WADAH PELANCAR EDISI JULAI 2021

3

ANGKASA

JULAI 2021

Dari Meja Presiden

Bergerak Secara Jemaah demi Kelestarian Ummah

P eruntukan sebanyak RM20 juta di bawah inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan pengenalan empat Program Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi oleh kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dilihat sebagai satu tindakan proaktif dalam usaha membantu meringankan beban kewangan koperasi yang terjejas. Empat program tersebut adalah Program Penubuhan Koperasi Prihatin Rakyat (KPR), Program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat (JKPR), Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (TRANSFER) serta Program Dagang Produk atau Perkhidmatan Koperasi Dalam Talian (e-DAPAT). Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjana keusahawanan koperasi, inisiatif program JKPR yang mahu menggalakkan pembelian barangan keperluan harian di kedai koperasi merupakan satu tindakan yang baik dan dilihat sebagai tepat pada masanya. Peruntukan sebanyak RM15,000 sebagai insentif jualan secara one-off untuk 200 buah koperasi yang terlibat secara langsung dalam sektor pemborongan dan peruncitan juga merupakan satu inisiatif murni dalam usaha kerajaan untuk membantu mengurangkan harga barangan keperluan dan meringankan beban rakyat. Justeru, program tersebut yang bakal berlangsung selama setahun bermula Julai 2021 itu diharap dapat membantu memperkasakan lagi sektor pemborongan dan peruncitan koperasi khususnya koperasi komuniti yang masih baru dalam bidang peruncitan. ANGKASA sendiri melalui projek Barangan Asas 100 (BA100) sedang giat berusaha membangunkan sektor

K ekuatan umat Islam akan lebih terserlah jika dapat bergerak secara berjemaah melalui pe­ nyatuan dan kesepakatan. Melalui semangat ter- sebut, umat Islam akan memperoleh keyakinan yang lebih tinggi bagi meneruskan perjuangan menentang musuh Islam. Demikian ditegaskan oleh Presiden ANGKASA mer- angkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato' Abdul Fattah Abdullah sewaktu berucap merasmikan program Ta- dabbur Al-Quran Dalam Gerakan Koperasi 2021 ber- tajuk 'Pembebasan Palestin: Perjuangan Tanpa Noktah'. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Pemba­ ngunan Syariah ANGKASA berkata, kekuatan luaran dan dalaman sebenarnya dapat menjadi pemangkin kepada usaha berterusan untuk terus cakna terhadap isu kemanusiaan selain terus berdiri teguh menyuarakan sokongan padu terhadap perjuangan rakyat Palestin. Menurut beliau, ANGKASA telah menyediakan sebuah tabung khas untuk membantu rakyat Palestin dengan memperuntukkan sejumlah RM50 ribu. ANGKASA juga katanya turut mengalu-alukan penyertaan anggota koperasi di seluruh negara untuk bersama- sama membantu meningkatkan jumlah sumbangan tersebut demi kelestarian ummah. Program tersebut yang dianjurkan oleh ANGKASA bertujuan mengupas isu semasa yang sedang melanda

Al-Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi Abd Rahman

Al-Fadhil Ustaz Muhamad Syaari Ab Rahmad

Palestin dan apakah peranan kita sebagai orang Islam dan negara Islam menurut Al-Quran. Majlis bermula dengan bacaan ayat suci Al-Quran (ayat 1-7) surah Al-Israa’ dan disampaikan oleh Qari MyQuran Time, TV Al-Hijrah iaitu Al-Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi Abd Rahman. Ayat- ayat tersebut seterusnya dihuraikan secara spesifik oleh pentadabbur Al- Quran iaitu Al-Fadhil Ustaz Muhamad Syaari Ab Rahman dari Paradigma Ibrah Sdn. Bhd. Program yang berlangsung secara maya pada 15 Jun 2021 telah disertai seramai 100 orang termasuk Naib- Naib Presiden ANGKASA serta barisan Anggota Jawatankuasa Tadbir Ke-

bangsaan ANGKASA. Majlis diakhiri dengan sesi perkongsian pengala- man misi bantuan kema- nusiaan ke Palestin oleh Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Encik Ahmad Fahmi Mohd Samsudin. “Harapan saya semoga program ini memberi ke­ sedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya perpaduan dan kesepakatan dalam menggerakkan koperasi,” katanya. Hadir sama dalam maj­ lis tersebut ialah Ketua Setiausaha MEDAC, Dato’ Suriani Dato’ Ahmad dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pemantapan) MEDAC, Dato’ Mohammad Radhi Abdul Razak.

peruncitan koperasi melalui inisiatif pembelian stok barangan keperluan secara dalam talian. Dengan sokongan dan bantuan yang diberikan, saya yakin usaha yang dilaksanakan oleh MEDAC dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ini akan dapat membantu meningkatkan semula keyakinan masyarakat selain mengembalikan prestasi jualan kedai runcit koperasi.

Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

Sidang Pengarang

Presiden • Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail Naib Presiden • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan • Haji Nasir Khan Yahaya

Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Haji Anuar Ismail • Datin Hajah Fauziah Zainal

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Telefon : 03-5101 3388 Faks : 03-5101 3600 Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd.

• Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz Pegawai Media Sosial • Nadiah Kamarudin Pemberita / Jurugambar • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin

Muat Turun Aplikasi

Mudah Alih PELANCAR PERCUMA

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease