WADAH PELANCAR EDISI FEBRUARI/MAC 2021

>>18

FEBRUARI / MAC 2021 JILID: WP03 / 02

ANGKASACoop

www.angkasa.coop

RM1.00

>>04

Bantu Pertingkat Agenda Modal Insan Melalui Pendidikan

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati berkata pelajar-pelajar tajaan Yayasan ANGKASA merupakan duta kecil kepada ANGKASA untuk membantu mempromosi gerakan koperasi yang bukan hanya berorientasikan kewangan semata-mata, tetapi membangunkan sosioekonomi anggota.

>>05

549 Pelajar Tajaan Yayasan ANGKASA Terima Biasiswa

Koperasi Bantu Agenda Kerajaan Tanam 100 juta Pokok Perkukuh Syariah Islam Dalam Gerakan Koperasi >>07 20 Koperasi Sumbang RM150,000 Bantu Mangsa Banjir Pahang >>09 Perkukuh Sistem Pengurusan Antirasuah Koperasi >>12

Oleh NADIAH KAMARUDIN S ERAMAI 549 pelajar tajaan Yayasan ANGKASA telah menerima biasiswa melibatkan peruntukan sebanyak RM4.32 juta sejak yayasan tersebut mula ditubuhkan pada tahun 2012. Jumlah tersebut melibatkan 29.6 peratus daripada pembiayaan keseluruhan berjumlah RM14.57 juta kepada 1,127 pelajar.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Haji Samsudin yang hadir merasmikan Motivasi Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2021 memuji usaha berterusan ANGKASA dalam memperkasakan agenda pendidikan negara melalui Yayasan ANGKASA.

BERSAMBUNG DI MUKA 2

2 ANGKASA

FEBRUARI / MAC 2021

DARI MUKA 1

Katanya, pelajar yang dibiayai oleh Yayasan ANGKASA merupakan anak-anak anggota koperasi. Secara tidak langsung mewujudkan hubungan yang padu antara ANGKASA dengan anggota koperasi kerana bukan mereka sahaja yang mendapat manfaat dengan menyertai koperasi, tetapi juga anggota keluarga mereka. “Pelajar universiti mesti bijak menyesuaikan diri dengan apa jua situasi pasaran pekerjaan di Malaysia sebelum mereka tamat pengajian. Menerusi MEDAC, pelbagai program yang disediakan oleh kerajaan seperti Program KPT-MEDAC Siswapreneur untuk memberi galakan kepada pelajar-pelajar universiti memulakan perniagaan mereka sendiri walaupun masih dalam tempoh pengajian. Ini memberi impak yang positif kepada masa depan pelajar supaya mereka tidak perlu bergantung kepada pihak kerajaan atau swasta untuk menyediakan peluang pekerjaan”, ujar beliau. Sementara itu, Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, hubungan antara ANGKASA dengan pelajar yang menerima pembiayaan pendidikan tidak terhenti begitu sahaja walaupun mereka telah tamat pengajian. Malah, katanya, ANGKASA membantu meningkatkan kebolehpasaran dan mempersiapkan graduan ke alam pekerjaan melalui pelbagai program strategik sebelum mereka bergelar graduan. Beliau juga berharap agar pelajar memilih sektor koperasi sebagai pilihan utama untuk memulakan kerjaya mereka. Hadir sama dalam majlis perasmian penutup tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA, Haji Muthado Bahri dan barisan Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA. Majlis perasmian penutup itu juga turut bersiaran melalui aplikasi sidang video melibatkan penyertaan seramai 100 pelajar baharu pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA untuk sesi 2021.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Haji Samsudin bergambar bersama barisan kepimpinan tertinggi dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA.

Dato’ Abdul Fattah menjemput mana-mana individu, koperasi, syarikat atau organisasi untuk memberi sumbangan ke Yayasan ANGKASA supaya dapat membantu lebih ramai anggota koperasi atau ahli keluarga mereka menyambung pengajian di peringkat universiti.

3 ANGKASA

FEBRUARI / MAC 2021

Reaksi Pelajar

Dari Meja Presiden

Pengetahuan yang diperoleh sepanjang program ini dapat digunakan untuk menyampaikan mengenai kepentingan koperasi terhadap pembangunan negara terhadap masyarakat umum dengan lebih efektif.

S elaras dengan tema 'Koperasi Sebagai Gaya Hidup' yang menjadi signifikasi jangka panjang pelaksanaan Pelan Strategik ANGKASA, harapan yang disandarkan kepada generasi muda amat tinggi. Demi mencapai hasrat untuk melihat generasi muda terlibat secara aktif dalam lapangan koperasi, penerokaan ilmu yang lebih komprehensif perlu dibentuk dan dilaksanakan di peringkat institusi pengajian tinggi sama ada secara teori mahupun amali. Selain memupuk minat dan kesungguhan, mahasiswa boleh menjadikan gedung ilmu di pusat pengajian masing-masing sebagai platform untuk meraih inovasi baharu yang lebih baik demi menjana kelestarian koperasi. Antara yang boleh dipelajari dan dikaji oleh mahasiswa adalah seperti mereka cipta aplikasi baharu, mengkaji konsep pemasaran mengikut trend semasa dan penghasilan produk atau perkhidmatan bersesuaian serta lebih efisien yang boleh dijalankan oleh koperasi. Sebenarnya, banyak idea dan bidang kerjasama pihak universiti serta industri yang bersesuaian. Jadikanlah universiti sebagai pusat pengembangan ilmu terbaik sepanjang tempoh pengajian anda untuk meraih sebanyak mungkin sekali gus meningkatkan tahap ilmu pengetahuan mengenai koperasi. Kelak, hasil penyelidikan tersebut boleh diadaptasi oleh anda sendiri dalam membantu meningkatkan impak positif serta melicinkan lagi perjalanan koperasi. Sudah tiba masanya juga untuk mahasiswa penyelidikan baharu boleh diterokai dan dikembangkan oleh mahasiswa dengan melihat koperasi sebagai antara pemangkin utama ekonomi masa depan mereka melalui penyertaan sebagai anggota koperasi atau menubuhkan koperasi dan menjalankan perniagaan koperasi secara sepenuh masa. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk masa depan yang lebih gemilang.

MUHAMMAD NURFITRI MOHD FAISALNI Jurusan: Sarjana Muda Pertahanan dan Keselamatan Islam Tahun Pengajian: Tahun 2 Institusi Pengajian: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Saya akan menabur bakti melalui profesion terapi pertuturan yang dipelajari. Saya akan memberi perkhidmatan yang diperlukan oleh ANGKASA dan koperasi, tidak kira dalam bidang profesion saya sendiri, mahupun menjadi inspirasi kepada generasi peserta Yayasan ANGKASA dan koperasi pada masa akan datang.

NURUL SYUHADA ZULKIFLE Jurusan : Ijazah Sarjana Muda Sains Pertuturan Tahun Pengajian : Tahun 2 Institusi Pengajian : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Saya perlu memahat matlamat saya setiap hari dengan minda yang betul. Tambahan pula, saya telah mempelajari bagaimana untuk membuat pembentangan dengan betul, berserta gerak badan dan bahasa yang sangat penting untuk pembentangan yang menarik

KESSHINEE A/P GUNA SEGARAN Jurusan : Doktor Perubatan Tahun Pengajian : Tahun 3 Institusi Pengajian : Universiti Pertanian Malaysia (UPM)

Saya berazam untuk menjadi salah seorang kakitangan koperasi apabila sudah menamatkan pengajian, terutama semasa bekerja dalam sektor lain. Saya juga berazam untuk menyumbang secara bulanan kepada koperasi.

MUHAMMAD FAKHRUDIN ABD RAZAK Jurusan : Sains Politik Tahun Pengajian : Tahun Kedua Institusi Pengajian : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Saya boleh menyumbang apa sahaja yang saya mampu sama ada dari segi idea, tenaga dan lain-lain. Saya akan membuat sesuatu untuk komuniti, sebagai tanda penghargaan saya terutama kepada Yayasan ANGKASA kerana membantu saya dalam melanjutkan pelajaran. Saya akan menyertai koperasi dan menyumbang pada setiap masa untuk kemajuan koperasi, terutama apa sahaja yang boleh dimanfaatkan untuk komuniti suatu hari nanti.

SATHISAN A/L SIVA KUMAR Jurusan : Sarjana Pengurusan Projek Tahun Pengajian : Tahun Pertama Institusi Pengajian : Universiti Malaya (UM)

Sebagai anak anggota koperasi yang masih belum menjadi anggota pada mana-mana koperasi, saya memang berhasrat untuk menjadi anggota koperasi. Kemudian, saya akan berusaha untuk menjadi kakitangan tambahan kepada setiap program koperasi pada keadaan yang memerlukan. Ini adalah antara azam dan inisiatif saya bagi meningkatkan pembangunan koperasi.

RAJA ANEZ INTANTIANA RAJA ABDUL AZIZ Jurusan : MSc. Pengurusan Informasi, Tahun Pengajian : Tahun 2 Institusi Pengajian : Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Sidang Pengarang

Presiden • Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail Naib Presiden • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dr. Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan • Haji Nasir Khan Yahaya Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz Pegawai Media Sosial • Nadiah Kamarudin Pemberita / Jurugambar • Rahmat Mohd. Did

• Aizal Azizan Sajari • Mohamad Zairul Hafiz Sardin Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Haji Anuar Ismail • Datin Hajah Fauziah Zainal Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd.

Muat Turun Aplikasi

Mudah Alih PELANCAR PERCUMA

Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA

4 ANGKASA

FEBRUARI / MAC 2021

Kunjung Hormat Kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Bantu Pertingkat Agenda Modal Insan Melalui Pendidikan

Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN S atu sesi kunjung hormat kepada Tuan Yang Terutama Yang di- Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam oleh barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA telah berlangsung di Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, Ayer Keroh, Melaka pada 10 Mac 2021. Kunjung hormat tersebut yang diketuai Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah ANGKASA, Haji Mutadho Bahri bertujuan untuk mendapatkan pandangan serta idea bagi mempertingkatkan lagi prestasi tadbir urus Yayasan ANGKASA.

Dalam pertemuan tersebut, Tun Mohd Ali juga turut diberi taklimat mengenai peranan dan matlamat Yayasan ANGKASA dalam usahanya memartabatkan agenda modal insan melalui pendidikan. Hadir sama dalam sesi kunjung hormat tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Ahli- Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA iaitu Datuk Haji Md Yusof Haji Samsudin, Haji Nasir Khan Yahaya dan Datuk Syed Azmi Ahmad.

Bergambar di perkarangan pejabat bersama TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Lawatan Kerja ke Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam Bincang Kerjasama Pendidikan dan Keusahawanan Koperasi

Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah ANGKASA, Haji Mutadho Bahri menerima cenderamata daripada Naib Pengerusi YDMDI, Prof (Adj) Datuk Wira Dr. Haji Mohd Jamil Mukmin .

S ementara itu pada hari yang sama, satu program lawatan kerja Ke Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (YDMDI) oleh Anggota Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA telah diadakan di Pejabat YDMDI, Ayer Keroh, Melaka.

Program lawatan yang diketuai Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah ANGKASA, Haji Mutadho Bahri itu bertujuan untuk membincang dan mempertimbangkan ruang serta peluang bagi membantu menyumbang dari segi

kepakaran ilmu pendidikan khususnya berkenaan ilmu keusahawanan koperasi. Kehadiran delegasi lawatan Yayasan ANGKASA disambut Naib Pengerusi YDMDI, Prof (Adj) Datuk Wira Dr. Haji Mohd Jamil Mukmin serta Ahli Lembaga Pengarah

YDMDI, Datuk Zainal Husin dan Dato' Ahmad Zahudi Haji Salleh (Bersara). YDMDI yang ditubuhkan pada 22 Oktober 2008, bertanggungjawab melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai sejarah dan ketamadunan dengan

penekanan kepada sejarah Melayu dan Islam. Ia untuk dijadikan sebagai asas ke arah pembinaan negara bangsa dan menyediakan kepakaran, perkhidmatan, kemudahan serta sumber kewangan untuk masyarakat Melayu dan Islam.

5 ANTARABANGSA

FEBRUARI / MAC 2021

Koperasi Bantu Agenda Kerajaan Tanam 100 juta Pokok

Oleh NADIAH KAMARUDIN A NGKASA komited bersama menjayakan agenda kerajaan untuk menanam 100 juta pokok menjelang tahun 2025 sebagai salah satu usaha bagi membantu menangani isu pemanasan global dan perubahan iklim. Dalam usaha bagi menggerakkan program tersebut, ANGKASA melalui Program CoopCare Koperasi Prihatin Sejuta Pokok telah menandatangani memorandum persepakatan dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 16 Mac 2021 di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya menggalakkan koperasi di Malaysia supaya turut serta dalam usaha pemuliharaan alam sekitar melalui aktiviti penanaman pokok. Tambah beliau, pelaksanaan program tersebut, yang menjadi antara simbolik sambutan ulang tahun ANGKASA yang ke-50 pada tahun ini - membuktikan kesediaan ANGKASA untuk meneraju dan memenuhi Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030. Menerusi kolaborasi strategik ini juga, ANGKASA dengan kerjasama UKM dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor akan membantu memulihara hutan terosot menerusi penanaman pokok di plot hutan simpan negeri Selangor seluas 20 ekar yang akan dijadikan sebagai 'Hutan Angkat Koperasi'. Sebagai rekod, ANGKASA dan UKM telah mengenal pasti dan mengadakan satu lawatan tapak ke Hutan Simpan Sungai Lalang Tambahan di Semenyih pada 15 Mac 2021.

Inisiatif ini juga mampu memberi sumbangan ilmu kepada koperasi yang terlibat seperti jenis dan fisiologi pokok, konsep tanaman, penjagaan pokok, penghasilan baja kompos, garis panduan pengukuran tumbesaran pokok dan penyelenggaraan tanaman pokok. Sebuah modul pembelajaran dan pengajaran serta program kesedaran berbentuk Training of Trainers akan dibangun untuk dilaksanakan di peringkat koperasi sekolah, koperasi siswa dan koperasi di kawasan komuniti di seluruh negara. Sementara itu, Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat) UKM, Prof. Dato’ Dr. Norman Mohd Saleh dalam ucapannya berkata, kerjasama ini juga mampu meyakinkan lebih banyak koperasi untuk turut sama menyertai program tersebut bagi meningkatkan lagi kualiti persekitaran semula jadi. Hadir sama di majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib- Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa, Dr. Mohd. Azlan Yahya dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah; Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Dato’ Ahmad Fadzil Abd ANGKASA, Tuan Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengarah Institut Perubahan Iklim UKM, Prof. Dr. Mohd. Nizam Mohd. Said. Majid; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

ATAS: Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Pro Naib Canse- lor (Strategi dan Pembangunan Korporat) UKM, Prof. Dato’ Dr. Norman Mohd Saleh menun- jukkan doku- men perjan- jian yang telah ditandatangani.

Sebagai simbolik kerjasama yang telah dimeterai, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Prof. Dato’ Dr. Norman Mohd Saleh meletakkan tag nama pada pokok Kelumpang Burung atau nama saintifiknya, Sterculia Parviflora .

Pihak ANGKASA yang diketuai oleh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA , Encik Halim Haji Ibrahim (barisan hadapan, tengah) dan pihak UKM yang diketuai oleh Pengarah Institut Perubahan Iklim UKM, Prof. Dr. Mohd. Nizam Mohd. Said (barisan hadapan, dua dari kiri) telah mengadakan lawatan ke Hutan Simpan Sungai Lalang Tambahan di Semenyih pada 15 Mac untuk tujuan Program CoopCare Koperasi Prihatin Sejuta Pokok.

Tapak projek di Hutan Simpan Sungai Lalang Tambahan di Semenyih.

6 ANTARABANGSA

FEBRUARI / MAC 2021

ICA-AP Sambut Baik Projek Satu Juta Pokok ANGKASA Oleh NADIAH KAMARUDIN I nisiatif untuk menanam sebanyak satu juta pokok yang akan digerakkan oleh ANGKASA dalam program CSR Coop Care sebagai membantu misi kerajaan untuk menanam sebanyak 100 juta pokok dalam lima tahun bermula tahun 2021 telah disambut baik

ICA-AP Rancang Buka Pejabat Subwilayah di Mesir A NGKASA memuji usaha Perikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) yang merancang untuk membuka pejabat subwilayah di Kaherah, Mesir pada tahun ini yang diyakini mampu menjadi pemudahcara untuk koperasi-koperasi di rantau tersebut termasuk Malaysia mengadakan kerjasama diplomatik dan ekonomi dengan koperasi- koperasi di Timur Tengah. Pembukaan pejabat tersebut telah diumumkan oleh Pengerusi ICA-AP, Mr. Li Chunsheng pada Mesyuarat Lembaga Wilayah ICA-AP yang telah diadakan melalui aplikasi sidang video, Zoom pada 23 Februari 2020. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh seramai 36 wakil koperasi dari 11 buah negara. Menurut Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, kedudukan ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi dan juga merupakan ahli ICA sejak April 1972 seharusnya digunakan oleh koperasi sebagai peluang untuk permulaan kerjasama dengan mana-mana koperasi antarabangsa. Tambah beliau, ANGKASA menerima dengan tangan terbuka dan bersedia membantu koperasi yang berhasrat untuk mengadakan kunjungan rasmi dengan mana-mana koperasi antarabangsa. Beliau turut menggalakkan koperasi belia di negara ini untuk lebih kehadapan bagi merebut peluang tersebut serta terlibat secara lebih aktif dalam aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh Youth Network (Jaringan Belia) di peringkat ICA dan Jawatankuasa Belia di peringkat ICA-AP.

Pandemik Covid-19 tidak menghalang ICA-AP mengadakan Perhimpunan Serantau yang ke-14 secara dalam talian dan telah dihadiri oleh lebih 100 wakil koperasi dari negara-negara di rantau Asia Pasifik.

Pengerusi ICA-AP, Mr. Li Chunsheng menyeru agar koperasi terus memperkasakan usaha dalam memberi bantuan kepada anggota- anggota yang terjejas teruk dengan pandemic Covid-19.

Barisan kepimpinan ANGKASA yang terdiri daripada Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (tengah); Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya menghadiri Mesyuarat Lembaga Wilayah ICA- AP secara dalam talian dari bilik mesyuarat di ibu pejabat ANGKASA di Kelana Jaya.

Naib Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Cooperative Housing International, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menghadiri Perhimpunan Serantau ICA-AP yang ke-14 secara dalam talian dari bilik pejabat beliau di ibu pejabat ANGKASA. oleh Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP). Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berkata, projek tersebut bukan sahaja simbolik permulaan sambutan ulang tahun ANGKASA yang ke-50 pada tahun ini, tetapi juga menunjukkan komitmen dan usaha berterusan koperasi untuk memerangi perubahan iklim dan kesan buruknya. Beliau berkata demikian kepada 104 orang wakil koperasi dari 32 buah negara yang telah menghadiri Perhimpunan Serantau ICA-AP yang ke-14 pada 24 Februari yang diadakan melalui aplikasi sidang video, Zoom. Penglibatan koperasi untuk melaksanakan usaha sewajarnya ke arah menjayakan Matlamat Pembangunan Lestari ke-13 iaitu

melaporkan pencapaian SDG masing-masing dari semasa ke semasa kepada Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu. Sehubungan itu, koperasi perlu bertindak lebih proaktif dengan melaporkan sendiri kepada kerajaan masing-masing mengenai usaha dan inisiatif yang telah dilakukan oleh mereka. Hadir sama Pengerusi ICA- AP, Mr. Li Chunsheng; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa dan Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya; Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.

tindakan iklim perlu diperkasakan lagi di peringkat kebangsaan mahupun di antarabangsa. Sehubungan itu, Dato’ Abdul Fattah telah menjemput koperasi- koperasi ahli ICA-AP untuk menyertai projek satu juta pokok melalui konsep ‘ Adopt A Tree’ yang membolehkan individu, syarikat atau organisasi untuk menderma dan menyerahkan kepada ANGKASA untuk menanam serta menjaga pokok tersebut. Sementara itu, Pengarah menggalakkan koperasi-koperasi untuk lebih giat mempromosi dan mengetengahkan usaha dan inisiatif masing-masing dalam mencapai 230 indikator yang merupakan pengukuran kepada 17 SDG. Tambah beliau, banyak negara termasuk Malaysia telah Serantau ICA-AP, Mr. Balasubramanian Iyer

menghantar laporan Kajian Kebangsaan Sukarela untuk

7 ANGKASA

FEBRUARI / MAC 2021

Perkukuh Syariah Islam Dalam Gerakan Koperasi B erdasarkan Tinjauan Ekonomi 2019, industri kewangan Islam “ANGKASA juga komited untuk meningkat dan menambahbaik transformasi

merebut peluang ini untuk mempromosikan kewangan Islam sebagai pilihan utama pembiayaan. Di peringkat global, Malaysia kekal sebagai peneraju inovasi kewangan Islam,” jelas beliau sewaktu merasmikan Program Cakna Muamalat Dalam Gerakan Koperasi 2021: Perancangan dan Pengurusan Harta Dalam Gerakan Koperasi anjuran Unit Pematuhan Syariah, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA secara maya di aplikasi Zoom pada 17 Februari 2021. Tambahnya, melalui Garis Panduan 28 : Tadbir Urus Syariah (GP28), ANGKASA telah dilantik secara rasmi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai Konsultan Syariah Luaran bagi gerakan koperasi. Pelantikan ini membuktikan dua perkara dasar iaitu komitmen SKM dalam memartabatkan pematuhan syariah dalam gerakan koperasi dan kredibiliti ANGKASA selaku badan puncak gerakan koperasi dinilai dengan begitu positif dan mempunyai peranan yang besar.

kewangan Islam daripada kaedah konvensional yang terlibat dengan elemen riba, gharar (ketidakpastian), maisir (perjudian) dan syubhah (kesamaran) kepada kaedah Patuh Syariah dengan menggunakan apa jua teknologi terkini,” jelasnya lagi. Program yang melibatkan 33 wakil koperasi dari seluruh negara itu bertujuan untuk membincangkan topik-topik berkaitan muamalat yang dipraktikkan di koperasi dan turut menjemput dua orang panel jemputan yang mempunyai kepakaran dalam bidang muamalat iaitu Dr Abdullaah Jalil dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Syariah Bank Rakyat dan Ustaz Hasri bin Harun dari Jabatan Muamalat, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan UNISEL yang juga merupakan Setiausaha Panel Syariah Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad.

terus menunjukkan trend kukuh dengan jumlah aset meningkat kepada 11.5% (RM687 billion) pada akhir tahun 2018. Pertumbuhan ini dipacu oleh pembiayaan berasaskan syariah kepada isi rumah, perniagaan, insurans dan hartanah. Naib Presiden ANGKASA merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berkata, kerajaan sedang memberi tumpuan untuk menyokong pelaksanaan dan operasi pematuhan piawaian syariah yang efektif, khususnya dalam memperluaskan tawaran rangkaian produk dan aplikasi kontrak syariah bagi memenuhi permintaan pelanggan yang pelbagai. “Justeru, dengan peningkatan permintaan kewangan patuh syariah ini, koperasi seharusnya mengambil peluang dengan menawarkan pelbagai rangkaian produk patuh syariah. Ini kerana, bank- bank utama di Malaysia telah

Program melibatkan 33 wakil koperasi dari seluruh negara menyertai program yang dijalankan secara dalam talian.

Datuk Haji Mohamad Ali Hasan sewaktu berucap merasmikan Program Cakna Muamalat Dalam Gerakan Koperasi 2021.

Program Pembangunan Insan Koperasi Masjid 20 Asnaf Terima Sumbangan Barangan BA100

Oleh AIZAL AZIZAN SAJARI S eramai 20 orang asnaf telah menerima sumbangan zakat daripada ANGKASA menerusi Koperasi Kariah Masjid Ambangan Heights Kedah Berhad (KOKAMAS) dalam Program Pembangunan Insan Koperasi Masjid Projek BA100. Cek bernilai RM10,000 dan Barangan Asas 100 (BA100) telah disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato' Abdul Fattah Abdullah kepada Pengerusi KOKAMAS, Tuan Imam Haji Abu Bakar Yusoff di Masjid Al-Imam Al-Nawawi, Sungai Petani Kedah. Penerima merupakan penduduk di sekitar Ambangan Height, Sungai Petani, Kedah. Dato' Haji Abdul Fattah berkata koperasi kariah masjid digalakkan menjalankan perniagaan dalam pelbagai sektor ekonomi dan menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti

perniagaan di masjid sudah lama diamalkan. Paling utama, koperasi kariah masjid haruslah memastikan anggotanya sentiasa menyokong setiap program dan aktiviti yang dijalankan dan menjadi pelanggan setia kepada koperasi. Hadir sama ialah Pengerusi JPAN Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh dan Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman, Tuan Syeikh Mohd. Noor Asmardi Ismail.

Dato' Abdul Fattah menyampaikan cek kepada Tuan Imam Haji Abu Bakar Yusoff di Masjid Al-Imam Al-Nawawi.

Antara asnaf yang menerima bantuan.

8 ANGKASA

FEBRUARI / MAC 2021

LHDN Bantu Tadbir Urus Koperasi Sekolah

(Ketua Penolong Pengarah Sub-Seksyen Amanah dan Koperasi LHDN) dan Puan Zurina Mohd Hashim (Pengurus Subseksyen Majikan dan Profiling LHDN). Antara yang turut serta di dalam program tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Timbalan Pengerusi Bahagian Sekolah dan Pengajian Tinggi ANGKASA, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Naib Presiden ANGKASA merangkap Jawatankuasa Bahagian Sekolah dan Pengajian Tinggi ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) merangkap Penasihat Bahagian Sekolah dan Pengajian Tinggi ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah; Pengerusi JPAN Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman dan Pengerusi JPAN Kelantan, Encik Wan Mohammad Zain Wan Abdullah.

Program yang berlangsung melalui aplikasi zoom meeting dipengerusikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA yang juga Ahli Lembaga ICA, Dato' Haji Kamarudin Ismail.

P rogram Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah anjuran ANGKASA dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah berlangsung

menerusi aplikasi Zoom Meeting pada 17 Februari 2021 dan dirasmikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Bahagian Sekolah

dan Pengajian Tinggi, Dato' Haji Kamarudin Ismail. Seramai 938 individu dalam kalangan guru koperasi di seluruh negara menyertai program

tersebut bagi mendapat info berkaitan tadbir urus perniagaan koperasi sekolah yang disampaikan oleh dua penceramah LHDN iaitu Puan Norhayati Md. Nor

KWSP Kongsi Ilmu Pengendalian Kewangan dengan ALK Sekolah W alaupun Perintah Kawalan Per- gerakan sedang

anggota Lembaga Koperasi Sekolah untuk melihat situasi pandemik Covid-19 sebagai peluang untuk mereka meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai bidang perniagaan yang mungkin sebelum ini mereka tidak berkesempatan untuk melakukannya. Dato’ Haji Kamarudin turut menggalakkan mereka untuk menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovasi bagi menghasilkan idea perniagaan untuk produk atau perkhidmatan baharu yang boleh dijadikan sebagai penyelesaian kepada masalah-masalah yang kini sering dihadapi oleh rakyat Malaysia. Program yang telah bersiaran secara langsung di Facebook rasmi ANGKASA itu telah dijayakan dengan penerangan daripada pegawai KWSP iaitu Encik Mohd Hisyam Mohd Sobri dan Pegawai Khidmat Nasihat Ahli KWSP, Encik Mohd Yazid Ramli.

berkuatkuasa, ANGKASA melalui Bahagian Sekolah dan Pengajian Tinggi terus meningkatkan usaha dalam memastikan Anggota Lembaga Koperasi Sekolah sentiasa dibekalkan dengan ilmu yang bermanfaat khususnya mengenai pengendalian dan pengurusan kewangan. Seramai 688 Anggota Lembaga Koperasi Sekolah di seluruh negara telah berpeluang untuk mendapatkan informasi terkini mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam Program Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah di Pasca Covid-19 pada 16 Februari 2021. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail. Beliau dalam ucapan perasmiannya telah menyarankan Anggota-

Mengadakan program secara dalam talian memudahkan Bahagian Sekolah dan Pengajian Tinggi ANGKASA untuk menyalurkan ilmu yang bermanfaat untuk Anggota Lembaga Koperasi Sekolah agar dapat diaplikasikan dalam perniagaan yang diusahakan.

9 ANGKASA

FEBRUARI / MAC 2021

20 Koperasi Sumbang RM150,000 Bantu Mangsa Banjir Pahang Oleh RAHMAT MOHD DID A tas prinsip keprihatinan terhadap kesusahan mangsa bencana

banjir di Pantai Timur ini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengambil inisiatif bersama koperasi melalui Misi Bantuan Pasca Banjir Pantai Timur 2021 untuk membantu keluarga yang terjejas. Satu Majlis Flag Off telah diadakan pada 30 Januari 2021 di Perkarangan Menara SKM di Kuala Lumpur dan telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh yang menyaksikan sebanyak 20 buah koperasi tampil dengan jumlah sumbangan

Presiden ANGKASA, Dato' Abdul Fattah Abdullah menyampaikan replika cek RM15,000 kepada Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh.

Pemimpin koperasi bergambar bersama pek sumbangan.

terkumpul lebih RM150,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan harian. Bantuan tersebut dihantar ke Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang melibatkan 10 buah kenderaan bersama 20 orang sukarelawan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). ANGKASA turut berbesar hati menyumbang sejumlah RM15,000 dalam bentuk barangan keperluan harian di bawah projek Barangan Asas 100 (BA100) manakala Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan dan koperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula menyumbang 50

pek barangan keperluan berjumlah RM2,500 seperti sejadah, telekung, Al-Quran, kurma dan lain-lain. Presiden ANGKASA, Dato' Abdul Fattah Abdullah ketika ditemuramah berkata, ANGKASA amat berbangga dengan usaha yang dilakukan SKM dan ia bersesuaian dengan prinsip ketujuh koperasi iaitu 'Prihatin Kepada Masyarakat', tambah lagi di kala penduduk Pantai Timur terpaksa berhadapan dengan dua krisis serentak iaitu pandemik Covid-19 dan banjir. "Usaha sebegini menunjukkan bahawa koperasi mendukung prinsip prihatin terhadap masyarakat dan ANGKASA sebagai badan Apeks gerakan

koperasi di Malaysia sentiasa berada di barisan hadapan untuk turut serta dalam inisiatif sebegini," ujar beliau. "Sebelum ini pun ANGKASA sudah beberapa kali melaksanakan program bantuan banjir termasuk membantu penduduk- penduduk terkesan untuk berpindah, mencuci rumah dan menyalurkan bantuan.

Sesi Flag Off sebelum bertolak ke Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) Pahang.

Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.

tersebut adalah Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Haji Zazali Haron; Pengarah Bahagian Promosi dan Penggalakan Koperasi SKM, Encik Amran Abd Kadir dan

Bezanya kali ini kita lakukan secara kolektif bersama SKM dan koperasi-koperasi lain," jelas beliau lagi. Hadir sama dalam majlis

10 COOPCARE

FEBRUARI / MAC 2021

ANGKASA meneruskan misi Program CoopCare dalam menyantuni masyarakat menghadapi musibah dan golongan yang memerlukan dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi akibat penularan pandemik COVID-19. Mereka menerima bantuan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan harian melalui Projek Barangan Asas 100 (BA100) dari ANGKASA berupa beras, minyak masak, tepung, gula, susu pekat dan lain-lain. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyarankan lebih banyak penubuhan berasaskan koperasi diwujudkan bagi manfaat dan kebajikan anggota sekali gus menjadi platform terbaik meningkatkan sosioekonomi anggota melalui aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan secara bersama.

Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (lima dari kiri) bersama sebahagian 100 petugas barisan hadapan Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur pada Program CSR CoopCare ANGKASA. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Haji Zuklifli Jamaludin (tiga dari kiri).

Timbalan Presiden ANGKASA, Datuk Haji Kamarudin Ismail (tiga dari kanan) bersama Pengarah Presiden ANGKASA, Datuk Haji Kamarudin Ismail (tiga dari kanan) bersama Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Dr Mohd Azam Ahmad menyerahkan sumbangan pek keperluan barangan harian kepada seorang Pembantu Operasi Sekolah Gred N11 dan N14 bertempat di Dewan Bestari Jabatan Pendidikan Bukit Baru, Melaka. Turut hadir ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (kiri sekali) dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Melaka, Haji Muslim Md. Shah.

Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (lima dari kiri) dan Pengerusi ANGKASA Negeri Johor, Haji Sazali Abd Hamid (enam dari kiri) serta Ahli Lembaga Koperasi (ALK) ANGKASA Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain (empat dari kiri) bergambar bersama penerima Bakul Sumbangan Bantuan Mangsa Banjir Negeri Johor yang merupakan anggota Koperasi Kariah Masjid Annajah Kg. Sg. Telor, Kota Tinggi Berhad pada 15 Mac 2021 lalu.

Dato' Abdul Fattah menyampaikan sumbangan pek barangan keperluan BA100 di Koperasi Madrasah Al- Imaniah Jerantut, Pahang yang diwakili oleh Pengerusinya, Ustaz Ahmad Mohamed. Hadir sama Pengerusi JPAN Pahang Zon 2, Haji Mansor Abd Rahman dan Timbalannya, Haji Mohamad Norzari Haji Yahya.

11 COOPCARE

FEBRUARI / MAC 2021

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah bersama sebahagian wakil koperasi yang menerima sumbangan pek barangan keperluan harian (BA100) pada Program CSR CoopCare ANGKASA Prihatin Bencana Banjir Dan Covid-19 Anggota Koperasi Negeri Pahang. Program ini merupakan anjuran ANGKASA Pusat dengan kerjasama Pejabat Perhubungan ANGKASA negeri (JPAN) Pahang Zon 3, bertempat di Dewan Banquet Majlis Daerah Lipis pada 17 Mac 2021 lalu.

Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Fattah menyerahkan sumbangan pek barangan keperluan harian (BA 100) kepada seorang artis veteran Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKVM). Turut kelihatan ialah Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (empat dari kiri).

Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (lima dari kanan) bersama sebahagian penerima Bakul Sumbangan Bantuan Mangsa Banjir Negeri Johor kepada anggota Koperasi Sepakat Kg. Isnin Maarof Berhad, Simpang Renggam di balai raya kampung berkenaan.

Presiden ANGKASA, Dato' Abdul Fattah beramah mesra dengan penerima sumbangan ahli Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKVM).

Petugas Pejabat ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan menyusun barangan sumbangan sebelum diagihkan kepada penerima mangsa banjir Negeri Johor pada Program CSR CoopCare ANGKASA anjuran Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan pada 15 Mac 2021 lalu.

Sebahagian sumbangan mangsa banjir Negeri Johor dikumpulkan sebelum diagihkan kepada anggota Koperasi Sepakat Kg. Isnin Maarof Berhad, Simpang Renggam, Johor.

12 RENCANA

FEBRUARI / MAC 2021

Perkukuh Sistem Pengurusan Antirasuah Koperasi

Oleh SAFINAH SAUPI G erakan koperasi Ini kerana, koperasi juga seperti kebanyakan syarikat yang lain berhadapan dengan realiti semasa yang mana teras perkhidmatannya adalah untuk menyampaikan Malaysia kini, sedang dimantapkan lagi tadbir urusnya ke arah kecekapan tinggi dan bebas rasuah. perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah kepada anggotanya dan juga orang ramai. Sebagai organisasi yang mempunyai kepentingan ramai dan ditadbir oleh manusia, koperasi juga boleh terdedah dengan penyelewengan dan gejala rasuah. Umum mengetahui, koperasi ditubuhkan oleh sekumpulan orang untuk memenuhi kebuntuan mereka. Ia diasaskan oleh semangat kerjasama. Sebagai pertubuhan kepunyaan bersama, kecekapan, pentadbiran dan pengurusan serta operasi koperasi hendaklah ditadbir urus secara amanah, telus dan penuh kebertanggungjawaban untuk mengelakkan kerugian berlaku dan memberi kesan kepada anggota yang kebanyakannya daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Justeru, menjadi agenda utama badan puncak gerakan koperasi atau ANGKASA yang menaungi lebih 14,000 koperasi di negara ini dengan keanggotaan melebihi enam juta orang, melindungi kepentingan ahli dan koperasi dengan memastikan gerakan ini bebas rasuah dengan mengambil tanggungjawab membangunkan tadbir urus koperasi yang cekap dan berintegriti tinggi melalui Pensijilan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) berdasarkan Standard MS 37001:2016 yang diperkenalkan Jabatan Standard dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sistem piawaian Malaysian Standard ABMS yang meliputi Tadbir Urus Koperasi, Liabiliti Korporat, Pencegahan Rasuah dan Pendedahan serta Pencegahan Kepentingan dalam koperasi yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam urusan operasi harian bagi proses dan prosedur perniagaan koperasi. Usaha ini sebagai satu pencegahan bagi membendung atau mencegah rasuah menembusi yang dikeluarkan SPRM, sebanyak 662 tangkapan telah dibuat bagi kesalahan jenayah rasuah sehingga Ogos tahun 2020. Daripada jumlah ini didapati 363 orang atau sebanyak 54.8 peratus adalah daripada pihak swasta, orang awam dan lain-lain lagi. Manakala penjawat awam meliputi 45.2 peratus atau 299 orang. Angka koperasi. Walaupun menurut SPRM, peratusan kes rasuah melibatkan koperasi amatlah kecil. Ini berdasarkan statistik

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah dan Penguasa Kanan SPRM, Tuan Hamzah Ibrahim berjabat tangan tanda persefahaman pada Seminar Pengurusan Antirasuah dan Standard dalam Koperasi 2019. Turut sama ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Naib-Naib Presiden ANGKASA Dato' Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.

atau kedudukan dalam semua lapisan masyarakat di mana-mana negara di dunia. Ia satu perbuatan keji yang boleh menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran, di samping boleh menjejaskan sosial serta kesetabilan politik dan keselamatan negara. Ia turut memberi kesan kepada individu itu sendiri, seperti hilang pekerjaan serta kejatuhan moral atau maruah. Implikasi rasuah terhadap ekonomi, politik dan sosial serta budaya boleh mengheret individu, masyarakat, bangsa dan negara ke arah bencana keruntuhan tamadun disebabkan sifat tamak dan kerakusan kekuasaan manusia. Justeru, usaha sedang dilakukan untuk memberi kesedaran dan menarik lebih banyak koperasi untuk membangunkan Sistem Pengurusan Anti Rasuah Melalui kerjasama ANGKASA dengan pihak berautoriti SPRM. Ianya dilihat mampu memberi panduan kepada koperasi untuk melaksanakan dan menambahbaik sistem pengurusan antirasuah dalam pentadbiran mereka. Langkah ini selaras dengan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang diperkenalkan oleh Kerajaan merupakan sebuah pelan strategi yang penting dalam melaksanakan dasar anti rasuah di Malaysia. Pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional bagi tempoh lima tahun akan datang ini amat signifikan dalam mencerminkan harapan masyarakat untuk membentuk sebuah negara yang bebas rasuah dengan warganya membudayakan ketelusan, akauntabiliti dan integriti termasuk juga dalam sektor koperasi. Ia juga amat penting dalam

meletakkan Malaysia dikedudukan yang lebih baik dalam persepsi amalan rasuah di peringkat antarabangsa yang dapat menyakini pelabur asing untuk melabur di negara ini. Ini dapat dilihat hasil kaji selidik yang dijalankan Transparency International (TI) Malaysia pada tahun 2019 mendapati lebih dua pertiga daripada 175 buah negara dan wilayah mempunyai indeks di bawah 50 dengan markah purata global adalah sebanyak 43 markah. Daripada jumlah tersebut, kedudukan Malaysia bertambah baik meningkat tiga anak tangga kepada 50 daripada 175 negara berbanding tahun sebelumnya iaitu di tangga ke-53. Ini berdasarkan kepada indeks mengukur persepsi terhadap amalan rasuah dalam kalangan sektor awam. Bagi membantu dan membimbing koperasi membangunkan Pelan Antirasuah, koperasi yang berminat dikumpulkan dalam satu bengkel. Bengkel ini menyediakan satu kaedah sistematik bagi mencegah gejala rasuah melalui proses mengesan, mengurus serta merawat risiko rasuah. Ia merupakan kawalan yang berkesan bagi mengekang gejala rasuah. Kaedah ini telah banyak dilaksanakan di sektor kerajaan dan swasta, yang kini sedang diperluaskan di sektor koperasi secara percuma. Usaha ini memberi peluang kepada koperasi yang berminat untuk meningkat tadbir urusnya dengan bersama-sama membangunkan pelan anti rasuah koperasi masing- masing dengan bantuan SPRM dan ANGKASA. Selain itu, usaha juga dilakukan

ini menunjukkan pengurangan kes berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 920 orang atau 83.6 peratus. Namun begitu, statistik ini merupakan statistik daripada jumlah tangkapan yang dibuat oleh pihak SPRM. Bagaimana pula dengan kesalahan yang tidak dilaporkan atau tidak dapat dikesan oleh SPRM? Agak menakutkan. Ini kerana perlu disedari dan difahami bahawa bahaya rasuah sangatlah besar. Lebih-lebih lagi apabila perbuatan ini menjadi norma dalam masyarakat. Gejala rasuah walau sebesar atau sekecil manapun kesannya amat buruk dan boleh menjejaskan negara secara keseluruhannya. Rasuah selalu diibaratkan sebagai penyakit yang boleh merebak dalam masyarakat yang berlaku tanpa mengira golongan Sistem piawaian Malaysian Standard ABMS yang meliputi Tadbir Urus Koperasi, Liabiliti Korporat, Pencegahan Rasuah dan Pendedahan serta Pencegahan Kepentingan dalam koperasi yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam urusan operasi harian bagi proses dan prosedur perniagaan koperasi.

13

RENCANA

FEBRUARI / MAC 2021

dengan memberi penerangan dan kefahaman mengenai liabiliti korporat kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK). Ini selaras dengan pelaksanaan liabiliti korporat yang telah dikuatkuasakan pada 1 Jun 2020 yang membabitkan organisasi komersial yang mana koperasi juga termasuk dalam peruntukan ini. Liabiliti korporat merupakan peruntukan di bawah Akta SPRM 2009, seksyen 17A. Ia menetapkan prinsip liabiliti korporat yang mana organisasi komersial juga dianggap melakukan suatu kesalahan jika mana-mana pekerja dan/atau pihak bersekutunya melakukan rasuah untuk faedah organisasi tersebut. Organisasi komersial tersebut boleh disifatkan bersalah dalam keadaan sama ada atau tidak, pihak pengurusan atasannya atau wakilnya tahu tentang kelakuan rasuah yang dilakukan oleh pekerja atau pihak bersekutunya. Kesalahan oleh organisasi komersial ini menetapkan bahawa adalah menjadi suatu kesalahan sekiranya mana-mana pekerja atau pihak bersekutunya melakukan perbuatan rasuah bagi faedah organisasi tersebut. Peruntukan baharu ini mendorong organisasi komersial mengambil langkah yang wajar dan selari bagi memastikan perniagaan dijalankan dengan integriti tanpa rasuah. peluang ekonomi baharu selaras dengan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TRANSKOM). Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato' Abdul Fattah Abdullah berkata, Anggota Lembaga terutamanya harus lebih bersedia dan sentiasa memantau potensi perniagaan khususnya yang berimpak tinggi untuk dijana dalam sektor pembangunan perniagaan koperasi. Katanya, banyak peluang ekonomi yang bersesuaian boleh dikembangkan oleh koperasi dengan kerjasama ANGKASA Pulau Pinang seiring dengan pembangunan yang semakin pesat khususnya di Pusat Bandar Bertam dan kawasan berhampiran. Bangunan Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Pulau Pinang yang bertempat di Jalan Dagangan 11, Pusat Bandar Bertam Perdana, Kepala Batas setakat ini menempatkan Coop Farmasi dan Kedai Runcit BA100. Dato' Abdul Fattah berkata demikian sewaktu membangkitkan perkara tersebut dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan

Jika sesebuah organisasi komersial disabit kesalahan di bawah Seksyen 17A, hukuman di bawah Seksyen 17A(2) adalah denda tidak kurang 10 kali ganda daripada nilai suapan atau RM1 juta, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, atau dipenjara sehingga 20 tahun, atau

Urus dan Integriti sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan Integriti bagi gerakan koperasi di Malaysia. Ia selaras dengan matlamat untuk memastikan warga koperasi mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh. Usaha ini juga diharap dapat membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tata kelakuan dan

Integriti dalam koperasi bukan hanya memfokuskan mengenai isu-isu rasuah, pematuhan berkaitan sistem dan prosedur kerja, tatacara kewangan dan isu-isu tatatertib malahan ia juga meliputi segala aspek budaya kerja seperti menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan menjalinkan hubungan yang baik antara ketua bahagian, rakan sekerja dan juga kakitangan sokongan.

Ini dapat dilihat hasil kaji selidik yang dijalankan Transparency International (TI) Malaysia pada tahun 2019 mendapati lebih dua pertiga daripada 175 buah negara dan wilayah mempunyai indeks di bawah 50 dengan markah purata global adalah sebanyak 43 markah. Daripada jumlah tersebut, kedudukan Malaysia bertambah baik meningkat tiga anak tangga kepada 50 daripada 175 negara berbanding tahun sebelumnya iaitu di tangga ke-53. Ini berdasarkan kepada indeks mengukur persepsi terhadap amalan rasuah dalam kalangan sektor awam.

kedua-duanya sekali. Bagaimanapun organisasi korporat boleh membela diri jika dapat menunjukkan bahawa mereka mempunyai ‘Tatacara Mencukupi' dalam operasinya. Bagi memperkukuhkan koperasi dan anggota koperasi menjunjung dan menegakkan prinsip integriti serta akauntabiliti ke arah mencapai sistem penyampaian perkhidmatan koperasi yang lebih telus, cemerlang dan berdaya saing, ANGKASA telah mengambil inisiatif menubuhkan Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir

etika organisasi di kalangan anggota koperasi. Walaupun Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengeluarkan Garis Panduan Tadbir Urus Koperasi dan Garis Panduan dan Kod Etika bagi Anggota Lembaga Koperasi, Pegawai dan Pekerja Koperasi yang jelas, namun pensijilan Pengurusan Antirasuah Koperasi dilihat mampu memberi nilai tambah mencorak tadbir urus koperasi yang lebih baik, amanah dan telus selaras dengan prinsip dan amalan koperasi.

Budaya kerja yang berintegriti ini harus dipraktikkan dalam diri setiap warga koperasi dalam pembentukan sebuah organisasi yang cemerlang dan berkualiti. Dengan pelaksanaan pensijilan Sistem Pengurusan Antirasuah untuk koperasi diharapkan dapat meningkatkan reputasi, mengurangkan kos operasi, mengukuhkan prestasi kewangan, membudayakan integriti dan meningkatkan moral pekerja demi kepentingan ahli, sektor koperasi dan negara.

Adaptasi Peluang Ekonomi Setempat Oleh MOHD ZAKUAN AZMI G erakan koperasi di Pulau Pinang perlu bijak mengadaptasi lebih banyak ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang Bil. 2/2021 pada 23 Mac 2021. Mesyuarat yang berlangsung buat pertama kalinya di bilik seminar bangunan baharu

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Pulau Pinang itu dihadiri 10 anggota JPAN Pulau Pinang yang diketuai Pengerusinya, Haji Mohd Jamil Othman manakala seorang anggota JPAN menyertai mesyuarat tersebut melalui aplikasi Zoom Meeting. Sejurus selesai mesyuarat, Dato' Abdul Fattah berkesempatan melawat Coop Farmasi dan Kedai Runcit BA100 serta melakukan satu tinjauan ringkas ke bekas pusat ternakan milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) di Seberang Perai Utara. Tinjauan tersebut bertujuan untuk mendapatkan pandangan Presiden ANGKASA sendiri mengenai potensi dan kebolehupayaan kandang tersebut sekiranya ingin diambil alih oleh ANGKASA untuk membangunkan projek ternakan secara bersepadu dengan koperasi-koperasi yang berminat. Antara yang turut menyertai sesi tinjauan tersebut ialah barisan anggota JPAN Pulau Pinang dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji brahim.

Bergambar di hadapan premis Coop Farmasi dan Kedai Runcit BA100.

Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Pulau Pinang yang baharu di Jalan Dagangan 11, Pusat Bandar Bertam Perdana. Tel.: 04-5752931 Faks: 04-5753145

14 RENCANA

FEBRUARI / MAC 2021

Memperkasa Koperasi Siswa (KOSISWA) Menjadi Koperasi Berjaya Oleh MOHAMAD HANIFF BIN MOHAMAD HASHIM Pegawai Latihan Institut Koperasi Malaysia I dea penubuhan Koperasi Siswa (KOSISWA) timbul ekoran Pihak Pengurusan Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CeDI) Universiti Utara Malaysia yang berhasrat untuk menceburi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan terlibat dalam program tersebut. Idea ini juga lahir sebagai menyahut seruan Kerajaan untuk siswazah terlibat dalam dunia perniagaan industri kecil dan sederhana serta menyertai aktiviti keusahawanan sosial. Pada bulan Jun 2008, Jawatankuasa Penaja KOSISWA Suruhanjaya Koperasi Malaysia, (SKM) Cawangan Kubang Pasu, Jitra Kedah. Pada 13 Ogos, 2008, Suruhajaya Koperasi Malaysia telah meluluskan penubuhan KOSISWA dengan bersyarat. Pada September 2008, Mesyuarat Agung Permulaan KOSISWA telah diadakan dan secara rasminya KOSISWA ditubuhkan. Akhirnya dengan berkat usaha gigih tenaga penggerak KOSISWA, pada lima Koperasi Siswa (KOSISWA) telah ditubuhkan. Idea penubuhan ini pada asalnya bertujuan memperkasakan mahasiswa untuk menceburkan diri dalam aktiviti perniagaan menggunakan platform koperasi. Disebabkan kejayaan Koperasi Usahawan Siswa Universiti Utara Malaysia Berhad ini, idea ini diperluas dengan penubuhan hampir setiap Koperasi Siswa di setiap universiti. Berikut adalah senarai terawal lima Koperasi Siswa iaitu:

untuk bersama-sama membantu Usahawan Siswa UUM. Cetusan idea ini bermula dari Program Siswa Niaga di mana para pelajar yang berminat

yang terdiri daripada peserta Program Siswa Niaga dan staf CeDi telah menyerahkan kertas kerja penubuhan KOSISWA kepada

22 September 2008 Sijil Perakuan Pendaftaran KOSISWA dikeluarkan oleh Suruhajaya Koperasi Malaysia. Sehingga tahun 2010, terdapat

JADUAL 1 : LIMA KOPERASI SISWA TERAWAL DITUBUHKAN

Nama IPT

Nama Koperasi

Tarikh Penubuhan

Koperasi Usahawan Siswa Universiti Utara Malaysia Berhad

Universiti Utara Malaysia

22 September 2008

Koperasi Siswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Batu Pahat Berhad

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

21 Ogos 2009

Koperasi Siswa USM Pulau Pinang Berhad

Universiti Sains Malaysia

16 April 2010

Koperasi Mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu Berhad

Universiti Malaysia Terengganu

31 Mei 2010

Koperasi Siswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka Berhad

Universiti Teknikal Malaysia Melaka

23 September 2010

kuorum. Manakala, ALK juga sukar memberikan komitmen untuk hadir ke Mesyuarat Lembaga kerana kekangan pembahagian masa untuk belajar dan berkoperasi. ii. Kurang Pengetahuan dan Kesedaran Berkoperasi KOSISWA kurang mendapat sambutan kerana kurangnya pengetahuan dan kesedaran berkoperasi oleh mahasiswa. Justeru, antara langkah yang boleh diambil ialah dengan mempromosikan keanggotaan KOSISWA kepada pelajar baharu dengan menerangkan manfaat berkoperasi kepada mereka.

ISU DAN CABARAN ANGGOTA KOPERASI SISWA ( KOSISWA ) KOSISWA mempunyai pelbagai isu dan cabaran khususnya berkaitan dengan masalah dalaman koperasi yang melibatkan anggota dan Anggota Lembaga Koperasi (ALK). Antara cabaran dan isu tersebut ialah: i. Komitmen Anggota dan Anggota Lembaga Koperasi Antara isu utama KOSISWA ialah mendapatkan komitmen anggota dan ALK. Ini berkenaan kesukaran untuk mendapatkan komitmen anggota khusus untuk menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan kerana kekurangan

untuk mahasiswa mempelajari selok-belok perniagaan dan menguruskan koperasi. Ia bukan sahaja membolehkan mahasiswa untuk manimba ilmu pengetahuan daripada segi teori akan tetapi melatih kemahiran mahasiswa secara praktis. Ini akan membantu mereka untuk menghadapi cabaran dalam alam pekerjaan pada masa hadapan. ii. Sokongan Pihak Institut Pengajian Tinggi (IPT) Sokongan Institut Pengajian Tinggi (IPT) terhadap koperasi amat penting dalam menjadikan koperasi sebagai medium pembelajaran. Sebagai sebuah koperasi atau sebagai seorang usahawan, IPT

MEMPERKASAKAN KOPERASI SISWA (KOSISWA) KOSISWA memainkan peranan penting dalam memupuk anggota koperasi khususnya mahasiswa berkaitan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Justeru, terdapat beberapa cadangan untuk memperkasakan KOSISWA antaranya ialah: i. Mesra Koperasi Dasar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) seharusnya menjadikan koperasi sebagai salah satu kaedah pembelajaran untuk universiti. Ini kerana koperasi merupakan medium terbaik Keperluan Dasar yang

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease