MESYUARAT AGUNG NEGERI (MAN) ANGKASA 2021
tankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Sabah, Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh yang tidak mempertahankan jawatannya dan digantikan oleh Dr. Zhamrie Gulamrasul, manakala Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Haji Zulkifli Jamaludin pula diganti oleh Datuk Haji Abdul Razak Hussain. Majlis perasmian MAN 2021 telah disempurnakan oleh Dato’ Abdul Fattah. Dalam ucapannya, beliau turut mengambil kesempatan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9 dan mengucapkan selamat datang serta tahniah atas pelantikan YB Tan Sri Noh Omar sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan Timbalan Menterinya, YB Tuan Muslimin Yahaya. Katanya, kedua-dua tokoh pemimpin itu memiliki banyak ilmu dan pengalaman dalam bidang koperasi dan ANGKASA yakin prestasi gerakan koperasi di Malaysia akan dapat ditingkatkan dengan lebih cemerlang.
Seramai 30 Petugas Meja Bantuan ( Help Desk ) ANGKASA ditugaskan membantu proses teknikal mesyuarat melibatkan pendaftaran dan pengundian oleh perwakilan dan JPAN.
Memutuskan Cadangan Usul Negeri. MAN 2021 turut menyaksikan pengundian secara digital bagi melantik seorang Pengerusi JPAN, Ahli Jawatankuasa JPAN, Jurucakap dan Calon Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit MAPA dan 30 peratus perwakilan negeri ke MAPA. MAN 2021 turut menyaksikan pengunduran Pengerusi Jawa
Petugas Meja Bantuan ( Help Desk ) MAN ANGKASA 2021 sedia menjawab sebarang pertanyaan yang dikemukakan perwakilan menerusi 'chat room'.
Anggota perwakilan ketika mendengar ucapan daripada Pengerusi JPAN Sabah, Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh. Beliau dalam ucapannya telah mengumumkan pengunduran sebagai Pengerusi JPAN Sabah.
Perjalanan mesyuarat secara dalam talian berjalan dengan lancar dan mendapat respon positif daripada perwakilan.
Dari Meja Presiden
terhadap sistem pengurusan mesyuarat koperasi yang dibentuk oleh SKM. Pendekatan norma baharu ini juga turut mendedahkan kita dengan ilmu bagaimana untuk mengendalikan mesyuarat yang melibatkan penyertaan tinggi secara dalam talian. Ia ternyata bukan sahaja praktikal, mudah dan lancar, malah lebih selamat serta menjimatkan kos. Saya juga mengucapkan tahniah kepada semua barisan kepimpinan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri yang telah terpilih. Semoga anda dapat terus berjuang di samping memantapkan lagi tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih cemerlang. Bersama-sama kita mendoakan yang terbaik demi kelestarian gerakan koperasi di Malaysia.
Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua perwakilan yang telah bersama-sama membantu merealisasikan pelaksanaan Mesyuarat Agung Negeri (MAN) 2021. Seperti yang kita sedia maklum, MAN 2021 yang berlangsung secara maya di 16 Perhubungan ANGKASA Negeri telah mengikut Garis Panduan Pengurusan Mesyuarat Agung Koperasi Semasa oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Ia adalah selari dengan saranan yang ditetapkan oleh kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membendung penularan wabak COVID-19. Kesepaduan dan kesefahaman tinggi yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat telah membuktikan bahawa pendekatan mesyuarat secara dalam talian berjaya memberi gambaran positif
Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease