10 COOPCARE
SEPTEMBER 2021
CoopCare ANGKASA Prihatin COVID-19
Dato' Abdul Fattah Abdullah (tengah) diiringi Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan berupa makanan dan minuman ringan di bawah Projek Barangan Asas 100 (BA100) dan kit kesihatan melalui CoopFarmasi kepada petugas barisan hadapan dan penerima vaksin di PPV Kuala Selangor pada 7 September 2021. Sumbangan tersebut telah diterima melalui Pengurus PPV Kuala Selangor, Dr. Aini Nazri; Penolong Pengurus PPV Kuala Selangor, Dr. Rahmat Dapari dan wakil pasukan RELA serta sukarelawan daripada beberapa agensi.
CoopCare ANGKASA Prihatin COVID-19 kepada golongan asnaf anggota Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad di Tanjung Kling, Melaka pada 29 Ogos 2021 Sumbangan sebanyak 50 pek barangan keperluan harian di bawah Projek Barangan Asas 100 (BA100) ANGKASA itu telah disampakan oleh Presiden ANGKASA, Dato' Abdul Fattah Abdullah kepada wakil asnaf dari enam kawasan kariah termasuk golongan ibu tunggal. Antara yang hadir di majlis penyerahan tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Melaka, Haji Ab Rahim Md Tawel; Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad, Ustaz Haji Abdul Halim Maidin dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA; Encik Halim Haji Ibrahim.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease