WADAH PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2021

11 COOPCARE

SEPTEMBER 2021

ANGKASA melalui CoopCare ANGKASA Prihatin COVID-19 menyantuni petugas barisan hadapan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Klinik Kesihatan Pandamaran, Klang pada 6 September 2021. Sumbangan tersebut yang disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato' Abdul Fattah Abdullah telah diterima melalui Ketua Klinik Kesihatan Pandamaran, Dr. Zil Azwan Abdullah. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah; Pengurus PPV Klinik Kesihatan Pandamaran, Dr. Faridah Azni dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

ANGKASA melalui CoopCare ANGKASA Prihatin COVID-19 menyantuni petugas barisan hadapan menerusi sumbangan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 3 September 2021. Sumbangan itu disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato' Abdul Fattah Abdullah kepada wakil petugas daripada 13 Wad Khas COVID-19, Pusat Pemberian Vaksin, Perubatan Kecemasan dan Pasukan Keselamatan PPUM. Hadir sama mengiringi Dato' Abdul Fattah ialah Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Wilayah Persekutuan, Haji M. Nasir Ramli; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA; Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim. PPUM pula diwakili Timbalan Pengarah Ikhtisas, Puan Chew Yee Yean; Ketua Pegawai Kejururawatan PPUM, Puan Hasimah bt Zainol dan Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan PPUM, Puan Khalidah Mustapa.

ANGKASA melalui program CoopCare ANGKASA Prihatin COVID-19 telah menjayakan majlis penyampaian sumbangan kepada petugas barisan hadapan dan penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sivik MBPJ di Petaling Jaya pada 6 September 2021. Selain sumbangan makanan dan minuman ringan di bawah Projek Barangan Asas 100 (BA100), Presiden ANGKASA, Dato' Abdul Fattah Abdullah yang mengetuai program tersebut turut menyumbang kit kesihatan melalui CoopFarmasi. Sumbangan disampaikan melalui Pengurus PPV Dewan Sivik MBPJ, Puan Nurul Hamiza dan Ketua Penyelaras Keselamatan PPV Dewan Sivik MBPJ, Mejar Prof. Dr. R. Logeswaran A/L N. Rajasvaran. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease