17 KOPERASI
SEPTEMBER 2021
wujud kesepakatan dari aspek harga, pasaran dan jadual tanaman sekali gus mampu mengatasi isu lambakan dan ketidaktentuan harga buah. “Penubuhan KOPMET juga memudahkan penyaluran maklumat terutama teknik dan kaedah tanaman yang baharu untuk diaplikasikan oleh anggota-anggota sebagai usaha bagi meningkatkan pengeluaran buah,” ujar beliau. Pandemik COVID-19 tidak menjadi penghalang untuk anggota-anggota memasarkan MMT melalui secara dalam talian. Melalui kerjasama antara KOPMET dengan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dan POS Laju (POS Malaysia), sekitar 910 biji buah telah berjaya dijual sejak 4 Ogos 2021.
Bagi mengelak kerosakan pada buah yang diposkan, KOPMET menggunakan sarung pembalut buah.
Kotak dibalut rapi untuk memastikan buah sampai kepada pembeli dalam keadaan yang baik.
Temu bual antara PELANCAR dengan Haji Tengku Norulhuda telah diadakan secara dalam talian pada 19 Ogos 2021.
Dato’ Abdul Fattah dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Terengganu, Haji Mohamed Yusoff (kiri) melawat ladang MMT.
Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (kiri) mencuba keenakan buah MMT ketika mengadakan lawatan ke Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Peradong, Kuala Terengganu pada 8 April 2021. Turut bersama beliau, Haji Tengku Norulhuda.
Koperasi Pengusaha Melon Manis Terengganu Berhad (KOPMET) Lot 2770-k, Lot Perpindahan Batu Hampar, Jalan Telemong, Tel. : +6019-968 0841 (Cik Maryam) E-mel: kopmet.mmt@gmail.com Facebook :@KoperasiPengusahaMelonManisTerengganuBerhad Instagram: @kopmetganu 21210 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pembangunan Industri dan Pengembangan), Jabatan Pertanian, Dato’ Eliyas Saad (tengah) dan Pengerusi KOPMET, Haji Tengku Norulhuda Tengku Muhammad (kiri) ketika mempromosikan MMT dalam program ‘Selamat Pagi Malaysia’ di saluran TV1 pada 14 Ogos 2021.
“Kami mendapati sambutan yang begitu menggalakkan apabila mengadakan jualan secara dalam talian kerana hanya pada harga RM50, pembeli boleh mendapatkan dua biji buah yang berkualiti daripada gred premium dan dihantar terus ke lokasi mereka,” tambah Haji Norulhuda. Tidak mahu selamanya (KOPMET) bergantung pada jualan benih sebagai sumber pendapatan utama, KOPMET akan memfokuskan pada penghasilan produk hiliran. Koperasi ini telah merancang untuk mendapatkan bimbingan daripada Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu bagi mengenal pasti usahawan-usahawan yang berdaya maju dan berkemampuan untuk
menghasilkan produk-produk hiliran berasaskan MMT. “Golongan belia amatlah digalakkan untuk menjadi pengusaha tanaman MMT kerana saya sendiri melihat beberapa pengusaha buah ini yang pada mulanya hanya menanam sekitar dua ribu pokok, tetapi kini menguruskan sehingga enam ribu pokok kerana mahu memenuhi permintaan yang semakin meningkat,” kata beliau. Selain berharap untuk melihat MMT berjaya dieksport ke luar negara pada masa hadapan, KOPMET turut mempunyai perancangan untuk menjadi pembekal barang input pertanian, membuka sebuah premis perniagaan dan menghasilkan sebuah buku panduan tanaman MMT.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease