WADAH PELANCAR EDISI JULAI 2021

2

ANGKASA

JULAI 2021

DARI MUKA 1

Tan Sri Mohd Hashim Abdullah

YB Dato' Che Abdullah Mat Nawi.

Siri Webinar Kemapanan Makanan Negara bertajuk ‘Pemerkasaan Industri Makanan Negara: Peranan Koperasi’ anjuran Dewan Ekonomi, Majlis Dakwah negara (MDN) menutup tirai penganjurannya pada 4 Julai 2021 dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 2, YB Dato' Che Abdullah Mat Nawi. Beliau dalam ucapannya berkata, krisis ekonomi yang berpunca daripada pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada sektor pertanian bukan sahaja di Malaysia malah hampir di seluruh dunia. Sektor ini sebenarnya amat penting dalam membantu menghasilkan bekalan makanan, membekalkan bahan mentah kepada keperluan industri selain menjana ekonomi rakyat melalui pekerjaan. Katanya, usaha perlu diambil dengan segera bagi meningkatkan lagi pengeluaran hasil-hasil pertanian negara sekali gus mengatasi masalah bekalan sumber makanan di peringkat domestik dan juga import. Dato' Che Abdullah juga turut merakamkan penghargaan kepada MDN atas penganjuran webinar dan kerjasamanya dengan ANGKASA, Pertubuhan Pengusaha Agro Malaysia, Katana Circle Malaysia dan Penang Halal International yang dilihat sebagai tepat pada masanya. Menurut beliau, usaha tersebut secara tidak langsung akan turut meringankan tanggungjawab yang dipikul oleh pihak kementerian dalam memastikan bekalan makanan negara sentiasa cukup dan selamat. Program yang menampilkan Exco Dewan Ekonomi MDN, Profesor Dr.

Azizan Ahmad sebagai Moderator itu menyaksikan beberapa siri pembentangan tambahan oleh ahli panel yang diakhiri dengan pembentangan resolusi.

Dato' Abdul Fattah Abdullah

Dato' Abdul Fattah Abdullah yang membentangkan tajuk 'Peranan ANGKASA dalam Menjayakan Projek Kemampanan Makanan Negara' telah merumuskan beberapa cadangan dalam pembentangan kertas kerja beliau di webinar tersebut : Koperasi membantu kerajaan mencapai matlamat makanan dalam negara kerana memiliki kekuatan rantaian dan aset yang mencukupi. Koperasi diberi pengiktirafan yang sewajarnya oleh kerajaan bagi mendapatkan akses serta kemudahan dalam ekosistem ekonomi negara. Menggalakkan koperasi pertanian dan anggotanya supaya terlibat secara lebih aktif dalam pengeluaran produk makanan. Mengukuhkan lagi prinsip koperasi iaitu 'Berprihatin kepada Masyarakat' yang dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease