6 ANTARABANGSA
JULAI 2021
Perhimpunan Agung ICA Model Koperasi Memenuhi Keperluan dan Kehendak Anggota
Oleh NADIAH KAMARUDIN S eramai 160 perwakilan dari pelbagai negara dan empat organisasi antarabangsa telah menyertai Perhimpunan Agung Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) yang telah diadakan secara hibrid pada 29 Jun 2021. Ini merupakan kali kedua ICA mengadakan perhimpunan secara dalam talian selepas buat pertama kali dalam sejarah organisasi apeks koperasi global tersebut perlu mengadakannya secara tanpa bersemuka pada September tahun lepas. Dalam ucapan pembukaannya, Presiden ICA, Dr. Ariel Guarco menyifatkan tema Hari Koperasi Antarabangsa (#CoopsDay) untuk tahun ini iaitu “Rebuild Better Together” adalah sangat bertepatan dalam menunjukkan komitmen berterusan koperasi dalam membantu masyarakat terutama anggota menghadapi kesukaran dan cabaran ekoran pandemik COVID-19. Tambah beliau, ICA telah diberikan mandat untuk mempengerusikan salah satu jawatankuasa di bawah Sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu 'Committee for the Promotion and Advancement of Cooperatives' atau ringkasnya COPAC sejak Januari tahun ini. ICA dan PBB melalui COPAC, bersama-sama menentukan tema #CoopsDay untuk setiap tahun. Tema untuk tahun ini adalah untuk memperlihatkan bagaimana gerakan koperasi dunia berketahanan menghadapi pandemik COVID-19 serta mampu membantu komuniti masyarakat secara am dalam menangani kesan pandemik ini. “Pada saat ujian ini, ICA telah meningkatkan jumlah keahliannya iaitu sebanyak 320 organisasi anggota dari 112 buah negara. Jumlah ini adalah tertinggi sejak tahun 1895,” ujar beliau. Jelas Dr. Ariel, tidak boleh dinafikan, model koperasi terus memenuhi keperluan dan kehendak anggota hampir dua abad serta merupakan antara kaedah yang paling konsisten dan terbukti untuk membina dunia yang lestari. Dalam majlis yang sama juga, delegasi bersetuju untuk mewujudkan sebuah Jawatankuasa Hal Ehwal Belia supaya ahli-ahli yang akan menganggotai
Presiden ICA, Dr. ICA, Dr. Ariel Guarco.
Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) merangkap Ketua Jawatankuasa Audit dan Risiko ICA, Mr. Gregory Wall, membentangkan akaun untuk organisasi tersebut bagi tahun 2020.
Presiden ICA Youth Network, Sébastien Chaillou membentangkan penubuhan sebuah Jawatankuasa ICA Youth Network, Sébastien Chaillou membentangkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertema Belia.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease