13
RENCANA
FEBRUARI / MAC 2021
dengan memberi penerangan dan kefahaman mengenai liabiliti korporat kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK). Ini selaras dengan pelaksanaan liabiliti korporat yang telah dikuatkuasakan pada 1 Jun 2020 yang membabitkan organisasi komersial yang mana koperasi juga termasuk dalam peruntukan ini. Liabiliti korporat merupakan peruntukan di bawah Akta SPRM 2009, seksyen 17A. Ia menetapkan prinsip liabiliti korporat yang mana organisasi komersial juga dianggap melakukan suatu kesalahan jika mana-mana pekerja dan/atau pihak bersekutunya melakukan rasuah untuk faedah organisasi tersebut. Organisasi komersial tersebut boleh disifatkan bersalah dalam keadaan sama ada atau tidak, pihak pengurusan atasannya atau wakilnya tahu tentang kelakuan rasuah yang dilakukan oleh pekerja atau pihak bersekutunya. Kesalahan oleh organisasi komersial ini menetapkan bahawa adalah menjadi suatu kesalahan sekiranya mana-mana pekerja atau pihak bersekutunya melakukan perbuatan rasuah bagi faedah organisasi tersebut. Peruntukan baharu ini mendorong organisasi komersial mengambil langkah yang wajar dan selari bagi memastikan perniagaan dijalankan dengan integriti tanpa rasuah. peluang ekonomi baharu selaras dengan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TRANSKOM). Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato' Abdul Fattah Abdullah berkata, Anggota Lembaga terutamanya harus lebih bersedia dan sentiasa memantau potensi perniagaan khususnya yang berimpak tinggi untuk dijana dalam sektor pembangunan perniagaan koperasi. Katanya, banyak peluang ekonomi yang bersesuaian boleh dikembangkan oleh koperasi dengan kerjasama ANGKASA Pulau Pinang seiring dengan pembangunan yang semakin pesat khususnya di Pusat Bandar Bertam dan kawasan berhampiran. Bangunan Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Pulau Pinang yang bertempat di Jalan Dagangan 11, Pusat Bandar Bertam Perdana, Kepala Batas setakat ini menempatkan Coop Farmasi dan Kedai Runcit BA100. Dato' Abdul Fattah berkata demikian sewaktu membangkitkan perkara tersebut dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan
Jika sesebuah organisasi komersial disabit kesalahan di bawah Seksyen 17A, hukuman di bawah Seksyen 17A(2) adalah denda tidak kurang 10 kali ganda daripada nilai suapan atau RM1 juta, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, atau dipenjara sehingga 20 tahun, atau
Urus dan Integriti sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan Integriti bagi gerakan koperasi di Malaysia. Ia selaras dengan matlamat untuk memastikan warga koperasi mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh. Usaha ini juga diharap dapat membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tata kelakuan dan
Integriti dalam koperasi bukan hanya memfokuskan mengenai isu-isu rasuah, pematuhan berkaitan sistem dan prosedur kerja, tatacara kewangan dan isu-isu tatatertib malahan ia juga meliputi segala aspek budaya kerja seperti menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan menjalinkan hubungan yang baik antara ketua bahagian, rakan sekerja dan juga kakitangan sokongan.
Ini dapat dilihat hasil kaji selidik yang dijalankan Transparency International (TI) Malaysia pada tahun 2019 mendapati lebih dua pertiga daripada 175 buah negara dan wilayah mempunyai indeks di bawah 50 dengan markah purata global adalah sebanyak 43 markah. Daripada jumlah tersebut, kedudukan Malaysia bertambah baik meningkat tiga anak tangga kepada 50 daripada 175 negara berbanding tahun sebelumnya iaitu di tangga ke-53. Ini berdasarkan kepada indeks mengukur persepsi terhadap amalan rasuah dalam kalangan sektor awam.
kedua-duanya sekali. Bagaimanapun organisasi korporat boleh membela diri jika dapat menunjukkan bahawa mereka mempunyai ‘Tatacara Mencukupi' dalam operasinya. Bagi memperkukuhkan koperasi dan anggota koperasi menjunjung dan menegakkan prinsip integriti serta akauntabiliti ke arah mencapai sistem penyampaian perkhidmatan koperasi yang lebih telus, cemerlang dan berdaya saing, ANGKASA telah mengambil inisiatif menubuhkan Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir
etika organisasi di kalangan anggota koperasi. Walaupun Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengeluarkan Garis Panduan Tadbir Urus Koperasi dan Garis Panduan dan Kod Etika bagi Anggota Lembaga Koperasi, Pegawai dan Pekerja Koperasi yang jelas, namun pensijilan Pengurusan Antirasuah Koperasi dilihat mampu memberi nilai tambah mencorak tadbir urus koperasi yang lebih baik, amanah dan telus selaras dengan prinsip dan amalan koperasi.
Budaya kerja yang berintegriti ini harus dipraktikkan dalam diri setiap warga koperasi dalam pembentukan sebuah organisasi yang cemerlang dan berkualiti. Dengan pelaksanaan pensijilan Sistem Pengurusan Antirasuah untuk koperasi diharapkan dapat meningkatkan reputasi, mengurangkan kos operasi, mengukuhkan prestasi kewangan, membudayakan integriti dan meningkatkan moral pekerja demi kepentingan ahli, sektor koperasi dan negara.
Adaptasi Peluang Ekonomi Setempat Oleh MOHD ZAKUAN AZMI G erakan koperasi di Pulau Pinang perlu bijak mengadaptasi lebih banyak ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang Bil. 2/2021 pada 23 Mac 2021. Mesyuarat yang berlangsung buat pertama kalinya di bilik seminar bangunan baharu
Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Pulau Pinang itu dihadiri 10 anggota JPAN Pulau Pinang yang diketuai Pengerusinya, Haji Mohd Jamil Othman manakala seorang anggota JPAN menyertai mesyuarat tersebut melalui aplikasi Zoom Meeting. Sejurus selesai mesyuarat, Dato' Abdul Fattah berkesempatan melawat Coop Farmasi dan Kedai Runcit BA100 serta melakukan satu tinjauan ringkas ke bekas pusat ternakan milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) di Seberang Perai Utara. Tinjauan tersebut bertujuan untuk mendapatkan pandangan Presiden ANGKASA sendiri mengenai potensi dan kebolehupayaan kandang tersebut sekiranya ingin diambil alih oleh ANGKASA untuk membangunkan projek ternakan secara bersepadu dengan koperasi-koperasi yang berminat. Antara yang turut menyertai sesi tinjauan tersebut ialah barisan anggota JPAN Pulau Pinang dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji brahim.
Bergambar di hadapan premis Coop Farmasi dan Kedai Runcit BA100.
Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Pulau Pinang yang baharu di Jalan Dagangan 11, Pusat Bandar Bertam Perdana. Tel.: 04-5752931 Faks: 04-5753145
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease