WADAH PELANCAR EDISI JULAI 2021

8 ANGKASA

JULAI 2021

Rancang Strategi Baharu Perniagaan Sinergi Kerjasama Kerajaan - Sektor Pelancongan Koperasi

Oleh RAHMAT MOHD DID U saha untuk membuka dan membina semu- la sektor pelan- congan koperasi yang terjejas aki- bat kesan pandemik COVID-19 memerlukan satu sinergi kerjasama yang kuat antara kerajaan dan pemain industri dalam sektor tersebut. Jalinan kerjasama itu penting bagi mencari jalan bagaimana untuk menarik kembali minat dan permintaan supaya sektor tersebut kembali bergerak aktif dan menjana perolehan. Demikian menurut Pre­ siden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah sewaktu berucap merasmikan webinar ' Domestic Travel Bubble – Berita Baik Untuk Industri Pelancongan Koperasi' secara maya pada 7 Julai 2021. Katanya, tempoh pandemik COVID-19 yang lama sebenarnya memberi banyak ruang kepada koperasi untuk menilai dan memperbaiki kelemahan yang ada. Usaha penambahbaikan boleh dige­ rakkan melalui peningkatan kualiti perkhidmatan selain mengorak strategi perniagaan yang lebih ampuh sesuai dengan situasi semasa. "Usaha juga boleh dilakukan dengan memperbaiki infrastruktur untuk meng­ optimumkan penggunaan teknologi canggih dan fleksibel seperti sidang video dan transaksi dalam talian sekali gus membolehkan koperasi membudayakan norma baharu tanpa menjejaskan potensi industri pelancongan. "Selain itu, kerjasama antara sektor pelancongan koperasi dapatmembantumeningkatkan akses sokongan mudah tunai melalui pakej rangsangan ekonomi yang ditawarkan khusus untuk pelancongan, menerapkan protokol kesihatan baharu untuk perjalanan dan perkhidmatan yang selamat, mempelbagaikan pakej pelancongan, pasaran dan tawaran promosi harga yang menarik," ujar beliau. Tambahnya lagi, pelancongan virtual juga antara alternatif menarik untuk diterokai koperasi. Campuran teknologi realiti dan maya mampu menawarkan pengembaraan menarik untuk masyarakat mengembara ke tempat-tempat menarik dan melakukan aktiviti dalam ruang peribadi mereka sendiri tanpa gangguan. Justeru, koperasi perlulah lebih kreatif, inovatif dan bijak menguasai teknologi digital. Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) memaklumkan bahawa negara memerlu-kan sekurang-kurangnya empat tahun untuk memulihkan se- mula industri ini. Tempoh yang agak panjang pastinya memberi

Dato' Abdul Fattah Haji Abdullah merasmikan webinar " Domestic Travel Bubble - Berita Baik Untuk Industri Pelancongan Koperasi'

Puan Mastura Zulkifley

Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (kanan) dan Puan Zunaina Haji Mohamad Ali Hasan (kanan) dan Puan Zunaina Subari.

Encik Uzaidi Udanis

cabaran besar kepada semua pihak yang terlibat secara lang- sung dan tidak langsung dalam industri pelancongan negara. Sementara itu, United Nation World Tourism Organization (UNWTO) pula menganggarkan bahawa kedatangan pelancong antarabangsa global menurun sebanyak 58 peratus hingga 78 peratus pada tahun 2020, yang menyebabkan kerugian sebanyak USD0.9 hingga USD1.2 trilion. “Kesan krisis ini dirasai seluruh ekosistem pelancongan dunia, termasuk Malaysia. Jumlah anggaran kerugian industri pelancongan negara padatahun2020melebihiRM100 bilion. Angka ini termasuk kerugian ditanggung industri

pelancongan milik koperasi. Ia meliputi aktiviti seperti penginapan, pengangkutan, pusat beli-belah, makanan dan minuman serta penganjuran acara,” jelas Dato' Abdul Fattah. Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dalam ucapan aluannya berkata, Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan telah menjalankan beberapa inisiatif tambahan untuk membantu koperasi dalam situasi pandemik. Menurut beliau, inisiatif itu antaranya seperti me­ nyumbang e-baucer kepada koperasi terkesan iaitu RM20 untuk setiap pelanggan yang menggunakan perkhidmatan koperasi sama ada hotel, inap

desa ( homestay ) mahupun spa, bekerjasama dengan Institut Koperasi Malaysia (IKM) dalam membangunkan laman web koperasi untuk perubahan ke arah pendigitalan dan menggalakkan koperasi mendalami kaedah pelanco­ ngan maya. Webinar yang berlangsung menerusi aplikasi Zoom Meeting ini disertai lebih 100 peserta manakala hampir 1,000 orang menyaksikannya melalui Facebook ANGKASA. Antara yang turut serta ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan,PenjagaanDiridan Kesihatan, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Pengerusi-

Pengerusi Jawatankuasa Per­ hubungan ANGKASA Negeri (JPAN) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Operasi ANGKASA, Datuk Haji Abdullah Jusoh. Dua panelis telah dijemput bagi menjayakan webinar ini iai- tu Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Puan Mastura Zulkifley dan Presiden Malay - sia Inbound Travel Association (MITA) dan Malaysia Tourism Council (MTC), Encik Uzaidi Udanis yang menerangkan pe- luang-peluang dalam industri pelancongan yang boleh direbut oleh koperasi.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease