10 COOPCARE
FEBRUARI / MAC 2021
ANGKASA meneruskan misi Program CoopCare dalam menyantuni masyarakat menghadapi musibah dan golongan yang memerlukan dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi akibat penularan pandemik COVID-19. Mereka menerima bantuan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan harian melalui Projek Barangan Asas 100 (BA100) dari ANGKASA berupa beras, minyak masak, tepung, gula, susu pekat dan lain-lain. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyarankan lebih banyak penubuhan berasaskan koperasi diwujudkan bagi manfaat dan kebajikan anggota sekali gus menjadi platform terbaik meningkatkan sosioekonomi anggota melalui aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan secara bersama.
Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (lima dari kiri) bersama sebahagian 100 petugas barisan hadapan Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur pada Program CSR CoopCare ANGKASA. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Haji Zuklifli Jamaludin (tiga dari kiri).
Timbalan Presiden ANGKASA, Datuk Haji Kamarudin Ismail (tiga dari kanan) bersama Pengarah Presiden ANGKASA, Datuk Haji Kamarudin Ismail (tiga dari kanan) bersama Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Dr Mohd Azam Ahmad menyerahkan sumbangan pek keperluan barangan harian kepada seorang Pembantu Operasi Sekolah Gred N11 dan N14 bertempat di Dewan Bestari Jabatan Pendidikan Bukit Baru, Melaka. Turut hadir ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (kiri sekali) dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Melaka, Haji Muslim Md. Shah.
Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (lima dari kiri) dan Pengerusi ANGKASA Negeri Johor, Haji Sazali Abd Hamid (enam dari kiri) serta Ahli Lembaga Koperasi (ALK) ANGKASA Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain (empat dari kiri) bergambar bersama penerima Bakul Sumbangan Bantuan Mangsa Banjir Negeri Johor yang merupakan anggota Koperasi Kariah Masjid Annajah Kg. Sg. Telor, Kota Tinggi Berhad pada 15 Mac 2021 lalu.
Dato' Abdul Fattah menyampaikan sumbangan pek barangan keperluan BA100 di Koperasi Madrasah Al- Imaniah Jerantut, Pahang yang diwakili oleh Pengerusinya, Ustaz Ahmad Mohamed. Hadir sama Pengerusi JPAN Pahang Zon 2, Haji Mansor Abd Rahman dan Timbalannya, Haji Mohamad Norzari Haji Yahya.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease