17 COOPCARE
JULAI 2021
CoopCare ANGKASA Santuni Petugas dan Penerima Vaksin
Dato' Abdul Fattah menyampaikan sumbangan CoopCare ANGKASA kepada Dato' Indera Dr. Sha'ari Ngadiman.
Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
A NGKASA dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah menyampaikan sumbangan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sepang, di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor pada 2 Julai 2021. Sumbangan di bawah Program CSR COOPCARE Tabung Relif COVID-19 ANGKASA itu merangkumi 3,000 botol air minuman, 120 kotak pelitup muka dan cecair pembasmi kuman dengan nilai keseluruhan sebanyak RM7,000.00. Presiden ANGKASA me-rangkap Presiden ASEAN Co- operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, sumbangan itu bertujuan untuk meraikan jasa kakitangan dan sukarelawan yang bertugas menguruskan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) serta penerima vaksin di kawasan PPV yang terlibat. “Kita sedia maklum PPV kini giat melaksanakan program vaksinasi dalam membantu kerajaan memastikan rakyat mendapat suntikan vaksin COVID-19 dengan segera. Dianggarkan dalam sehari, seramai 800 orang penerima vaksin hadir untuk mendapatkan suntikan vaksin dan sudah pasti petugas dan sukarelawan yang ada di sini memikul tanggungjawab yang cukup besar bagi memastikan kita berjaya me-merangi COVID-19.
Dato' Abdul Fattah turut berkesempatan meninjau operasi di PPV Sepang.
sumbangan koperasi dan anggota koperasi. Program Ini adalah kesinambungan dari Program COOPCARE ANGKASA Prihatin COVID-19 yang telah mula digerakkan sejak Mac tahun lalu. Ia melibatkan sumbangan barang keperluan harian melalui Projek Barangan Asas 100 (BA100) dan setakat ini telah memberi manfaat kepada lebih 45,000 orang penerima di seluruh Malaysia. Hadir sama dalam program tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato' Haji Mohd. Alias Hamzah; Penasihat Korporat Sektor Koperasi ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim dan Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Sumber Manusia ANGKASA, Haji Abdul Rahim Abdul Rahman.
“Justeru, ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara yang diiktiraf oleh kerajaan tampil dengan sumbangan ini dan berharap ia dapat menzahirkan penghargaan ANGKASA kepada petugas barisan hadapan negara dan pada masa yang sama memberi sokongan serta dorongan kepada masyarakat untuk mendapatkan vaksin demi mencapai imuniti berkelompok bagi meme- rangi wabak ini," ujar beliau. Pada majlis tersebut, Dato' Abdul Fattah yang mewakili ANGKASA telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dato’ Indera Dr. Sha’ari Ngadiman bertempat di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor. Menurut Dato’ Abdul Fattah, PPV Sepang adalah PPV awam pertama yang menerima agihan Program CSR COOPCARE Tabung Relif COVID-19 ANGKASA yang turut digerakkan oleh Yayasan ANGKASA melalui
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease