EDISI KHAS SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA 2021
ANGKASACoop
www.angkasa.coop
2 MAPA 2021
Sepakat dalam Satu Keluarga Jana Pembangunan Sektor Koperasi
Gerakan koperasi di Malaysia mampu meraih tahap kecemerlangan yang lebih tinggi secara konsisten sekiranya dapat bergerak melalui kese pakatan dalam sebuah keluarga. Peganganyangkukuhberasaskanprinsipkoperasi itu sendiri perlu diperkukuh sebagai asas untuk terus memberikan yang terbaik demi pembangunan sosioekonomi anggota dan masyarakat. Usaha bagi merealisasikan impian ini perlu dizahirkan terlebih dahulu oleh barisan kepimpinan koperasi. Merekalah yang bertanggungjawab membentuk dan membina sebuah landasan yang akan diikuti oleh anggotanya. Jika landasan yang dibina itu lurus dan kukuh, maka perjalanan akan menjadi lebih sempurna dan begitulah sebaliknya. Usaha untuk menghidup dan mengaktifkan semula perniagaan koperasi selama ini mengalami ketidaktentuan ekonomi akibat pandemik COVID-19 perlu mendapat sokongan daripada pelbagai aspek termasuk seluruh anggota koperasi. Banyak kelebihan yang mampu dinikmati sekiranya gerakan koperasi bersatu hati dan saling membantu antara satu sama lain. Contohnya dengan menawarkan harga lebih istimewa terhadap produk atau perkhidmatan koperasi kepada anggota termasuklah anggota koperasi lain. Anggota koperasi sebenarnya berupaya mencorakkan semula ekonomi koperasi dengan melibatkan diri sebagai salah satu kuasa belian berpotensi bagi membantu memperkukuh aktiviti perniagaan koperasi. Menerusinya, koperasi bukan sahaja dapat membuka peluang pemasaran baharu secara lebih meluas, malah inisiatif tersebut juga dapat menjana perolehan yang lebih tinggi dalam jangka masa panjang. Demi merancakkan lagi semangat berkoperasi dan saling cakna antara satu sama lain, pendekatan pemasaran ini dilihat sebagai langkah paling mudah dan pastinya sebagai badan apeks gerakan koperasi di Malaysia, ANGKASA akan sedia membantu dalam memberikan galakan dan sokongan untuk menjayakannya.
Usia 50 tahun penubuhan ANGKASA banyak memberikan pengalaman, pedoman dan inspirasi yang boleh dikongsi dan digembleng secara bersama demi kelestarian gerakan koperasi di negara ini. Pelan Strategik ANGKASA 2017-2050 juga menjadi jawapan kepada kesungguhan ANGKASA untuk terus bergerak merealisasikan kecemerlangan sektor perniagaan koperasi secara lebih holistik. Pelan tersebut akan diimplimentasi dan dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh ANGKASA menerusi sokongan dan bantuan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa). Ciri-ciri keusahawanan dan kemanusiaan yang unggul menjadi nadi kepada kesejahteraan anggota dan masyarakat dan itulah sebenarnya yang mahu diperjuangkan oleh ANGKASA kepada koperasi. Semoga usaha yang kita jalankan dapat melakar kejayaan yang lebih sempurna dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada seluruh ba risan kepimpinan koperasi atas tanggungjawab dan peranan yang telah anda berikan. ANGKASA mengucapkan setinggi-tinggi peng hargaan atas keprihatinan kerajaan khususnya Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang sentiasa bersungguh- sungguh membantu mencorak dan memperkasakan semula sektor perniagaan koperasi. ANGKASA akan terus komited untuk menjalin kerjasama lebih erat bersama SKM dan IKMa bagi membantu kerajaan dalam menjayakan agenda pem bangunan sosioekonomi koperasi. Pada kesempatan ini, ANGKASA merakamkan ucapan terima kasih kepada semua perwakilan koperasi ahli ANGKASA yang telah banyak memberikan sokongan dan sentiasa bersama-sama melakar kecemerlangan gerakan koperasi di negara ini. Usaha berterusan kepimpinan koperasi amat kami harapkan dengan harapan agar segala matlamat yang telah dirangka dan disasarkan itu mampu di realisasikan dengan lebih cemerlang serta mencapai matlamat seperti yang dihasratkan. Selamat bersidang.
Dato' Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO)
Sidang Pengarang
Presiden • Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail Naib Presiden • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan • Haji Nasir Khan Yahaya
Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Haji Anuar Ismail • Datin Hajah Fauziah Zainal
Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Telefon : 03-5101 3388 Faks : 03-5101 3600 Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd.
• Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz Pegawai Media Sosial • Nadiah Kamarudin Pemberita / Jurugambar • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin
Muat Turun Aplikasi
Mudah Alih PELANCAR PERCUMA
3
MAPA 2021
Oleh: Nadiah Kamarudin
Sumbangan ANGKASA Terhadap Pembangunan Perniagaan Koperasi Dihargai – Tan Sri Noh Omar
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Tan Sri Noh Haji Omar memuji pelbagai usaha dan inisiatif ANGKASA dalam merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi selama lima dekad penubuhannya yang memberi impak signifikan kepada kesejahteraan anggota dan pertumbuhan Sektor Koperasi. Beliau berkata demikian kepada media sewaktu mengadakan lawatan
rasmi ke ibu pejabat ANGKASA di Kelana Jaya pada 14 Oktober 2021. Tan Sri Noh turut meletakkan harapan yang tinggi pada ANGKASA untuk bersama-sama Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia dalam merealisasikan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021- 2025 dan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030. Sementara itu, Presiden ANGKASA merangkap Presiden
ASEAN Co-operative Organization, Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah menyatakan komitmen berterusan ANGKASA untuk menjayakan empat program di bawah Pelan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi. Empat program tersebut adalah Program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat (JKPR), Program Penubuhan Koperasi Prihatin Rakyat (KPR), Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (Transfer) dan
Dagang Produk atau Perkhidmatan Koperasi Atas Talian (e-Dapat) Pelan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi telah di perkenalkan oleh MEDAC melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk membantu koperasi yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ekoran pandemik COVID-19.
Tan Sri Noh turut meluangkan masa melawat Muzium Koperasi Malaysia di ibu pejabat ANGKASA.
Tan Sri Noh bergambar sebelum mendengar taklimat oleh ANGKASA.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Tan Sri Noh Haji Omar ketika mengadakan lawatan ke ibu pejabat ANGKASA pada 14 Oktober 2021. Duduk dari kanan Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail, Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah, Menteri MEDAC, YB Tan Sri Noh Haji Omar; Timbalan Menteri MEDAC, YB Muslimin Yahaya; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Usahawan), Datuk Haji Zamri Salleh. Berdiri dari kanan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Timbalan Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Haji Zazali Haron; Datuk Haji Mohamd Ali Haji Hasan, Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya dan Haji Nasir Khan Yahaya.
MAPA 2021
4
ANGKASAMart merupakan outlet peruncitan seliaan ANGKASA di bawah Program BA100 dan pada masa yang sama menjadi model perniagaan runcit kepada koperasi. Model ini dirangka dan dibangunkan sebagai pilihan kepada koperasi yang terlibat dalam sektor peruncitan di bawah Sektor Pemborongan dan Peruncitan. ANGKASA telah memperkenalkan program BA100 bagi membolehkan harga barangan asas dapat dibeli oleh ahli koperasi dan pengguna tengah dalam rantaian pembekalan barangan runcit. ANGKASA mengambil inisiatif ini demi menyahut saranan dari Majlis Penasihat Kos Sara Hidup Nasional (NACOL) dalam membantu kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup serta pada harga yang kompetitif sekaligus mampu mengurangkan peranan orang meningkatkan kesejahteraan rakyat. BA100 ini juga sejajar dengan salah satu teras strategik wawasan kemakmuran bersama iaitu penstrukturan dan penambahbaikan ekosistem perniagaan dan industri negara.
PELANCAR: Apakah matlamat penubuhan ANGKASAMart? ANGKASAMart ditubuhkan sebagai sebuah model peruncitan koperasi oleh ANGKASA yang menjual barangan keperluan asas ataupun harian. Harga barangan keperluan yang dijual di ANGKASAMart adalah berpatutan kompetitif serta berkualiti selain mengikut keperluan pengguna. ANGKASAMart juga menyediakan sistem pengurusan kedai runcit yang lebih sistematik dengan menggunakan teknologi digital iaitu www.jimatshop.com. Pendekatan ini adalah selari dengan hasrat untuk mempertingkatkan lagi kecekapan tadbir urus selain mengurangkan kos operasi. Selain itu, ANGKASAMart turut mempromosi produk keluaran koperasi tempatan mahupun antarabangsa di samping menjadi hub pengedaran kepada koperasi di negeri-negeri yang mempunyai outlet ANGKASAMart.
PELANCAR: Bagaimanakah ANGKASAMart boleh berperanan dalam membantu koperasi mengembangkan perniagaan mereka? Konsep Projek BA100 dilengkapkan dengan platform digital iaitu www.jimatbiz.com untuk B2B dan www.jimatshop.com untuk B2C. Melalui sistem tersebut, harga jualan mampu dikurangkan dengan mengelakkan peranan orang tengah. Kedai runcit mahupun outlet berpeluang mendapatkan keperluan runcit dan harian dengan membuat tempahan terus menggunakan platform digital www.jimatbiz.com. Seterusnya barangan yang ditempah akan terus dihantar kepada peruncit dengan percuma. Pelanggan boleh menggunakan platform digital www.jimatshop.com untuk menempah barangan di kedai dan membuat bayaran secara tunai di outlet atau membuat pembayaran melalui dalam talian. ANGKASAMart juga dapat memberi panduan kepada koperasi secara sistematik dalam mengembangkan perniagaan peruncitan serta meningkatkan kecekapan dalam menguruskan kedai. Panduan tersebut terdiri daripada cara susunan barangan atau produk, jenis-jenis produk yang dijual mahupun sistem digital yang digunakan termasuk sistem POS.
Platform digital yang digunakan dapat meningkatkan tahap kecekapan pengurusan sekali gus dapat mengurangkan kos operasi. Secara tidak langsung, senario tersebut dapat meningkatkan kuasa beli yang tinggi di ANGKASAMart selain berpeluang mempromosikan produk koperasi secara percuma. PELANCAR: Apakah sasaran yang ingin dicapai menerusi ANGKASAMart? Seramai 1,000 pelanggan disasarkan berbelanja setiap bulan di kedai runcit koperasi yang berdaftar dengan projek BA100. Sekiranya seorang pelanggan berbelanja sebanyak RM200 sebulan, maka setiap outlet akan mampu menghasilkan perolehan bulanan sebanyak RM200,000 atau RM2.4 juta setahun. Secara tidak langsung, sasaran ini diharap dapat membantu meningkatkan ekonomi dan pendapatan koperasi di samping membantu menaikkan taraf koperasi daripada koperasi mikro kepada koperasi sederhana dan makro.
5
MAPA 2021
PELANCAR: Apakah harapan Dato’ sendiri terhadap masa depan Sektor Pemborongan dan Peruncitan koperasi? Kita lihat Sektor Pemborongan dan Peruncitan lebih dikuasai oleh pihak tertentu. Justeru, ANGKASA berharap penyertaannya dalam sektor ini boleh membantu koperasi menstruktur semula rantaian atau pemasaran di peringkat pemborongan dan peruncitan. Melalui Projek BA100, sebanyak 3,000 buah kedai koperasi dikenalpasti boleh dinaiktarafkan. Seramai 1,000 orang daripada 3,000 outlet bermakna tiga juta orang disasarkan manakala sasaran jualan sebanyak RM2.4 juta setahun bagi setiap outlet bermakna jangkaan perolehan akan mencecah sebanyak RM7.2 bilion setahun untuk 3,000 outlet . Koperasi juga diharap dapat menambah ruang jualan selain menubuhkan cawangan peruncitan baharu. Produk koperasi akan semakin mendapat tempat dan perhatian pelanggan apabila disusun di rak dan kaunter utama. Saya juga berharap agar anggota koperasi dapat memberi sokongan dan boleh menjadi rakan kongsi strategik kepada koperasi yang ingin memulakan perniagaan runcit. Koperasi berpeluang menjadi outlet pada program BA100, sekaligus dapat meningkatkan sumbangan gerakan koperasi yang terlibat
dalam bidang ini. Pengantungan pendapatan koperasi hanya daripada kegiatan kredit atau kegiatan tradisi koperasi dapat dilebarkan kepada kegiatan Pemborongan dan Peruncitan. Aktiviti Pemborongan dan Peruncitan akan merancakkan lagi perjalanan gerakan koperasi di samping membuktikan keupayaan koperasi menceburi bidang Pemborongan dan Peruncitan di negara kita. Sektor ini adalah salah satu sektor yang perlu diceburi oleh koperasi kerana ia merupakan sektor yang boleh menjana ekonomi koperasi secara berterusan kerana peruncitan merupakan aktiviti ekonomi yang akan terus berkembang walaupun situasi ekonomi berubah disebabkan keadaan ekonomi semasa ataupun disebabkan pandemik COVID-19. Saya juga berharap agar ANGKASAMart akan menjadi model perniagaan peruncitan terbaik kepada kedai-kedai koperasi yang terlibat di bawah Program BA100 ANGKASA, di samping memberi harga yang berpatutan dan kompetitif terutamanya kepada Golongan B40.
Kedai Runcit ANGKASAMart di bangunan Glomac, Kelana Jaya.
Ruang niaga ANGKASAMart, Kelana Jaya.
MAPA 2021
6
MAPA 2021
Kepelbagaian aktiviti perniagaan koperasi sekolah telah memberi peluang dan ruang yang cukup luas kepada pelajar dalam bidang keusahawanan koperasi. Usaha ANGKASA dalam menjadikan koperasi sekolah sebagai tempat latihan keusahawanan wajar dipuji dalam memperkasakan potensi diri pelajar. Bagi memastikan koperasi sekolah mempelbagaikan aktiviti perniagaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan sokongan ANGKASA telah membuat pindaan kepada Undang-Undang Kecil (UUK) Koperasi Sekolah untuk meluaskan perniagaan koperasi. Pindaan ini dilihat dapat membantu meningkatkan tahap kecekapan tadbir urus selain menambahkan fungsi aktiviti perniagaan dan meningkatkan perolehan koperasi sekolah. Ikuti sesi Wawancara Bersama Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA Global, Dato’ Haji Kamarudin Ismail Mengenai Pindaan Undang- Undang Kecil (UUK) Koperasi Sekolah. 8 Ogos 2002 mengesyorkan koperasi sekolah menjadi ahli ANGKASA untuk mendapat manfaat daripada program yang dijalankan sepanjang tahun. PELANCAR: Apakah matlamat penubuhan koperasi sekolah dalam konteks memupuk nilai keusahawanan pelajar? Koperasi sekolah telah banyak membantu menyemai minat, pengetahuan dan ilmu keusahawanan koperasi kepada pelajar sebagai persediaan sebelum memasuki dunia pekerjaan. ANGKASA melihat keusahawanan koperasi sekolah menjadi keperluan dalam membangunkan modal insan pelajar dan ia perlu dilaksanakan secara terancang. Penerapan konsep keusahawanan itu bukan bermakna koperasi sekolah perlu mengejar keuntungan semata-mata, tetapi ia juga mahu memastikan koperasi sekolah berupaya mempelbagaikan jenis dan kegiatan aktiviti mereka. Ini kerana pergantungan perniagaan terhadap kedai koperasi sahaja tidak mencukupi dalam memastikan peningkatan perolehan koperasi.
PELANCAR: Bagaimanakah Dato’ melihat perkembangan dan pencapaian gerakan koperasi sekolah di Malaysia pada masa kini? Gerakan koperasi sekolah telah mencecah usia 53 tahun (1968-2021) yang menyaksikan pelbagai perubahan, perkembangan dan kejayaan yang membanggakan sekali gus mencerminkan imej koperasi sekolah yang cemerlang sejajar dengan perkembangan pembangunan negara. Sehingga kini, perkembangannya ternyata memberikan impak yang cukup hebat atas sokongan dan kerjasama KPM dan MARA yang sentiasa memantau perjalanan perkhidmatan koperasi dan penglibatan pelajar dalam koperasi sekolah. Gerakan koperasi sekolah di Malaysia telah memperlihatkan kekuatan yang luar biasa apabila SKM mencatatkan sejumlah 2,457 buah koperasi sekolah dengan keanggotaan seramai 1.724 juta orang; syer/yuran berjumlah RM28.934 juta; aset berjumlah RM403.706 juta dan menyumbang perolehan sebanyak RM336.036 (Sumber: Disember 2020, SKM). Daripada jumlah ini, sebanyak 98 peratus iaitu 2,400 buah koperasi sekolah adalah ahli ANGKASA.
Kekuatan ini turut menyaksikan kejayaan sebanyak 13 buah koperasi sekolah mencapai perolehan RM1 juta manakala 6 buah koperasi sekolah mencapai perolehan mencecah hampir RM1 juta (dalam lingkungan RM700,000 – RM999,000). Selain itu, sebanyak 35 buah koperasi sekolah telah mendapat perolehan lingkungan RM500,000 – RM700,000. Penglibatan dan sokongan semua pihak menjadi faktor pendorong kepada kejayaan ini dan kesungguhan ini diharap dapat merealisasikan hasrat ANGKASA untuk melihat sasaran sebanyak 50 buah koperasi sekolah mampu mencatat perolehan melebihi RM1 juta menjelang tahun 2030. Ia sekali gus membuktikan pencapaian ini dapat memberi sumbangan signifikan setanding dengan koperasi dewasa kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). KPM telah mengambil ketetapan supaya semua sekolah menengah di negara ini menubuhkan koperasi sekolah sebagai satu usaha memperkenalkan pendidikan koperasi di sekolah- sekolah seperti surat siaran KP (BS08586/303(57) bertarikh 20 April 1989. Dalam memastikan koperasi sekolah bergerak dengan berkesan, KPM juga telah mengeluarkan surat siaran KP (BS/HEP8586/013(9) bertarikh
7
MAPA 2021
MAPA 2021
PELANCAR: Apakah bentuk pendekatan yang boleh dilakukan dalam memastikan usaha ini dilaksanakan oleh koperasi sekolah selaras dengan kehendak KPM dan SKM? Gerakan koperasi sekolah telah bergerak lebih jauh ke hadapan dalam aktiviti perniagaan termasuk program peruncitan di bawah Projek barangan Asas 100 (BA100) ANGKASA. Oleh itu, pindaan UUK Koperasi Sekolah perlu diselaraskan ke seluruh negeri bagi memastikan pindaan ini selari dengan aktiviti perniagaan yang telah dan akan dilaksanakan. Penyeragaman ini telah dicapai secara bersama di antara KPM, MARA, SKM dan ANGKASA melalui ‘Program Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah’ anjuran ANGKASA agar ia selari dengan aktiviti perniagaan yang telah dan akan dilaksanakan. Antara objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memastikan perniagaan koperasi sekolah dan isu-isu permasalahan berkaitan perniagaan, pengurusan dan kewangan koperasi sekolah selari dengan UUK dan dasar kementerian yang berkaitan; membincang dan mengenal pasti peluang-peluang perniagaan yang boleh dan sesuai diceburi oleh koperasi sekolah bagi memastikan impak jangka panjang untuk meningkatkan perolehan koperasi. Tumpuan koperasi sekolah ke arah mengembang dan mempelbagaikan perkhidmatan koperasi sejajar dengan aspirasi serta dasar- dasar yang ditetapkan KPM. Pelbagai usaha dilakukan sepanjang sesi persekolahan antaranya seperti meneroka perkhidmatan baharu dan memantapkan pengurusan strategi. Usaha ini disokong menerusi SKM yang merancang dan melaksana program pembangunan perniagaan koperasi melalui pendedahan dengan pelbagai jenis perniagaan seperti pemborongan dan peruncitan, pelancongan dan pertanian. SKM, ANGKASA dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) sentiasa bekerjasama dalam memastikan koperasi sekolah mempelbagaikan perniagaannnya bagi meningkatkan perolehan. Koperasi digalak menceburi pelbagai perniagaan mengikut kekuatan dan kemampuan masing- masing serta berusaha meneroka bidang baharu dan memaksimumkan sumber yang sedia ada.
Usaha menggalakkan koperasi sekolah menceburi perniagaan bertujuan memberi peluang dan ruang kepada lebih ramai anggota melibatkan diri dalam aktiviti berkoperasi di samping mendidik anggotanya ke arah menjadi usahawan yang berjaya selepas meninggalkan alam persekolahan. PELANCAR: Sebagai Ahli Lembaga ICA Global, apakah harapan Dato’ terhadap masa depan koperasi sekolah di peringkat antarabangsa? ANGKASA di peringkat antarabangsa begitu komited dalam memainkan peranannya mempromosikan model gerakan koperasi. Negara-negara seperti Timor Leste; Indonesia; Korea Selatan dan Jepun kini telah memulakan model gerakan ini di negara masing-masing. Terkini, Norway telah menunjukkan minat untuk mendapat bimbingan ANGKASA bagi mempelajari model koperasi sekolah yang dilihat terbukti melahirkan generasi koperator dalam bidang keusahawanan. Ini membuktikan keunikan yang terdapat pada koperasi sekolah di Malaysia kerana sistemnya yang tersusun dan menjadi rujukan oleh kebanyakan negara luar. Penyertaan koperasi sekolah di peringkat global amat membanggakan apabila baru-baru ini, Koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu Berhad telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Coop Pitch anjuran International Co-operative Alliance – Asia Pacific (ICA-AP) bersempena Asia Pacific Co-operative Youth Summit (APCYS) 3.0. Selain itu, anggota dan Lembaga Koperasi MRSM Batu Pahat Berhad juga telah dijemput hadir ke Sidang Kemuncak Koperasi Belia Asia Pasifik pada November 2021 depan bagi berkongsi pengalaman dan cerita kejayaan (success story) koperasi sekolah mereka sekali gus menjadi penyuntik semangat kepada koperasi belia di Malaysia dan koperasi belia luar negara. Usaha ANGKASA ini sudah tentu dapat menyemarakkan lagi kecemerlangan dan kegemilangan gerakan koperasi sekolah di persada antarabangsa sekali gus menonjolkan kehebatan imej gerakan ini di mata dunia.
Justeru, kepelbagaian aktiviti perniagaan di koperasi sekolah diharap dapat merancakkan lagi kegiatan koperasi sekolah dalam usaha memberi impak positif kepada semua pihak. Matlamat koperasi sekolah amat jelas. Ia bukan sahaja mampu melahirkan pemimpin pelapis gerakan koperasi, tetapi lebih kepada membentuk sahsiah diri yang baik melalui amalan jimat cermat, menabung dan berdikari serta memperoleh latihan amali dan mempraktikkan teknik pengurusan dalam perniagaan koperasi. Koperasi sekolah adalah wadah terbaik membangunkan modal insan dalam kalangan pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam konteks ANGKASA, penerapan nilai- nilai murni menjadi teras kepada pembentukan jati diri koperasi iaitu berasaskan nilai-nilai berdikari, bertanggungjawab kepada diri sendiri, bersatu hati serta menerima nilai-nilai etika termasuk sadik, amanah dan telus. ANGKASA berpandangan koperasi sekolah berpotensi menjana pendapatan tanpa mengganggu pembelajaran dalam kelas, malah terbukti mampu memberi latihan berkesan di luar kelas. PELANCAR: Mengapakah pindaan UUK Koperasi Sekolah perlu diselaraskan di semua koperasi sekolah? Dalam usaha memastikan fungsi perniagaan koperasi sekolah diperluaskan, SKM telah menerima cadangan Pindaan UUK Koperasi Sekolah. Pindaan UUK koperasi sekolah ini telah dibincang, dibahas, dibentang dan dikemaskini oleh Jawatankuasa Teknikal Koperasi yang terdiri daripada KPM; Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), MARA, Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) dan ANGKASA bagi memastikan pindaan itu disesuaikan dalam keadaan semasa dan terpakai untuk semua koperasi sekolah di bawah seliaan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), KPM dan MARA. SKM menerusi Bahagian Statutori dan Pendaftaran mengambil maklum hasrat ANGKASA untuk menyeragamkan UUK koperasi sekolah bagi memudahkan urusan pemantauan semua koperasi sekolah menengah di bawah KPM dan MARA. Tujuan pindaan UUK Koperasi Sekolah adalah bertujuan meluaskan perniagaan koperasi. Ia dapat membantu koperasi sekolah untuk menambahkan fungsi aktiviti perniagaan yang secara tidak langsung akan meningkatkan lagi perolehan koperasi sekolah itu sendiri di samping meningkatkan tadbir urus koperasi agar lebih teratur, sistematik dan berdaya saing di pasaran. Dalam usaha meningkatkan aktiviti dan kegiatan sekolah, Anggota Lembaga Koperasi (ALK) perlu meneliti semula UUK Koperasi Sekolah terutama dalam perkara-perkara yang menyumbang kepada pembangunan koperasi sekolah dan anggota bagi memastikan cadangan pindaan ini tidak bertentangan dengan Akta Koperasi 1993.
Pindaan UUK yang dicadang untuk dipinda adalah melibatkan :
Tajuk dan Mula berkuatkuasa -
(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i)
Penggunaan nama ringkas koperasi sebelum perkataan ‘Berhad’ dan menjelaskan Pengetua dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Koperasi. Fungsi - Memperluaskan aktiviti koperasi selaras dengan perkembangan pembangunan perniagaan terkini. Fi Masuk - Penetapan fi masuk bagi anggota baharu dan bekas anggota iaitu RM2 bagi pelajar dan RM10 untuk guru atau kakitangan. Menarik Diri - Memberi notis bertulis satu minggu kerana untuk proses pembayaran balik syer dengan segera sebelum anggota meninggalkan alam persekolahan. Lembaga Koperasi - Penetapan seramai 15 orang Lembaga Koperasi terdiri daripada lapan orang guru atau kakitangan dan tujuh orang pelajar. Notis mesyuarat Lembaga - Memudahkan urusan memanggil Mesyuarat Lembaga iaitu notis hendaklah tidak kurang daripada tiga hari. Jawatankuasa Audit Dalaman - Mengurangkan beban guru dan melatih pelajar dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Jawatankuasa Audit dalaman (JAD) melalui penetapan JAD seramai lima orang terdiri daripada dua orang guru dan tiga orang pelajar. Potongan Langganan - Menggalakkan pembelian / langganan oleh anggota ke atas fungsi dan aktiviti koperasi sekolah melalui penetapan pemberian potongan langganan bagi langganan sebanyak RM5000 oleh pelajar dan RM1,000 oleh guru dan kakitangan. Tahun Kewangan - Tahun kewangan koperasi sekolah ini adalah berbeza. Bagi tujuan memudahkan urusan pengumpulan maklumat, pemantauan dan takwim mesyuarat agung tahunan, semua tahun kewangan koperasi akan diseragamkan bermula 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember.
Sumber: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
8 MAPA 2021
Kebenaran rentas negeri pada 11 Oktober yang lalu membolehkan sektor pelancongan negara kembali ‘bernafas’ setelah lebih tiga bulan sektor tersebut ditutup. Dalam tempoh tersebut, digitalisasi menjadi solusi bagi rakyat menyesuaikan diri dengan norma baharu yang wujud disebabkan pandemik COVID-19. Ikuti wawancara khas bersama Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang mengulas mengenai peranan penting digitalisasi dalam memacu kelangsungan sektor pelancongan negara dan tahap penerimaan koperasi terhadap penggunaan digitalisasi dalam pengoperasian mereka. fokus ke arah memperkasa perniagaan digital untuk membina semula industri berkenaan yang lama terhenti. Ekonomi dunia sedang giat mengalami transformasi melalui pencapaian baharu teknologi merentasi alam fizikal, digital dan biologi serta berkembang pesat hasil keterbukaan dan kesalinghubungan dunia. Jika kita tidak beralih ke perniagaan secara digital, maka kita akan terus ketinggalan jauh ke belakang dan perniagaan kita tidak akan setanding dengan syarikat-syarikat antarabangsa yang bersaing di alam digital. Teknologi digital telah diterima pakai dalam semua bidang termasuk industri pelancongan yang membabitkan ekonomi, kebudayaan dan sosial dengan mengetengahkan konsep, format dan model baharu pasca COVID-19 yang memberi impak dan kesan besar kepada kehidupan manusia. PELANCAR: Bagaimana dengan penerimaan koperasi pelancongan terhadap pendekatan digitalisasi? Kita perlu terima hakikat situasi koperasi di Malaysia tidak sama dengan koperasi di negara- negara maju.Terdapat jurang perolehan yang besar antara koperasi kluster besar dengan koperasi kluster mikro di negara kita dan ini juga sangat berkait rapat dengan jurang digitalisasi. Koperasi- koperasi kluster besar sudah menyesuaikan diri dan ke hadapan dengan pendigitalan, tetapi mungkin tidak untuk koperasi-koperasi kluster mikro atau di luar bandar kerana beberapa kekangan seperti masalah capaian internet, tidak celik teknologi maklumat (IT) dan tiada dana yang cukup. Tumpuan yang lebih perlu diberikan kepada koperasi-koperasi sebegini melalui bimbingan dan latihan serta memberi dana atau peruntukan. Pandemik ini memberi kesan yang mendalam terhadap industri pelancongan dan menjejaskan banyak perniagaan dalam industri berkaitan seperti penginapan, pengangkutan, makanan
menggunakan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengusaha pelancongan. Pengusaha perlu terima hakikat yang mereka sekarang hidup dalam dunia pandemik dan akan beralih ke fasa endemik, maka mahu atau tidak, mereka perlu menerima dan memanfaatkan digitalisasi sebaik mungkin sekiranya tidak mahu ketinggalan. Secara ringkasnya, digitalisasi menjadi komponen utama dalam menentukan kelestarian industri pelancongan negara kita. PELANCAR: Sejauh manakah peranan digitalisasi mampu memberi impak kepada pembangunan semula sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19? Sebelum pandemik ini berlaku, begitu jarang sekali kita mendengar mengenai pelancongan maya, tetapi apabila pandemik ini menyerang dunia, kita bukan sahaja kena bersedia, malah perlu segera membiasakan diri dengan pendekatan baharu pelancongan. Apabila keperluan terhadap sesuatu menjadi mustahak, kita terpaksa mencari jalan untuk mendapatkannya atau mencapainya. Bak kata peribahasa dalam Bahasa Inggeris, ‘ Necessity is the mother of invention ’. Pemain-pemain industri pelancongan perlu
PELANCAR: Teknologi digitalisasi dalam pelancongan kini telah menjadi sebahagian daripada komponen utama dalam pengurusan pelancongan. Bolehkah Datuk ulas mengenainya? Dalam pengurusan dan pengoperasian pelancongan, teknologi digitalisasi digunakan dengan meluas sebagai media pemasaran produk dan perkhidmatan seperti jualan bilik penginapan. Mempunyai laman web yang interaktif dan Facebook page atau akaun Instagram serta menempatkan premis penginapan di portal-portal antarabangsa seperti Agoda, Booking.com dan Airbnb adalah penting untuk tujuan promosi dan memudahkan transaksi. Pelanggan dapat melihat sendiri gambar pelbagai jenis penginapan dan dapat berkomunikasi terus dengan pengusaha premis perniagaan, sekaligus memendekkan masa untuk mereka (pelanggan) melakukan pencarian. Kerja-kerja yang dilakukan secara digital akan meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam hal-hal pengurusan kerana data adalah terbuka dan dikongsi secara meluas. Ini membawa kepada peningkatan keyakinan pelanggan untuk
9
MAPA 2021
dan minuman serta seni dan budaya. Saya difahamkan ada beberapa koperasi pelancongan yang masih bertahan dan ada juga yang terpaksa menutup operasi atau mencari sumber pendapatan alternatif. Walau bagaimanapun, saya berharap pengusaha koperasi pelancongan dapat memanfaatkan ilmu digitalisasi dan mengamalkan etika perniagaan mengikut norma baharu yang berlandaskan maklumat dan internet tanpa batasan untuk meneruskan kelestarian koperasi pelancongan. PELANCAR: Setakat ini, adakah Datuk merasakan yang pembangunan digitalisasi dalam pelancongan koperasi di Malaysia sudah mencapai standard seperti yang dimahukan?
Penginapan yang berkonsepkan kabin yang disediakan oleh Koperasi Desa Kuala Medang Lipis Berhad di Homestay Kuala Medang untuk pengunjung yang mahukan percutian di lokasi yang mendamaikan.
PELANCAR: Apakah bentuk inisiatif yang sesuai bagi menggalakkan sektor pelancongan koperasi memanfaatkan teknologi digitalisasi dalam perniagaan mereka? Insentif dan bantuan kerajaan seperti melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) memberi suntikan semangat kepada pemain industri dalam Sektor Pelancongan dan memberi ruang kepada mereka untuk terus ‘bernafas’. Bantuan berkenaan berupaya membantu menjayakan matlamat Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kerjasama antara kementerian dan agensi- agensi kerajaan sangat dialu-alukan. Sebagai contoh, antara Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) boleh menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Keusahawan dan Koperasi (MEDAC) untuk menyediakan bantuan khusus untuk pendigitalan industri pelancongan. Saya difahamkan ada beberapa skim sedia ada seperti Geran Padanan Pendigitalan PKS dan koperasi oleh Bank Simpanan Nasional dan Skim Pembiayaan Go Digital oleh Hijrah Selangor, Geran Padanan Pendigitalan PKS dan koperasi oleh Bank Simpanan Nasional. Saya juga berharap skim berbentuk latihan atau bengkel seperti webinar perlu diperbanyakkan lagi oleh agensi- agensi terlibat.
PELANCAR: Apakah harapan Datuk terhadap koperasi yang terlibat secara langsung dalam sektor pelancongan? Industri pelancongan negara sedang dalam fasa pemulihan dan bangkit kembali, maka koperasi perlu beri tumpuan terhadap kelemahan dan cabaran yang perlu diatasi untuk mengadaptasi digitalisasi dalam urusan pengurusan dan pengoperasian. Selain digitalisasi, perkara lain juga perlu diambil berat untuk pastikan tempat penginapan bersih dan selamat serta memastikan kakitangan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama ketika rakyat kini berpusu- pusu mahu melancong setelah rentas negeri dibenarkan oleh kerajaan. Pastikan kakitangan termasuk pekerja warga asing telah lengkap menerima vaksin kerana ini sangat bertepatan dengan slogan ‘Lindungi Diri, Lindungi Semua’. Saya mengharapkan koperasi dapat diiktiraf sebagai perusahaan kecil dan sederhana supaya mereka tidak perlu menubuhkan anak syarikat untuk terlibat dalam industri pelancongan. Saya mencadangkan supaya diwujudkan satu geran khas pemulihan untuk koperasi supaya mereka boleh guna geran ini untuk pembangunan infrastruktur dan utiliti. Saya juga harap ada pemantauan dan bimbingan dalam bentuk program mentor-mentee . Koperasi yang sudah maju boleh mengambil satu ke dua koperasi untuk dijadikan ‘anak didik’ hingga mereka boleh ‘berdiri’ sendiri. Saya berpegang pada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 17 iaitu
Saya melihat pembangunan digitalisasi dalam pelancongan koperasi di Malaysia masih belum mencapai standard seperti yang dimahukan. Masih banyak ruang yang perlu ditambah baik dan peluang yang perlu diteroka. Sebagai contoh, penggunaan laman web di mana pelanggan boleh membuat tempahan tidak disediakan oleh koperasi. Kalau ada pun, mungkin laman web itu terbiar atau sudah lama tidak dikemas kini. Kita perlu memperkasakan lagi modal insan pengusaha koperasi pelancongan dengan kemahiran IT supaya mereka mampu mendigitalkan perniagaan mereka dengan baik tanpa kos yang tinggi. Kemudahan untuk mendapat akses latihan kemahiran seperti webinar atau e-learning perlu diteruskan dengan minat yang berterusan perlu disemai dalam kalangan koperasi. Bantuan kemudahan perkakasan IT seperti gajet juga diperlukan oleh koperasi pengusaha industri pelancongan kecil seperti inap desa. Saya juga berpandangan perlu ada usaha untuk ‘meremajakan’ koperasi. Kita perlu bawa masuk golongan belia dan profesional yang mempunyai pemahaman dan kemahiran yang luas mengenai digitalisasi ke dalam koperasi.
‘Kerjasama demi Matlamat’. Koperasi perlu ada hubungan yang baik dan bekerjasama dengan pemain-pemain industri iaitu MOTAC dan agensi- agensi di bawah MOTAC. Wujudkan juga hubungan yang baik dengan Malaysian Inbound Tourism Association dan Islamic Tourism Centre of Malaysia (MITA) .
MAPA 2021
10
memainkan peranan aktif dalam mesyuarat agung tahunan meneliti dan membahaskan perjalanan koperasi termasuk melantik ALK yang mewakili anggota untuk mentadbir koperasi. Pelantikan ALK mestilah berdasarkan kepada keupayaan dan kebolehan seseorang bukannya berdasarkan kepada populariti calon. Dalam konteks ini, anggota koperasi perlu bertindak secara rasional bukan secara emosional. ALK sebagai pemegang amanah kepada anggota koperasi memainkan peranan yang sangat penting dalam sistem tadbir urus koperasi. ALK yang akan menentukan arah tuju koperasi dengan membangunkan perancangan strategik yang menjurus kepada pencapaian matlamat penubuhan koperasi. Ini merupakan asas utama kepada kejayaan sesebuah koperasi. Pengurusan pula dilantik oleh ALK memainkan peranan penting bagi memastikan pelaksanaan dasar dan arah tuju dengan mematuhi segala aspek perundangan dan peraturan yang telah ditetapkan. Mengikut Seksyen 42A Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007), ALK bertanggungjawab menubuhkan suatu JAD yang berkecuali daripada ALK dan pengurusan serta mempunyai kemahiran dalam bidang kewangan dan perakaunan. JAD berfungsi sebagai semak dan imbang bagi memastikan segala dasar dan arah tuju oleh ALK telah dilaksanakan dengan baik oleh pihak pengurusan. PELANCAR: : Mengapakah Dr melihat integriti sebagai elemen penting dalam sistem tadbir urus yang berkesan? Sejak lima tahun kebelakangan ini telah memperlihatkan banyak kes koperasi yang terlibat dengan isu integriti seperti salah guna kuasa dan rasuah yang memberi persepsi tidak baik kepada tadbir urus koperasi. Mengikut statistik daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh 2017 hingga Jun 2021, terdapat 222 aduan diterima, 37 kertas siasatan dibuka, 18 tangkapan, sembilan dituduh dan lapan didapati bersalah. Isu integriti dalam tadbir urus boleh menjejaskan keyakinan masyarakat awam dan merencat pembangunan gerakan koperasi negara. Kerajaan memandang serius tentang keadaan ini dan telah mengenal pasti tadbir urus dan kawal selia antara isu dan cabaran utama kepada pembangunan koperasi. Pelan Transformasi Koperasi 2021-2025 (TRANSKOM) telah menggariskan beberapa strategi bagi mengatasi isu dan cabaran ini antaranya mewujudkan sistem semak dan imbang terhadap ALK, pengurusan dan anak syarikat koperasi dan memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang pengawal selia.
Hasrat kerajaan untuk meningkatkan sumbangan koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNKK) kepada RM60 bilion pada tahun 2025 dan RM100 bilion pada tahun 2030 tidak menjadi masalah yang besar jika koperasi ditadbir dan diurus dengan penuh integriti.
PELANCAR: Pada pandangan Dr mengapakah tadbir urus penting bagi koperasi? Mengikut Garis Panduan 27, Tadbir Urus Koperasi telah didefinisikan satu proses dan struktur untuk mentadbir dan mengurus perniagaan dan hal ehwal sesebuah entiti bagi meningkatkan kemakmuran perniagaan dan akauntabiliti korporat dengan objektif utamanya untuk mencapai nilai jangka panjang pemilik. Dalam konteks koperasi, tadbir urus merupakan hubungan antara anggota sebagai pemilik, pihak pengurusan yang mengendalikan perniagaan dan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang menerajui pengurusan bagi pihak pemilik dengan tujuan untuk mencapai matlamat penubuhan koperasi. Kejayaan sesebuah organisasi termasuk koperasi bergantung bagaimana ia ditadbir dan diurus dengan berkesan. Tadbir urus amat penting bagi menyelaras proses dan struktur kerja bagi memastikan arah tuju sesebuah organisasi dapat dilaksanakan dengan sistematik berasaskan kepada elemen akauntabiliti, integriti, telus dan cekap. Di samping itu ia juga dapat
membantu proses membuat keputusan dengan berkesan, menentukan peranan dan tanggungjawab pemegang taruh, penerimaan dan imej baik oleh masyarakat. Sekiranya tadbir urus sesebuah koperasi berfungsi dengan baik, isu-isu seperti penyelewangan, salah guna kuasa, tidak cekap dalam membuat keputusan dan pelaksanaan oleh pengurusan dapat diatasi seterusnya dapat mengurangkan risiko dan akan menghasilkan prestasi yang baik. PELANCAR: Siapa yang bertanggungjawab dalam mentadbir dan mengurus koperasi? Dalam konteks koperasi, terdapat empat pemegang taruh ( stakeholders ) utama yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam melaksanakan tadbir urus dengan berkesan iaitu anggota koperasi, ALK, Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD), dan pengurusan. Mereka mempunyai peranan masing-masing dan perlu diselaraskan antara satu sama lain. Anggota koperasi merupakan pemilik bersama sesebuah koperasi dan setiap anggota pasti ingin melihat koperasi yang dimiliki bersama berjaya dan mencapai matlamat penubuhannya. Tanggungjawab utama anggota koperasi ialah
11
MAPA 2021
PELANCAR: Pada pandangan Dr bagaimanakah tahap pengurusan integriti dapat ditingkatkan dalam tadbir urus koperasi? Integriti secara umumnya terbahagi kepada dua tahap utama iaitu tahap organisasi dan tahap individu. Pada tahap organisasi pengurusan integriti lebih tertumpu sejauhmana sesebuah organisasi mengamalkan prinsip integriti dengan melaksanakan: i. piagam pelanggan, kod etika, prosedur operasi standard, sistem pengurusan kualiti, sistem kawalan dalaman dan sebagainya.
PELANCAR: Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk meningkatkan tahap integriti dan tadbir urus ANGKASA dan koperasi? Sebagai badan induk gerakan koperasi, ANGKASA sepatutnya menjadi model kepada koperasi di negara ini dalam aspek integriti dan tadbir urus yang baik. Menyedari hakikat itu, ANGKASA telah mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi meningkatkan tahap integriti dan tadbir urus sendiri dan juga koperasi anggota. Beberapa program yang telah dilaksanakan untuk tujuan tersebut antaranya ialah: i. Menubuhkan Jawatankuasa Tadbir Urus dan Integriti ii. Meningkatkan bilangan Lembaga dan pengurusan mendapat pengiktirafan sebagai Pegawai Integriti Bertauliah.
ii.
amalan pematuhan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan
PELANCAR: Bolehkah Dr jelaskan bagaimana tadbir urus dan integriti dapat meningkatkan prestasi koperasi? Beberapa kajian empirikal telah membuktikan bahawa terdapat hubungan positif antara amalan tadbir urus baik dan prestasi syarikat. Kajian oleh Paleza (2016) menjelaskan syarikat yang melaksanakan program-program anti rasuah dan mempunyai garis panduan etika yang kukuh dapat mengurangkan kos pengurusan dan seterusnya meningkatkan prestasi syarikat. Laporan International Cooperative Alliance (2018) juga menunjukkan bahawa sumbangan kepada KDNK dalam negara-negara yang berintegriti tinggi (berdasarkan Corruption Perception Index ) adalah lebih baik. Sebagai contoh New Zealand yang merupakan negara berada di ranking pertama negara berintegriti menyumbangkan 20%, Denmark sumbang 18%, Perancis sumbang 18%, dan Finland 14% kepada KDNK negara masing-masing. Pelaksanaan tadbir urus yang baik dan tahap integriti yang tinggi akan meningkatkan imej dan reputasi koperasi. Ini membuka ruang kepada koperasi untuk terus maju kerana kajian-kajian telah membuktikan bahawa pelanggan lebih suka berurusan dengan dengan syarikat yang mereka percaya.
iii.
amalan tadbir urus yang baik
iv.
Penganjuran aktiviti-aktiviti kesedaran dan pencegahan amalan rasuah
iii.
Memperoleh pengiktirafan MS 37001: Anti Bribery Management System (AMBS) Memperoleh pengiktirafan ISO 9001: 2015 Quality Management Standard Bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menganjurkan program-program kesedaran anti rasuah dan integriti. Bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi meningkatkan kesedaran koperasi tentang pencukaian.
Tahap individu merupakan tahap yang agak mencabar kerana gelagat setiap individu sukar untuk dikawal. Tahap ini menjelaskan bagaimana setiap individu tidak kira jawatan yang dipegang perlu melaksanakan tanggungjawab iaitu: i. Mereka perlu selaraskan tindakan yang dibuat dengan prinsip moral, etika dan undang-undang yang betul. Walaupun tindakan yang dibuat dikatakan betul tetapi tidak mematuhi salah satu daripada
iv.
v.
vi.
ketiga-tiga prinsip tersebut ia boleh ditakrifkan sebagai tidak berintegriti Mereka perlu selaraskan tindakan yang dibuat mestilah mengutamakan organisasi atau umum daripada kepentingan peribadi. Konflik kepentingan peribadi sering dikaitkan dengan salah
vii. Membantu koperasi untuk
membangunkan Pelan Anti Rasuah.
ii.
laku atau salah guna kuasa yang menyebab berlakunya rasuah.
Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara ANGKASA dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 17 Julai 2017 di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya.
12 MAPA 2021
ANGKASA melalui Bahagian Teknologi Maklumat telah membangunkan Sistem Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (e-MAPA) dengan tujuan untuk memberi penyelesaian terhadap pengurusan Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA yang akan berlangsung secara dalam talian. Menerusinya, semua urusan berkaitan pendaftaran dan agenda pemilihan Lembaga Pengarah dapat dijalankan secara lebih sistematik, telus dan efisien mengikut ketetapan dan Garis Panduan Mesyuarat Agung Koperasi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). PELANCAR berkesempatan untuk mewawancara Naib Presiden ANGKASA yang juga merupakan Ketua Projek e-MAPA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa. PELANCAR: Adakah sistem ini mesra pengguna khususnya terhadap individu yang tidak mahir dengan sistem secara dalam talian? Bagi memastikan semua urusan MAPA berjalan lancar, pasukan Helpdesk yang berpusat di Ibu Pejabat ANGKASA dengan bantuan petugas di JPAN turut disediakan bagi membantu sekiranya perwakilan mempunyai masalah dalam penggunaan aplikasi e-MAPA. WhatApps Group juga disediakan bagi membantu memudahkan lagi urusan soal jawab. Perwakilan boleh mendapatkan bantuan dari pasukan Helpdesk tersebut sekiranya menghadapi masalah akses ke e-MAPA. Borang Kaji Selidik secara Google Form juga disediakan selepas MAPA bagi mendapatkan maklum balas kepuasan pelanggan yang mengikuti e-MAPA. PELANCAR: Sejauhmanakah sistem ini diyakini berupaya membantu perjalanan mesyuarat koperasi dan proses pengundian? Sistem e-MAPA membolehkan perwakilan menghadiri mesyuarat secara dalam talian tanpa sempadan jarak lokasi ke tempat mesyuarat. Perwakilan boleh berinteraksi dalam MAPA serta memberi pendapat melalui aplikasi Zoom Meeting serta menulis maklum balas melalui ruangan chat di Zoom Meeting . Keputusan undian untuk jawatan yang dipertandingkan boleh dicapai dalam laman
PELANCAR: Bolehkah Dato’ terangkan tentang pembangunan sistem e-MAPA dan apakah fungsinya? e-MAPA merupakan sistem aplikasi yang dilaksanakan secara dalam talian. Perwakilan ke MAPA perlu mendaftar dalam sistem e-MAPA bagi pengesahan dalam sistem. Hari pendaftaran dibuat sehari sebelum MAPA iaitu pada 13 November 2021. Perwakilan yang disahkan pendaftaran melalui sistem e-MAPA akan diberi pautan dan kata laluan melalui sistem pesanan ringkas untuk mengikuti MAPA secara dalam talian dengan menggunakan telefon pintar atau komputer sama ada di kediaman mereka atau di lain-lain lokasi yang mempunyai akses internet. Semasa MAPA, aplikasi Zoom Meeting akan berlangsung di pusat penyiaran utama di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya dan pusat penyiaran negeri di seluruh negeri yang lokasinya akan ditentukan oleh pejabat perhubungan negeri. Semasa agenda Pemilihan Anggota Lembaga Koperasi (ALK), perwakilan MAPA akan menerima SMS ‘Pautan dan Kata Laluan’ untuk mengundi calon pilihan secara dalam
talian menggunakan sistem e-UNDI. Kebiasaan proses undian dalam masa dua hingga tiga minit untuk lima jawatan yang dipertandingkan dan bergantung kepada tahap akses talian internet di lokasi perwakilan. Sistem e-UNDI juga turut menyediakan kemudahan ‘ resume ’ kepada perwakilan untuk mengemaskini semula undian sekiranya berlaku masalah talian internet terputus. Ia boleh dilakukan dengan cara ‘ login ’ semula ke sistem yang masih menyimpan rekod undian terakhir dan perwakilan boleh meneruskan undian. Sistem e-UNDI juga turut menyediakan kemudahan kepada perwakilan untuk mencetak serta membuat salinan undian peribadi mereka dalam format PDF. Perwakilan boleh memuat turun rekod undian mereka dari sistem e-MAPA. Sistem akan memproses undian secara terus dan keputusan boleh diperoleh dengan kadar segera setelah disahkan kesahihannya oleh Jawatankuasa Audit Luar (JAL) dan Jawatankuasa Audit Dalam (JAD) ANGKASA.
13
MAPA 2021
PELANCAR: Apakah ada sebarang keperluan dan perkakasan yang perlu disediakan bagi menggunakan sistem ini? Untuk perwakilan hanya perlu perkakasan atau gajet telefon pintar dan data pelan Internet. Sekiranya tiada data pelan, perwakilan boleh mengakses internet melalui lokasi atau zon wifi internet sama ada di restoran atau internet desa. Keperluan minima telefon pintar sama ada platform Android atau IOS dan aplikasi whatApps dan Zoom Meeting . Untuk pendaftaran dan undian menggunakan web browser seperti Google Chrome atau safari. Perwakilan juga boleh menggunakan komputer bimbit atau meja dengan akses Internet. PELANCAR: Bolehkah koperasi ahli ANGKASA melanggan sistem e-MAPA untuk AGM koperasi mereka? Ya, ANGKASA bersedia untuk membantu koperasi yang berminat untuk mentranformasi pendekatan mesyuarat agung secara digital. Koperasi juga pada masa yang sama perlu bersedia untuk beralih ke era digitalisasi yang lebih cekap, menjimatkan dan efektif seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan sesuai dengan peredaran masa.
Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Inovasi & Teknologi (JPIT) ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (tengah) dan Timbalan Pengerusi JPIT Dato' Haji Che Mohd Shukree (kanan sekali) meneliti perkembangan sistem e-undi oleh Pengurus Besar Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA, Haji Noorashidi Nazari (kiri sekali).
sesawang ANGKASA selepas MAPA. Borang bantahan keputusan e-undi MAPA juga disertakan sekiranya ada dalam kalangan calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan undian. Sekiranya ada calon yang kedudukan undiannya didapati sama dalam sesuatu pemilihan, atau asul yang memerlukan undian segera, maka pihak JAL akan membuat undian secara angkat tangan dalam aplikasi ZOOM . Sistem e-MAPA juga dapat menyediakan laporan maklumat untuk integrasi ke Sistem Kewangan ANGKASA bagi pembayaran elaun perwakilan yang hadir ke MAPA melalui transaksi elektronik dengan sistematik dan tepat.
PELANCAR: Bagaimanakah sistem ini dapat berhadapan dengan masalah infrastruktur talian Internet yang lemah khususnya di kawasan pedalaman? Sebelum ini ANGKASA telahpun mengadakan Mesyuarat Agung Negeri (MAN) 2021 di setiap negeri. Tiada masalah dengan liputan internet. Perwakilan dapat mendaftar dan mengundi dengan purata peratusan undi mencecah 100 peratus.
14 MAPA 2021
Perolehan terkumpul sebanyak RM336 juta yang dijana oleh 2,457 koperasi sekolah di seluruh negara pada tahun 2020 adalah pencapaian yang membanggakan. Ini seharusnya memberi galakan kepada kita untuk meningkatkan lagi usaha dan mempelbagaikan inisiatif supaya koperasi di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) juga mampu mencatat pencapaian sehebat koperasi sekolah. Koperasi sekolah dan koperasi siswa adalah antara wadah yang terbaik untuk memastikan kelestarian modal insan keusahawanan koperasi dalam kalangan generasi muda. Ikuti wawancara khas bersama Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik yang mengulas mengenai peri pentingnya kesinambungan penglibatan murid-murid sekolah dalam gerakan koperasi apabila mereka melangkah ke kolej atau universiti.
PELANCAR: Sejauh manakah peranan koperasi sekolah dan koperasi siswa dapat menggembleng modal insan keusahawanan koperasi dalam kalangan golongan generasi muda? Sistem pendidikan negara kita menjadikan koperasi sekolah sebagai salah satu aktiviti kokurikulum. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merekodkan sejumlah 2,457 buah koperasi sekolah dengan keanggotaan seramai 1.724 juta yang terdiri daripada guru dan murid pada tahun 2020. Sekiranya murid- murid terus istiqamah dengan menyertai koperasi siswa atau koperasi belia apabila mereka melangkah ke kolej atau universiti, sudah pasti angka keanggotaan dalam dua koperasi tersebut (siswa dan belia) adalah besar. Kini, terdapat kira-kira 208 buah koperasi di peringkat IPT termasuk koperasi siswa dengan keanggotaan seramai 161,662 orang. Jumlah koperasi belia pula dilaporkan sebanyak 199 dengan keanggotaan seramai 85,697 orang. Dengan kekuatan keanggotaan yang besar ini, koperasi sekolah mempunyai potensi kemenjadian pelajar ke arah minat keusahawanan koperasi generasi muda.
PELANCAR: Penglibatan pelajar-pelajar dalam koperasi siswa dilihat tidak begitu memberangsangkan. Bolehkah Prof. ulas mengenainya?
PELANCAR: Apakah pendekatan yang perlu diambil untuk mengubah keadaan ini? Pindaan Akta Koperasi yang dikuat kuasa pada 1 April 2021 membuka ruang penubuhan koperasi sekurang-kurangnya seramai 20 anggota berbanding 50 orang sebelum ini. Manakala bagi profesional, hanya lima anggota diperlukan untuk berbuat demikian. Oleh itu, kerjasama yang padu diperlukan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Belia dan Sukan untuk menggalakkan mahasiswa dan belia untuk menubuh dan menyertai koperasi. KPT telah melancarkan Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025 dengan tujuan untuk menerapkan budaya dan nilai-nilai keusahawanan ke dalam sistem pendidikan tinggi negara. Ini adalah supaya mahasiswa lebih tertumpu pada mencipta pekerjaan ( job creator ) daripada mencari pekerjaan ( job seeker ) apabila mereka menamatkan pengajian. Oleh itu, langkah-langkah perlu diambil supaya ‘keusahawanan koperasi’ menjadi satu silibus yang diterapkan di semua IPT seperti yang pernah disarankan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Abdul Fattah Abdullah. Walau bagaimanapun, pendekatan ini bergantung pada kesungguhan universiti atau kolej masing-masing. Pendedahan
Penglibatan pelajar dalam koperasi siswa yang dilihat tidak begitu memberangsangkan walaupun mereka didedahkan dengan konsep koperasi sejak di bangku sekolah menengah lagi dan ini menjadi tanda tanya. Walau bagaimanapun, keadaan ini adalah kerana terdapat beberapa perbezaan dari pelbagai aspek antara koperasi sekolah dengan koperasi siswa. Sebagai contoh, koperasi sekolah perlu diuruskan sepenuhnya oleh pengetua dan guru-guru. Murid-murid pula berperanan sebagai pembantu supaya tidak mengganggu proses pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Situasi ini berbeza dengan koperasi siswa di mana pelajar-pelajar tidak lagi memegang peranan sebagai pembantu, tetapi merekalah yang perlu menggerakkan sendiri koperasi.
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20 Page 21 Page 22 Page 23 Page 24 Page 25 Page 26 Page 27 Page 28 Page 29 Page 30 Page 31 Page 32Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease