15 ANGKASA
SEPTEMBER 2021
Apa Kata Mereka?
Perkongsian oleh Setiausaha Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Shaharuddin Abu Sohot:- • Matlamat penubuhan koperasi siswa mestilah berlandaskan objektif kemenjadian mahasiswa. • Kemenjadian mahasiswa tidak boleh diukur dengan berdasarkan pencapaian kebolehpasaran graduan semata-mata, tetapi juga graduan mencipta peluang pekerjaan untuk mereka sendiri dan memberikan peluang pekerjaan kepada orang ramai. • Koperasi siswa perlu memainkan peranan yang lebih agresif dalam membantu menjayakan rangka kerja Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2021 – 2025.
Perkongsian oleh Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Azam Sulaiman:- • Koperasi siswa memenuhi keperluan dua jenis anggota iaitu pengguna dan pengeluar. • Perkhidmatan-perkhidmatan seperti kedai dobi layan diri, kedai runcit, kedai alat tulis dan kedai gunting rambut yang dijalankan oleh koperasi memenuhi pelbagai keperluan anggota (pengguna). • Koperasi boleh bantu dengan memasarkan produk atau perkhidmatan yang diusahakan oleh anggota (pengeluar) di kedai-kedai milik koperasi.
Perkongsian oleh Pengerusi Koperasi Siswa UiTM Selangor Berhad, Encik Muhammad Syahid Aiman Muhammad Bazlan:- • Antara faktor yang menyebabkan koperasi siswa tidak begitu mendapat sambutan kerana pendekatan yang tidak efektif untuk meyakinkan mahasiswa supaya menjadi anggota. • Koperasi perlu mengkategorikan mahasiswa kepada tiga golongan iaitu founder yang mempunyai perniagaan sendiri; joiner (baru berjinak-jinak dalam perniagaan) dan investor (mahu melabur dalam mana-mana perniagaan). • Apabila koperasi dapat mengenal pasti tiga kategori ini, maka mereka tahu pendekatan yang sesuai untuk digunakan bagi mengajak mahasiswa menyertai koperasi.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease