WADAH PELANCAR EDISI FEBRUARI/MAC 2021

3 ANGKASA

FEBRUARI / MAC 2021

Reaksi Pelajar

Dari Meja Presiden

Pengetahuan yang diperoleh sepanjang program ini dapat digunakan untuk menyampaikan mengenai kepentingan koperasi terhadap pembangunan negara terhadap masyarakat umum dengan lebih efektif.

S elaras dengan tema 'Koperasi Sebagai Gaya Hidup' yang menjadi signifikasi jangka panjang pelaksanaan Pelan Strategik ANGKASA, harapan yang disandarkan kepada generasi muda amat tinggi. Demi mencapai hasrat untuk melihat generasi muda terlibat secara aktif dalam lapangan koperasi, penerokaan ilmu yang lebih komprehensif perlu dibentuk dan dilaksanakan di peringkat institusi pengajian tinggi sama ada secara teori mahupun amali. Selain memupuk minat dan kesungguhan, mahasiswa boleh menjadikan gedung ilmu di pusat pengajian masing-masing sebagai platform untuk meraih inovasi baharu yang lebih baik demi menjana kelestarian koperasi. Antara yang boleh dipelajari dan dikaji oleh mahasiswa adalah seperti mereka cipta aplikasi baharu, mengkaji konsep pemasaran mengikut trend semasa dan penghasilan produk atau perkhidmatan bersesuaian serta lebih efisien yang boleh dijalankan oleh koperasi. Sebenarnya, banyak idea dan bidang kerjasama pihak universiti serta industri yang bersesuaian. Jadikanlah universiti sebagai pusat pengembangan ilmu terbaik sepanjang tempoh pengajian anda untuk meraih sebanyak mungkin sekali gus meningkatkan tahap ilmu pengetahuan mengenai koperasi. Kelak, hasil penyelidikan tersebut boleh diadaptasi oleh anda sendiri dalam membantu meningkatkan impak positif serta melicinkan lagi perjalanan koperasi. Sudah tiba masanya juga untuk mahasiswa penyelidikan baharu boleh diterokai dan dikembangkan oleh mahasiswa dengan melihat koperasi sebagai antara pemangkin utama ekonomi masa depan mereka melalui penyertaan sebagai anggota koperasi atau menubuhkan koperasi dan menjalankan perniagaan koperasi secara sepenuh masa. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk masa depan yang lebih gemilang.

MUHAMMAD NURFITRI MOHD FAISALNI Jurusan: Sarjana Muda Pertahanan dan Keselamatan Islam Tahun Pengajian: Tahun 2 Institusi Pengajian: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Saya akan menabur bakti melalui profesion terapi pertuturan yang dipelajari. Saya akan memberi perkhidmatan yang diperlukan oleh ANGKASA dan koperasi, tidak kira dalam bidang profesion saya sendiri, mahupun menjadi inspirasi kepada generasi peserta Yayasan ANGKASA dan koperasi pada masa akan datang.

NURUL SYUHADA ZULKIFLE Jurusan : Ijazah Sarjana Muda Sains Pertuturan Tahun Pengajian : Tahun 2 Institusi Pengajian : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Saya perlu memahat matlamat saya setiap hari dengan minda yang betul. Tambahan pula, saya telah mempelajari bagaimana untuk membuat pembentangan dengan betul, berserta gerak badan dan bahasa yang sangat penting untuk pembentangan yang menarik

KESSHINEE A/P GUNA SEGARAN Jurusan : Doktor Perubatan Tahun Pengajian : Tahun 3 Institusi Pengajian : Universiti Pertanian Malaysia (UPM)

Saya berazam untuk menjadi salah seorang kakitangan koperasi apabila sudah menamatkan pengajian, terutama semasa bekerja dalam sektor lain. Saya juga berazam untuk menyumbang secara bulanan kepada koperasi.

MUHAMMAD FAKHRUDIN ABD RAZAK Jurusan : Sains Politik Tahun Pengajian : Tahun Kedua Institusi Pengajian : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Saya boleh menyumbang apa sahaja yang saya mampu sama ada dari segi idea, tenaga dan lain-lain. Saya akan membuat sesuatu untuk komuniti, sebagai tanda penghargaan saya terutama kepada Yayasan ANGKASA kerana membantu saya dalam melanjutkan pelajaran. Saya akan menyertai koperasi dan menyumbang pada setiap masa untuk kemajuan koperasi, terutama apa sahaja yang boleh dimanfaatkan untuk komuniti suatu hari nanti.

SATHISAN A/L SIVA KUMAR Jurusan : Sarjana Pengurusan Projek Tahun Pengajian : Tahun Pertama Institusi Pengajian : Universiti Malaya (UM)

Sebagai anak anggota koperasi yang masih belum menjadi anggota pada mana-mana koperasi, saya memang berhasrat untuk menjadi anggota koperasi. Kemudian, saya akan berusaha untuk menjadi kakitangan tambahan kepada setiap program koperasi pada keadaan yang memerlukan. Ini adalah antara azam dan inisiatif saya bagi meningkatkan pembangunan koperasi.

RAJA ANEZ INTANTIANA RAJA ABDUL AZIZ Jurusan : MSc. Pengurusan Informasi, Tahun Pengajian : Tahun 2 Institusi Pengajian : Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Sidang Pengarang

Presiden • Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail Naib Presiden • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dr. Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan • Haji Nasir Khan Yahaya Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz Pegawai Media Sosial • Nadiah Kamarudin Pemberita / Jurugambar • Rahmat Mohd. Did

• Aizal Azizan Sajari • Mohamad Zairul Hafiz Sardin Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Haji Anuar Ismail • Datin Hajah Fauziah Zainal Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd.

Muat Turun Aplikasi

Mudah Alih PELANCAR PERCUMA

Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease