MAPA 2021
10
memainkan peranan aktif dalam mesyuarat agung tahunan meneliti dan membahaskan perjalanan koperasi termasuk melantik ALK yang mewakili anggota untuk mentadbir koperasi. Pelantikan ALK mestilah berdasarkan kepada keupayaan dan kebolehan seseorang bukannya berdasarkan kepada populariti calon. Dalam konteks ini, anggota koperasi perlu bertindak secara rasional bukan secara emosional. ALK sebagai pemegang amanah kepada anggota koperasi memainkan peranan yang sangat penting dalam sistem tadbir urus koperasi. ALK yang akan menentukan arah tuju koperasi dengan membangunkan perancangan strategik yang menjurus kepada pencapaian matlamat penubuhan koperasi. Ini merupakan asas utama kepada kejayaan sesebuah koperasi. Pengurusan pula dilantik oleh ALK memainkan peranan penting bagi memastikan pelaksanaan dasar dan arah tuju dengan mematuhi segala aspek perundangan dan peraturan yang telah ditetapkan. Mengikut Seksyen 42A Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007), ALK bertanggungjawab menubuhkan suatu JAD yang berkecuali daripada ALK dan pengurusan serta mempunyai kemahiran dalam bidang kewangan dan perakaunan. JAD berfungsi sebagai semak dan imbang bagi memastikan segala dasar dan arah tuju oleh ALK telah dilaksanakan dengan baik oleh pihak pengurusan. PELANCAR: : Mengapakah Dr melihat integriti sebagai elemen penting dalam sistem tadbir urus yang berkesan? Sejak lima tahun kebelakangan ini telah memperlihatkan banyak kes koperasi yang terlibat dengan isu integriti seperti salah guna kuasa dan rasuah yang memberi persepsi tidak baik kepada tadbir urus koperasi. Mengikut statistik daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh 2017 hingga Jun 2021, terdapat 222 aduan diterima, 37 kertas siasatan dibuka, 18 tangkapan, sembilan dituduh dan lapan didapati bersalah. Isu integriti dalam tadbir urus boleh menjejaskan keyakinan masyarakat awam dan merencat pembangunan gerakan koperasi negara. Kerajaan memandang serius tentang keadaan ini dan telah mengenal pasti tadbir urus dan kawal selia antara isu dan cabaran utama kepada pembangunan koperasi. Pelan Transformasi Koperasi 2021-2025 (TRANSKOM) telah menggariskan beberapa strategi bagi mengatasi isu dan cabaran ini antaranya mewujudkan sistem semak dan imbang terhadap ALK, pengurusan dan anak syarikat koperasi dan memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang pengawal selia.
Hasrat kerajaan untuk meningkatkan sumbangan koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNKK) kepada RM60 bilion pada tahun 2025 dan RM100 bilion pada tahun 2030 tidak menjadi masalah yang besar jika koperasi ditadbir dan diurus dengan penuh integriti.
PELANCAR: Pada pandangan Dr mengapakah tadbir urus penting bagi koperasi? Mengikut Garis Panduan 27, Tadbir Urus Koperasi telah didefinisikan satu proses dan struktur untuk mentadbir dan mengurus perniagaan dan hal ehwal sesebuah entiti bagi meningkatkan kemakmuran perniagaan dan akauntabiliti korporat dengan objektif utamanya untuk mencapai nilai jangka panjang pemilik. Dalam konteks koperasi, tadbir urus merupakan hubungan antara anggota sebagai pemilik, pihak pengurusan yang mengendalikan perniagaan dan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang menerajui pengurusan bagi pihak pemilik dengan tujuan untuk mencapai matlamat penubuhan koperasi. Kejayaan sesebuah organisasi termasuk koperasi bergantung bagaimana ia ditadbir dan diurus dengan berkesan. Tadbir urus amat penting bagi menyelaras proses dan struktur kerja bagi memastikan arah tuju sesebuah organisasi dapat dilaksanakan dengan sistematik berasaskan kepada elemen akauntabiliti, integriti, telus dan cekap. Di samping itu ia juga dapat
membantu proses membuat keputusan dengan berkesan, menentukan peranan dan tanggungjawab pemegang taruh, penerimaan dan imej baik oleh masyarakat. Sekiranya tadbir urus sesebuah koperasi berfungsi dengan baik, isu-isu seperti penyelewangan, salah guna kuasa, tidak cekap dalam membuat keputusan dan pelaksanaan oleh pengurusan dapat diatasi seterusnya dapat mengurangkan risiko dan akan menghasilkan prestasi yang baik. PELANCAR: Siapa yang bertanggungjawab dalam mentadbir dan mengurus koperasi? Dalam konteks koperasi, terdapat empat pemegang taruh ( stakeholders ) utama yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam melaksanakan tadbir urus dengan berkesan iaitu anggota koperasi, ALK, Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD), dan pengurusan. Mereka mempunyai peranan masing-masing dan perlu diselaraskan antara satu sama lain. Anggota koperasi merupakan pemilik bersama sesebuah koperasi dan setiap anggota pasti ingin melihat koperasi yang dimiliki bersama berjaya dan mencapai matlamat penubuhannya. Tanggungjawab utama anggota koperasi ialah
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease