juta (kira-kira USD 1 juta) kepada lebih 208 koperasi. Selain itu, kerajaan juga menyediakan dana polisi kewangan sosial dalam bentuk pinjaman dan jaminan berjumlah KRW428 bilion (USD4 bilion). Pinjaman kecemasan dan moratorium juga turut ditawarkan.
Rakan Strategik
Memperkenalkan Sistem Dalam Talian (Online)
Harga Berpatutan, Jom Sertai Kami!!
Sayang keluarga, Rancang Harta. Perancangan hari ini kebahagiaan masa hadapan.
www.myangkasaamanah.com.my
Untuk Hubungi / Maklumat Lanjut
C-504 Blok C Glomac Busines Centre Jalan SS 6/1 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
admin@myangkasaamanah.com.my www.myangkasaamanah.com.my
myangkasaamanahberhad myangkasaamanah
03-7887 5600 /4300 09-7887 2300
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease