WADAH PELANCAR EDISI JULAI 2021

9 ANGKASA

JULAI 2021

Pentingnya Pendidikan kepada Warga Koperasi Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ K epelbagaian program pem­ bangunan koperasi yang disediakan ANGKASA membuktikan badan modal insan yang cekap dan profesional bagi membolehkan

apeks ini memainkan peranan besar dalam memberi pendidikan dan latihan kepada warga koperasi di negara ini. Program berbentuk pemerkasaan ekonomi dan pembangunan produk kope- rasi melalui kerjasama ANGKASA dengan pelbagai pihak menjadi pemacu kepada us- aha untuk memberikan sumbangan berke- san dalam pengembangan koperasi. Berdasarkan rekod World Cooperative Monitor 2020 , sekurang-kurangnya 12 peratus penduduk dunia atau bersamaan satu bilion orang menjadi anggota kepada lebih tiga juta koperasi. Koperasi juga turut memberi peluang pekerjaan kepada 280 juta orang atau bersamaan 10 peratus daripada populasi pekerja dunia, dan sebanyak 300 koperasi besar dunia menyumbang perolehan berjumlah USD 2,146 bilion. Demikian ucapan perasmian yang dibacakan oleh Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan. Beliau mewakili Presiden ANGKASA merangkap PresidenASEANCo-operativeOrganization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah dalam Webinar AURA bertajuk ‘Peranan Sektor Koperasi Dalam Pendidikan Warga Koperasi (Peranan dan Tanggungjawab Kita Bersama)’ anjuran Yayasan ANGKASA melalui aplikasi Zoom Meeting dan FB Live Yayasan ANGKASA, pada 6 Julai 2021. Katanya, kekuatan ini membuktikan bahawa pendidikan dan latihan berterusan yang diberikan kepada anggota koperasi dari dulu sehingga kini adalah nadi kepada sektor koperasi. “Koperasi dan anggota koperasi wajar memainkan peranan penting dalam menyebarkan kefahaman dan kelebihan berkoperasi kepada komuniti masyarakat terutama generasi muda dan pemimpin masyarakat. Pendedahan koperasi perlu diperluaskan kepada semua bidang keilmuan dan kemahiran selaras dengan perkembangan semasa khususnya dunia digital keusahawanan. Ia ke arah melahirkan

koperasi terus maju dan berdaya saing,” katanya. Webinar AURA yang berlangsung ini melibatkan penyertaan sejumlah 535 peserta di dua saluran maya terdiri daripada anggota koperasi, anak- anak anggota, pelajar sekolah menengah dan mahasiswa universiti. Program berinfor- matif ini dikendalikan oleh moderator iaitu Pengurus Yayasan ANGKASA,

Webinar AURA 'Peranan Sektor Koperasi Dalam Pendidikan Warga Koperasi (Peranan dan Tanggungjawab Kita Bersama)'.

Puan Haslinda Ahmad dan menampilkan tiga panel iaitu Naib Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Modal Insan Institut Koperasi Malaysia (IKM), Encik Mohd. Zaib Mat Yunus dan Pengurus Besar KUISCELL, Al-Fadhil Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Antara pengisian yang diketengahkan adalah mengenai kepentingan ilmu dan pendidikan koperasi kepada warga koperasi, penekanan terhadap Prinsip

Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan merasmikan Webinar AURA 'Peranan Sektor Koperasi dalam Pendidikan Warga Koperasi (Peranan dan Tanggungjawab Kita Bersama)' mewakili Presiden ANGKASA.

Kelima Koperasi iaitu Pendidikan, Latihan dan Maklumat,perananIKMdalammenyebarluaskan pendidikan dan latihan kepada semua lapisan merangkumi anggota dan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) serta kepentingan ilmu dari perspektif Islam dan tuntutan yang perlu dituruti . Turut menyertai webinar ini ialah barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA, barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA dan barisan kepimpinan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) serta pemimpin koperasi dari seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Modal Insan Institut Koperasi Malaysia Ketua Pengarah Pembangunan Modal Insan Institut Koperasi Malaysia (IKM), Encik Mohd. Zaib Mat Yunus.

Pengurus Besar KUISCELL, Al-Fadhil Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Besar KUISCELL, Al-Fadhil Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease