WADAH PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2021

12 ANGKASA

SEPTEMBER 2021

Oleh RAHMAT MOHD DID Eksport Produk Koperasi ke Brunei

ANGKASA melalui Projek Pemasaran dan Penempatan Produk Koperasi Malaysia telah berjaya mengeksport 62 jenis produk daripada enam buah koperasi tempatan ke Negara Brunei Darussalam. Nilai dagangan berjumlah RM104,465.60 itu merupakan usaha sama antara ANGKASA dengan Koperasi Kakitangan Jabatan Kerjaraya (SAMAKAYA) Brunei Darussalam Berhad yang terjalin sejak tahun 2014 hasil inisiatif penganjuran 'Program Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia' (MACCOPS) yang pertama. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, penghantaran kali ini merupakan yang ketiga dilakukan oleh ANGKASA ke pasaran Brunei Darussalam. Menurut beliau, proses tersebut yang sepatutnya dilaksanakan pada tahun lalu terpaksa ditangguhkan seketika kerana masalah COVID-19. “Usaha sama dagangan kali ini enam koperasi pembekal dengan 62 jenis produk (SKU) iaitu Koperasi Usahawan GroomBig Kelantan Berhad dengan empat produk, Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad dengan satu produk, Koperasi Keluarga Raja Bee Berhad dengan tiga produk, Koperasi Fasto Global Berhad dengan 46 produk, Koperasi Usahawan GroomBig Pulau Pinang Berhad dengan satu produk dan Koperasi Usahawan GroomBig Terengganu Berhad dengan tujuh produk,” ujar beliau. Terma perkhidmatan logistik adalah secara ‘ Door to Door ’ melalui khidmat logistik yang dilantik oleh Koperasi SAMAKAYA Berhad iaitu Urban Cargo Link Sdn. Bhd. yang berpengkalan di Bandar Puteri, Klang dan dihantar terus ke Pelabuhan Muara, Brunei Darussalam. Dato’ Abdul Fattah berkata demikian sewaktu mengunjungi Pusat Sumber Produk Koperasi ANGKASA (CPRC) yang terletak di bangunan Glomac, Kelana Jaya pada 18 Ogos 2021 bagi melihat sendiri proses penghantaran dijalankan. Hadir sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Operasi Perniagaan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Jusoh. Projek Pemasaran dan Penempatan Produk ke Luar Negara merupakan satu inisiatif ANGKASA dan merupakan sebahagian daripada program pembangunan serta pemasaran produk koperasi yang dilaksanakan oleh Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Keusahawanan ANGKASA.

Dato’ Abdul Fattah melakukan gimik penghantaran produk koperasi sambil disaksikan oleh Dato’ Haji Kamarudin.

SENARAI PRODUK YANG DIEKSPORT

KOPERASI USAHAWAN GROOMBIG KELANTAN BERHAD

KOPERASI USAHAWAN GROOMBIG PULAU PINANG BERHAD

ORIKEL INSTANT PREMIX MILK TEA ORIKEL INSTANT PREMIX MILK TEA CUP 35G CALCAFE DURIAN WHITE COFFEE 4 IN 1 (pouch) CALCAFE PREMIX WHITE COFFEE 3IN1 (pouch)

HAZRA CURRY MEE PASTE 150G

KOPERASI SERBAGUNA KAUM IBU KUBANG PASU BERHAD

KOPERASI USAHAWAN GROOMBIG TERENGGANU BERHAD

WARISAN IBU PREMIX COFFEE 2IN1 27G

TENANG RECIPE GRILLED FISH & CUTTLEFISH PASTE 250G TENANG RECIPE CHICKEN & LAMB BBQ PASTE 250G TENANG RECIPE SWEET,SOUR & SPICY SAUCE 250G TENANG RECIPE NAMPRIK PAU SAUCE 250G

KOPERASI KELUARGA RAJABEE BERHAD

CAP BUNGA ROSE REMPAH GULAI 205G CAP BUNGA ROSE REMPAH MASAK 105G TOKYAM KEROPOK SEGERA-ORIGINAL 40G

KELLY & KIDS TOASTED COCONUT COOKIES ORIGINAL FLAVOUR 38G KELLY & KIDS TOASTED COCONUT COOKIES WITH MILK CHOCOLATE 38G KELLY & KIDS TOASTED COCONUT COOKIES WITH VANILLA MILK 38G

KOPERASI FASTO GLOBAL BERHAD

DEJAVU FRUIT CAKE SLICE 40G DEJAVU ORANGE SULTANA FRUIT CAKE 400G DEJAVU DATES AND RAISIN FRUIT CAKE 400G DEJAVUU CLASSIC FRUIT CAKE 400G

SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - WHITE TOMYAM 80G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - GREEN CURRY 80G

SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - ODEEN (KOREAN STYLE STEAMBOAT) 80G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - ALL IN ONE SEASONING POWDER 80G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - FRIED CHICKEN MARINADE 80G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - SPICY BUTTERMILK SAUCE 50G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - SALTED EGG CREAMY SAUCE 50G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - HOT & SPICY SHRIMP PASTE 50G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - MAMAK STYLE FRIED NOODLE 50G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - CHINESE FRIED RICE 50G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - KAMPUNG FRIED RICE 50G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - FRIED VERMICELLI 50G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - SOUR DIPPING SAUCE 50G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - GRILLED FISH MARINADE 50G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - COCONUT RICE 50G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - SAMBAL NASI LEMAK 50G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - KIMCJI JJIGAE 50G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - FRIED RICE CAKE STRIPS 50G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - TOMYAM FRIED RICE 50G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - HAINANESE CHICKEN RICE 50G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - DHALL CURRY 50G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - SATAY SAUCE 80G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - SATAY MARINADE 80G

SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - ASAM LAKSA 80G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - ASAM PEDAS 80G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - CURRY LAKSA 80G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - MEAT CURRY 80G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - FISH CURRY 80G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - SOY SAUCE 80G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - KURMA 80G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - HOT YELLOW CURRY 80G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - MASAK MERAH 80G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - PADPRIK 80G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - RENDANG 80G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - SAMBAL TUMIS 80G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - SPICY SOUP 80G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - SPICY DUIRAN CURRY 80G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - TOMYAM 80G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - BBQ 80G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - SPICY DARK CURRY 80G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - NASI ARAB 80G SUDEE COMPLETE SEASONING POWDER - SOUP 80G

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease