WADAH PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2021

19 ANGKASA

SEPTEMBER 2021

MAAB Sumbang RM100 ribu untuk Tabung Yayasan ANGKASA

Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

Sumbangan yang dihulur kepada Tabung Yayasan ANGKASA amat penting dan diperlukan bagi dimanfaatkan oleh warga koperasi yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebilh tinggi. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato' Abdul Fattah Abdullah berkata, sumbangan yang diterima amat bermakna demi membantu memperkasakan lagi pembangunan ilmu serta kelestarian modal insan warga koperasi. Katanya, sumbangan tersebut bukan sahaja dapat membantu lebih ramai warga koperasi menampung pembiayaan pengajian mereka di peringkat universiti, malah turut membantu golongan pelajar anak anggota koperasi termasuk warga koperasi sendiri yang kebanyakannya terdiri daripada keluarga miskin dan B40. Beliau berkata demikian sewaktu menerima cek berjumlah RM100 ribu sumbangan MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) untuk Tabung Yayasan ANGKASA pada 16 Ogos 2021 di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya. Sumbangan tersebut disampaikan melalui Naib PresidenANGKASAmerangkapPengerusiMyANGKASA Amanah Berhad (MAAB), Datuk Haji Mohamad Ali Hasan. Majlis sumbangan tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail; Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim; Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin; Ketua Pegawai Eksekutif MyANGKASA Amanah Berhad, Encik Faudzi Md. Din dan Pengurus Yayasan ANGKASA, Puan Haslinda Ahmad. Dato' Abdul Fattah dalam kenyataannya kepada

Dari kanan, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin; Dato' Abdul Fattah Abdullah, Dato' Haji Kamarudin Ismail; Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Encik Faudzi Md Din.

media PELANCAR menyeru koperasi termasuk agensi swasta supaya dapat bersama-sama membantu menghulurkan sumbangan kepada Tabung Yayasan ANGKASA. Katanya, sumbangan tersebut sekali gus dapat membantu menyemarakkan lagi semangat tolong-menolong demi kesejahteraan anggota serta masyarakat. Sementara itu, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berkata, sumbangan tersebut merupakan yang kedua oleh MAAB untuk

Tabung Yayasan ANGKASA. Pada tahun lalu, sumbangan yang diberikan oleh MAAB untuk tabung tersebut adalah berjumlah RM30 ribu. Menurut beliau, MAAB sebelum ini juga turut terlibat menjayakan program CoopCare ANGKASA menerusi sumbangan barangan keperluan asas berjumlah RM72 ribu kepada masyarakat di Temerloh melalui Lembaga MyANGKASA Amanah Berhad untuk edaran ke kawasan masing-masing yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease