14 ANGKASA
SEPTEMBER 2021
Fokus Tingkat Penglibatan Pelajar Dalam Koperasi Siswa Webinar ‘Hala Tuju Gerakan Koperasi Siswa Institut Pengajian Tinggi’
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Satu menyeluruh perlu dibuat untuk mengenal pasti kesinambungan penglibatan lepasan sekolah menengah dalam gerakan koperasi - tidak kira sebagai Anggota Lembaga Koperasi (ALK) atau anggota biasa - apabila mereka melangkah ke alam universiti. Kajian ini, sekiranya dapat dilakukan, mampu membantu kajian yang pihak-pihak berkepentingan untuk merancang strategi dan inisiatif secara sistematik dan bersepadu bagi meningkatkan jumlah koperasi siswa. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, penglibatan mahasiswa dalam koperasi siswa mempunyai hubungan yang signifikan dengan enam teras strategik yang telah dirangka bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan di bawah Dasar Keusahawanan Nasional 2030. Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya pada webinar ‘Hala Tuju Gerakan Koperasi Siswa Institut Pengajian Tinggi (IPT)’ yang diadakan melalui platform Zoom pada 10 September 2021 dan dihadiri oleh seramai 145 peserta. Webinar ini menampilkan Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik sebagai moderator dan barisan tiga panel yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas mengenai koperasi siswa. Barisan tiga panel terdiri daripada Setiausaha Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Shaharuddin Abu Sohot; Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Azam Sulaiman dan Pengerusi Koperasi Siswa UiTM Selangor Berhad, Encik Muhammad Syahid Aiman Muhammad Bazlan. Hadir sama ke webinar ialah Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh SKM, terdapat 208 buah koperasi siswa dengan keanggotaan seramai 161,662 orang pada tahun 2020. Kementerian Pengajian Tinggi merekodkan jumlah IPT adalah sebanyak 597 buah pada tahun yang sama.
Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah memberikan ucapan perasmian pada program webinar ‘Hala Tuju Gerakan Koperasi Siswa Institut Pengajian Tinggi (IPT)’.
“Ini membuktikan masih banyak IPT Awam, IPT Swasta dan kolej di negara ini yang belum menubuhkan koperasi,” ujar Dato’ Abdul Fattah. Tambah beliau, pihak-pihak berkepentingan juga perlu meneliti faktor-faktor yang menyebabkan perkembangan dan pencapaian ko perasi siswa dilihat tidak serancak koperasi sekolah. Beliau turut mencadangkan pendidikan asas mengenai ke usahawanan koperasi dijadikan sebagai subtopik dalam modul keusahawanan di IPT Awam dan IPT Swasta supaya mahasiswa didedahkan dengan kelebihan-kelebihan menubuhkan koperasi.
Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik sebagai moderator webinar.
Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan, Suruhanjaya Koperasi Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Azam Sulaiman berkata ekosistem yang berbeza antara IPT dengan sekolah menengah menyebabkan koperasi siswa tidak begitu menyerlah berbanding koperasi sekolah.
Pengerusi Koperasi Siswa UiTM Selangor Berhad, Encik Muhammad Syahid Aiman Muhammad Bazlan menyarankan koperasi siswa mengenal pasti mahasiswa yang mempunyai keupayaan dan daya kepimpinan yang tinggi untuk diyakinkan menjadi anggota.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease