WADAH PELANCAR EDISI JULAI 2021

4

JULAI 2021

Mesyuarat Agung Tahunan ACO Pendigitalan Pacu Perniagaan Koperasi ASEAN Oleh NADIAH KAMARUDIN G erakan koperasi di negara ASEAN turut bersama kerajaan masing- masing dalam usaha membantu

rakyat yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19. Situasi ini ternyata menunjukkan kerajaan amat bergantung kepada bantuan dan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk Sektor Koperasi dalam usaha mengurangkan impak krisis pandemik ini. Presiden ASEAN Cooperative Or- ganization (ACO) merangkap Pre- siden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah memberitahu, koperasi perlu dilihat relevan dalam apa jua situasi yang melanda dunia dan di­ gitalisasi serta inovasi adalah solusi yang perlu diberi keutamaan untuk melonjakkan perniagaan dan me- nangani krisis ekonomi. Walau bagaimanapun, jurang digital yang luas dalam kalangan anggota mampu menyekat usaha mana-mana koperasi untuk meng- galakkan digitalisasi terutamanya dalam operasi perniagaan. Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Agung Tahunan ACO yang telah diadakan pada 25 Jun 2021. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh seramai 22 orang wakil koperasi dari enam buah ne- gara iaitu Singapura, Indonesia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Malaysia. Pembentangan oleh wakil-wakil koperasi dalam mesyuarat yang sama turut menunjukkan kepri- hatinan kerajaan daripada pelba- gai negara terhadap kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh kope- rasi ekoran COVID-19. Dalam pembentangannya, Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa Dewan Koperasi Indonesia, Encik Ilham Nasai, memaklumkan kera- jaan Indonesia telah memper­ kenalkan beberapa langkah untuk mengurangkan impak krisis pan- demik terhadap koperasi antara- nya pengurangan cukai serta mem- perkenalkan pinjaman mudah dan program inkubator untuk koperasi belia. Ketua Pegawai Eksekutif Philip- pine Cooperative Center, Mr. Edwin

Setiausaha Agung ACO merangkap Timbalan Presiden ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail.

Presiden ASEAN Cooperative Organization merangkap ASEAN Cooperative Organization merangkap Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyampaikan ucapan perasmian pada Mesyuarat Agung Tahunan ACO pada 25 Jun 2021.

Bendahari ACO merangkap Naib Presiden ANGKASA, Dr. Haji Mohd Azlan Yahya.

Ketua Pegawai Eksekutif Singapore National Cooperative Pegawai Eksekutif Singapore National Cooperative Federation, Mr. Ang Hin Kee.

Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa Dewan Koperasi Hal Ehwal Antarabangsa Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN), Encik Ilham Nasai.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease