16 ANGKASA
JULAI 2021
Ekonomi Digital : Peluang Koperasi Tingkatkan Tahap Kebolehpasaran
Oleh MOHD ZAKUAN AZMI P
Pemulihan Usahawan dan Koperasi oleh MEDAC untuk dijalankan oleh koperasi supaya lebih berdaya saing dan lestari. Beliau juga turut menegaskan sekiranya mahu terus kekal berdaya maju di era ekonomi digital, koperasi perlulah mengamal norma baharu dalam perniagaan, mengadaptasi teknologi digital, men- eroka peluang perniagaan baharu berskala tinggi, mengamalkan model perniagaan inovatif dan pro-
Research Academy (AURA) dengan tujuan untuk berkongsi informasi secara langsung daripada pihak bertanggungjawab dalam pembangunan koperasi. AURA merupakan organisasi bukan berteraskan keuntungan milik bersama ANGKASA-UMK bagi tujuan menjalankan program serta kajian pemban- gunan koperasi demi kepentingan masyarakat dan negara.
endigitalan dalam ekonomi te lah banyak mengubah persepsi masyarakat dan industri un- tuk bertindak balas dengan pasaran secara lebih pantas dan berkesan.Presiden AN-
GKASA merangkap Presiden ASEAN Co- operative Organization (ACO), Dato' Abdul Fattah Abdullah berkata, krisis pandemik COVID- 19 juga secara tidak langsung telah mempercepatkan lagi proses peralihan ekonomi sedia ada kepada ekonomi digital. Katanya, pelaksanaan Pelan Induk Digital ASEAN 2025 banyak memberi peluang dan potensi yang besar untuk direbut oleh gerakan koperasi. Menurut beliau, pelan itu dirangka dengan tujuan untuk menjadikan ASEAN sebagai sebuah komuniti yang boleh dihubungkan secara digital dengan menggariskan lapan matlamat keberhasilan dalam usaha menjadikannya sebagai blok peneraju komuniti dan ekonomi digital. Pelan ini juga katanya dapat membantu semua negara ASEAN menjadi sebahagian daripada rangkaian ekonomi digital yang dianggarkan menyumbang lebih USD$240 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang. Webinar Aura (Siri 5) bertajuk 'Koperasi di Era Ekonomi Digital' yang berlangsung pada 17 Jun 2021 menerusi Facebook Live Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menampilkan seorang panel jemputan iaitu Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datin Dr. Syahira Hamidon manakala Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya bertindak sebagai Moderator. Dr. Shahira dalam taklimatnya menjelaskan tentang rancangan kerajaan menerusi Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025 serta perkembangan ekonomi digitalisasi di bawah Pelan
gresif serta membangunkan bakat inovasi, kompeten dan berjiwa keusahawanan. Dr. Mohd Azlan dalam kenyataannya juga turut menggesa koperasi supaya tidak terkecuali untuk terlibat dalam ekonomi digital selain perlu sentiasa bersedia dan mengambil peluang yang ada dengan sebaiknya. Webinar ini merupakan program anjuran bersama antara ANGKASA dan UMK
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease