WADAH PELANCAR EDISI FEBRUARI/MAC 2021

16 ANGKASA

FEBRUARI / MAC 2021

Oleh DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN Naib Presiden ANGKASA ANGKASA Negeri Johor Anjur Kursus Penternakan Itik Telur P ontian - 13 Mac 2021: ANGKASA Negeri Johor telah berjaya mengadakan Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam. Permintaan telur itik semakin meningkat pada masa kini sehingga menjadikan penternakan itik semakin popular dalam kalangan usahawan tani. Perkongsian pengalaman

Kursus Penternakan Itik Telur dengan kerjasama Koperasi Haji Rahmat Pontian dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Pontian. Dalam taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah Pontian, Haji Borhan Alias, beliau berkata, menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Ini kerana itik mempunyai daya tahan yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit.

langsung daripada Pengusaha Ternakan Itik, Ayam dan Puyuh, Encik Sukimat Sardin amat membantu peserta untuk lebih yakin menceburkan diri dalam bidang ternakan itik telur. Hasil pembelajaran daripada kursus ini peserta kursus mengetahui : 1)

Majlis perasmian penutup kursus dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Johor, Haji Sazali Abd Hamid dan seterusnya disempurnakan oleh Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan.

Keperluan umum dan pengurusan kesihatan dalam bidang penternakan itik; Dapat mempelajari dan memahami penyediaan dan penghasilan makanan untuk itik; dan Menyemai minat dan motivasi melalui pemahaman potensi penternakan itik telur.

2)



3)

Seramai 45 orang peserta telah hadir bertempat di Akademi Persada Hasra, Pontian Johor.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease