17 ANGKASA
FEBRUARI / MAC 2021
Inisiatif Baharu e-dagang
Bantu Tingkat Perolehan Koperasi YGMB
fleksibel melalui ansuran potongan gaji anggota. Presiden ANGKASA, Dato' Abdul Fattah Abdullah sewaktu bercakap kepada media turut memuji usaha tersebut yang dilihat dapat membantu meningkatkan lagi pencapaian projek BA100 ANGKASA sekali gus dapat memanfaatkan perniagaan dan pembelian secara atas talian. "Kita mahu koperasi seluruh negara memanfaatkan peluang sebegini dan tidak tertinggal dalam budaya baharu di mana sebahagian besar perniagaan kini beralih kepada atas talian dan e-dagang," kata beliau. Tambah beliau lagi, kerjasama strategik melibatkan penggunaan teknologi dan inovasi baharu
adalah amat digalakkan bagi memacu perniagaan koperasi supaya terus ke hadapan dan mengikut arus semasa. Melalui kerjasama ini, pihak Vettons Sdn Bhd dan YGMB menganggarkan pulangan yang setimpal dapat direalisasi dalam tempoh 18 bulan operasi di samping lebih 600 produk koperasi bakal dimasukkan ke dalam medium perdagangan Vettons. Hadir sama dalam majlis tersebut tersebut adalah Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi YGMB, Dato' Kamarudin Ismail; Penasihat Korporat ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Pengerusi Vettons Sdn Bhd, Dato' Sri Ng Sing Huat.
Dato' Abdul Fattah (berdiri tengah) menyaksikan majlis menandatangani memorandum yang ditandatangani oleh Pengerusi YGMB, Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Pengerusi Bersama Vettons Sdn. Bhd., Dato' Sri Dr. How Kok Choong.
Oleh RAHMAT MOHD DID A ngkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) hari ini menyaksikan perjanjian persefahaman (MoU) antara Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) dengan Vettons Sdn Bhd dalam perniagaan berasaskan e-dagang.
Menurut Pengerusi Bersama Vettons Sdn Bhd, Dato' Sri Dr. How Kok Choong, kempen ini bertujuan untuk merevolusikan konsep e-dagang di samping menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Katanya, program tersebut dicipta untuk memperkasa sistem pembelian atas talian yang lebih mudah dan pembayaran yang lebih
Delegasi ANGKASA melawat ibu pejabat Vettons Sdn. Bhd.
Jasa Cikgu Kamariah Terus Dikenang
ucapan takziah, Timbalan Presiden ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail turut menyanjung tinggi segala usaha yang telah dilakukan Allahyarhamah sepanjang penglibatannya sebagai guru koperasi. Katanya, Allahyarhamah Kamariah yang meninggal dunia pada usia 45 tahun akibat komplikasi jantung merupakan seorang guru koperasi yang berdedikasi tinggi dan mesra. Beliau juga sentiasa melibatkan diri dalam pelbagai program koperasi sekolah anjuran ANGKASA selain bersedia membantu memperkasa pembangunan gerakan koperasi sekolah bukan sahaja di peringkat negeri (Kelantan) malah di peringkat kebangsaan. Allahyarhamah Kamariah yang berasal dari Kampung Selor, Pasir Tumboh, Kelantan juga merupakan antara individu yang dilantik oleh ANGKASA sebagai Ahli Jawatankuasa Teknikal Pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) sekolah selain menyertai panel garis panduan
Dato’ Haji Kamarudin Ismail menyampaikan sumbangan ihsan ANGKASA kepada Encik Suhaidi Che Omar.
Oleh MOHD ZAKUAN AZMI J asa dan sumbangan bekas Allahyarhamah Puan Kamariah Mat Noor terhadap pembangunan gerakan koperasi sekolah tidak ternilai harganya. Di samping menzahirkan Allahyarhamah Puan Kamariah Mat Noor. Setiausaha Koperasi SMK Seri Aman Pasir Puteh Berhad,
perniagaan koperasi sekolah. Dato' Haji Kamarudin yang juga merupakan Pengerusi Bahagian Koperasi Sekolah dan Pengajian Tinggi telah mewakili ANGKASA dan menyampaikan sedikit sumbangan berupa wang tunai kepada Encik Suhaidi Che Omar iaitu suami kepada Allahyarhamah Kamariah. Majlis serahan yang turut dihadiri Naib Presiden ANGKASA, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan
ANGKASA Negeri (JPAN) Kelantan, Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah dan Timbalan Pengerusi JPAN Kelantan, Encik Mohd Zin Halim itu telah berlangsung dalam satu majlis ringkas di pejabat perhubungan ANGKASA Negeri Kelantan di Kota Bharu pada 14 Mac 2021. Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Aminn.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease