18 KOPERASI
JULAI 2021
Perkukuh Tiga Bidang Utama Perniagaan Koperasi Green Sabah Berhad
Nota: Gambar-gambar diperoleh melalui arkib Koperasi Green Sabah Berhad pada tahun 2019 (sebelum Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengerusi, Encik Sabturani (dua dari kiri) melawat ladang kelapa sawit milik koperasi di Jalan Sukau, Kinabatangan. Encik Sabturani (dua dari kiri) melawat ladang kelapa sawit milik koperasi di Jalan Sukau, Kinabatangan.
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ K operasi Green Sabah Ber- had komited memperku- kuhkan tiga bidang per- niagaan iaitu perladangan, perkhidmatan pembiayaan dan penyewaan bangunan, yang berpotensi meningkat- kan pendapatan koperasi di samping berpeluang menjalin kerjasama dalam perniagaan berskala besar. Pengerusinya, Encik Sab- turani Haji Abdullah berkata, koperasi perlu mengukuh- kan kewangan melalui kae- dah meningkatkan sim- panan tetap dan membuat pelaburan serta membangun- kan tanah milik yang terbiar untuk dijadikan aset. Menurutnya, kekuatan sesebuah koperasi bukan hanya bergantung kepada sumber kewangan semata- mata sebaliknya meliputi kualiti aset yang dimiliki, iaitu memastikan bangunan digunakan secara maksimum sama ada disewa atau kegunaan sendiri manakala tanah dibangunkan untuk menjana pendapatan. “Kepelbagaian aktiviti perniagaan dan projek berimpak tinggi yang
dilaksanakan oleh koperasi ini secara berperingkat- peringkat sejak ditubuhkan pada 18 Ogos 1959, ternyata menjadi tunjang kekuatan untuk terus memberi sumbangan terbaik kepada anggota. “Ia bertepatan matlamat penubuhan koperasi iaitu menaik taraf sosioekonomi anggota melalui usaha menggiatkan penglibatan koperasi dalam sektor ekonomi yang bersesuaian dan mampu dilaksanakan tanpa mengabaikan amalan
tadbir urus koperasi yang cekap dan telus serta menggalakkan anggota peka terhadap pengurusan dan aktiviti koperasi,” katanya. Koperasi Green Sabah Berhad yang dahulunya dikenali sebagai The Green Co-operative Society Limited pada awal penubuhannya dianggotai kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Sabah. Aktiviti perniagaan utama koperasi adalah perkhid- matan skim pembiayaan perumahan dan peribadi,
Encik Sabturani berbincang bersama kakitangan koperasi Sabturani berbincang bersama kakitangan koperasi mengenai Pelan Pembangunan Bandar Green di pejabat koperasi di Jalan Labuk, Sandakan, Sabah.
Penyerahan Cek Bayaran Zakat kepada Perbadanan Zakat Majlis Ugama Islam Sabah. Cek Bayaran Zakat kepada Perbadanan Zakat Majlis Ugama Islam Sabah.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease