WADAH PELANCAR EDISI FEBRUARI/MAC 2021

2 ANGKASA

FEBRUARI / MAC 2021

DARI MUKA 1

Katanya, pelajar yang dibiayai oleh Yayasan ANGKASA merupakan anak-anak anggota koperasi. Secara tidak langsung mewujudkan hubungan yang padu antara ANGKASA dengan anggota koperasi kerana bukan mereka sahaja yang mendapat manfaat dengan menyertai koperasi, tetapi juga anggota keluarga mereka. “Pelajar universiti mesti bijak menyesuaikan diri dengan apa jua situasi pasaran pekerjaan di Malaysia sebelum mereka tamat pengajian. Menerusi MEDAC, pelbagai program yang disediakan oleh kerajaan seperti Program KPT-MEDAC Siswapreneur untuk memberi galakan kepada pelajar-pelajar universiti memulakan perniagaan mereka sendiri walaupun masih dalam tempoh pengajian. Ini memberi impak yang positif kepada masa depan pelajar supaya mereka tidak perlu bergantung kepada pihak kerajaan atau swasta untuk menyediakan peluang pekerjaan”, ujar beliau. Sementara itu, Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, hubungan antara ANGKASA dengan pelajar yang menerima pembiayaan pendidikan tidak terhenti begitu sahaja walaupun mereka telah tamat pengajian. Malah, katanya, ANGKASA membantu meningkatkan kebolehpasaran dan mempersiapkan graduan ke alam pekerjaan melalui pelbagai program strategik sebelum mereka bergelar graduan. Beliau juga berharap agar pelajar memilih sektor koperasi sebagai pilihan utama untuk memulakan kerjaya mereka. Hadir sama dalam majlis perasmian penutup tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA, Haji Muthado Bahri dan barisan Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA. Majlis perasmian penutup itu juga turut bersiaran melalui aplikasi sidang video melibatkan penyertaan seramai 100 pelajar baharu pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA untuk sesi 2021.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Haji Samsudin bergambar bersama barisan kepimpinan tertinggi dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA.

Dato’ Abdul Fattah menjemput mana-mana individu, koperasi, syarikat atau organisasi untuk memberi sumbangan ke Yayasan ANGKASA supaya dapat membantu lebih ramai anggota koperasi atau ahli keluarga mereka menyambung pengajian di peringkat universiti.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease