WADAH PELANCAR EDISI FEBRUARI/MAC 2021

9 ANGKASA

FEBRUARI / MAC 2021

20 Koperasi Sumbang RM150,000 Bantu Mangsa Banjir Pahang Oleh RAHMAT MOHD DID A tas prinsip keprihatinan terhadap kesusahan mangsa bencana

banjir di Pantai Timur ini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengambil inisiatif bersama koperasi melalui Misi Bantuan Pasca Banjir Pantai Timur 2021 untuk membantu keluarga yang terjejas. Satu Majlis Flag Off telah diadakan pada 30 Januari 2021 di Perkarangan Menara SKM di Kuala Lumpur dan telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh yang menyaksikan sebanyak 20 buah koperasi tampil dengan jumlah sumbangan

Presiden ANGKASA, Dato' Abdul Fattah Abdullah menyampaikan replika cek RM15,000 kepada Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh.

Pemimpin koperasi bergambar bersama pek sumbangan.

terkumpul lebih RM150,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan harian. Bantuan tersebut dihantar ke Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang melibatkan 10 buah kenderaan bersama 20 orang sukarelawan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). ANGKASA turut berbesar hati menyumbang sejumlah RM15,000 dalam bentuk barangan keperluan harian di bawah projek Barangan Asas 100 (BA100) manakala Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan dan koperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula menyumbang 50

pek barangan keperluan berjumlah RM2,500 seperti sejadah, telekung, Al-Quran, kurma dan lain-lain. Presiden ANGKASA, Dato' Abdul Fattah Abdullah ketika ditemuramah berkata, ANGKASA amat berbangga dengan usaha yang dilakukan SKM dan ia bersesuaian dengan prinsip ketujuh koperasi iaitu 'Prihatin Kepada Masyarakat', tambah lagi di kala penduduk Pantai Timur terpaksa berhadapan dengan dua krisis serentak iaitu pandemik Covid-19 dan banjir. "Usaha sebegini menunjukkan bahawa koperasi mendukung prinsip prihatin terhadap masyarakat dan ANGKASA sebagai badan Apeks gerakan

koperasi di Malaysia sentiasa berada di barisan hadapan untuk turut serta dalam inisiatif sebegini," ujar beliau. "Sebelum ini pun ANGKASA sudah beberapa kali melaksanakan program bantuan banjir termasuk membantu penduduk- penduduk terkesan untuk berpindah, mencuci rumah dan menyalurkan bantuan.

Sesi Flag Off sebelum bertolak ke Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) Pahang.

Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.

tersebut adalah Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Haji Zazali Haron; Pengarah Bahagian Promosi dan Penggalakan Koperasi SKM, Encik Amran Abd Kadir dan

Bezanya kali ini kita lakukan secara kolektif bersama SKM dan koperasi-koperasi lain," jelas beliau lagi. Hadir sama dalam majlis

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease