WADAH PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2021

8 ANGKASA

SEPTEMBER 2021

Webinar Koperasi Komuniti 2021 Peranan Koperasi Mendepani Cabaran Semasa Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

penekanan terhadap usaha untuk melahirkan lebih ramai anggota yang berkaliber sebagai pemimpin koperasi selain memastikan golongan tersebut dapat memberi sumbangan yang lebih bermakna terhadap pertumbuhan sosioekonomi gerakan koperasi di Malaysia. Dua panel penceramah telah dijemput iaitu Ahli Dewan Negara (Senator Orang Asli Semenanjung), YB Senator Dato’ Isa Abd. Hamid yang membentangkan kertas kerja bertajuk 'Kelangsungan Koperasi Orang Asli Pasca COVID-19' dan Ahli Dewan Negara (wakil OKU) merangkap Presiden Persatuan OKU Sentral, YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi dengan kertas kerjanya yang bertajuk 'Peranan Koperasi Dalam Membantu Koperator OKU Mendepani Cabaran Semasa.' Banyak pencerahan telah dikongsikan oleh dua ahli panel tersebut bersama 171 peserta (melalui aplikasi Zoom Meeting ) dan lebih 240 yang lain melalui Facebook Live . Antara yang turut menyertai webinar ini termasuklah Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pembangunan OKU, Puan Fairuz Johari; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Shukor Abdullah; Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Institut Koperasi Malaysia (IKM), Puan Hamidah Mohd Jos dan Timbalan Pengarah Ekonomi Jabatan kemajuan Orang Asli (JAKOA), Puan Fauziah Omar. Berdasarkan statistik koperasi di bawah komuniti yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sehingga 31 Disember 2020, terdapat 98 buah Koperasi Orang Asli, 24 buah Koperasi OKU, 16 buah Koperasi Rukun Tetangga dan 1,301 buah Koperasi Keluarga dengan jumlah keanggotaan keseluruhan seramai 62,889 orang, modal syer RM35.5 juta, aset berjumlah RM136.1 juta dan perolehan berjumlah RM68.6 juta.

Sektor koperasi perlu bersedia menghadapi cabaran dalam norma baharu khususnya dalam bidang perniagaan. Ia bagi memastikannya terus kekal relevan sebagai penyumbang kepada pembangunan sosioekonomi anggota dan masyarakat. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato' Abdul Fattah Abdullah berkata, peranan yang dimainkan oleh koperasi amat penting pada ketika ini terutamanya dalam membantu mengenal pasti anggota yang terjejas bagi menghulurkan bantuan yang diperlukan. “Kita akui bahawa pandemik COVID-19 telah menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi negara. Seperti mana pemain industri yang lain, sektor koperasi juga merupakan antara yang terkesan. "Pandemik COVID-19 juga telah mendidik kita semua untuk bekerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain. Semangat kerjasama ini juga merupakan antara prinsip asas gerakan koperasi yang cakna kepada masyarakat," ujar beliau. Dato’ Abdul Fattah berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Webinar Koperasi Komuniti 2021 ‘Peranan Koperasi Mendepani Cabaran Semasa’ pada 24 Ogos 2021. Objektif webinar tersebut adalah untuk membantu memperkasakan perniagaan koperasi melalui pendedahan kepada peluang- peluang perniagaan, pembangunan diri, keluarga dan masyarakat. Ia sekali gus diharap dapat membantu meningkatkan perolehan koperasi dan anggota. Majlis ilmu tersebut yang dikendalikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik selaku moderator turut membincangkan secara lebih spesifik mengenai komitmen dan peluang yang boleh dijana oleh golongan OKU serta Orang Asli dalam meningkatkan produktiviti melalui platform koperasi. Di samping itu, beliau turut memberi

YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

YB Senator Dato' Isa Abd. Hamid.

Presiden ANGKASA, Dato' Abdul Fattah Abdullah berucap merasmikan program.

Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman bertindak sebagai moderator program.

Sebahagian daripada peserta program.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease