14 MAPA 2021
Perolehan terkumpul sebanyak RM336 juta yang dijana oleh 2,457 koperasi sekolah di seluruh negara pada tahun 2020 adalah pencapaian yang membanggakan. Ini seharusnya memberi galakan kepada kita untuk meningkatkan lagi usaha dan mempelbagaikan inisiatif supaya koperasi di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) juga mampu mencatat pencapaian sehebat koperasi sekolah. Koperasi sekolah dan koperasi siswa adalah antara wadah yang terbaik untuk memastikan kelestarian modal insan keusahawanan koperasi dalam kalangan generasi muda. Ikuti wawancara khas bersama Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik yang mengulas mengenai peri pentingnya kesinambungan penglibatan murid-murid sekolah dalam gerakan koperasi apabila mereka melangkah ke kolej atau universiti.
PELANCAR: Sejauh manakah peranan koperasi sekolah dan koperasi siswa dapat menggembleng modal insan keusahawanan koperasi dalam kalangan golongan generasi muda? Sistem pendidikan negara kita menjadikan koperasi sekolah sebagai salah satu aktiviti kokurikulum. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merekodkan sejumlah 2,457 buah koperasi sekolah dengan keanggotaan seramai 1.724 juta yang terdiri daripada guru dan murid pada tahun 2020. Sekiranya murid- murid terus istiqamah dengan menyertai koperasi siswa atau koperasi belia apabila mereka melangkah ke kolej atau universiti, sudah pasti angka keanggotaan dalam dua koperasi tersebut (siswa dan belia) adalah besar. Kini, terdapat kira-kira 208 buah koperasi di peringkat IPT termasuk koperasi siswa dengan keanggotaan seramai 161,662 orang. Jumlah koperasi belia pula dilaporkan sebanyak 199 dengan keanggotaan seramai 85,697 orang. Dengan kekuatan keanggotaan yang besar ini, koperasi sekolah mempunyai potensi kemenjadian pelajar ke arah minat keusahawanan koperasi generasi muda.
PELANCAR: Penglibatan pelajar-pelajar dalam koperasi siswa dilihat tidak begitu memberangsangkan. Bolehkah Prof. ulas mengenainya?
PELANCAR: Apakah pendekatan yang perlu diambil untuk mengubah keadaan ini? Pindaan Akta Koperasi yang dikuat kuasa pada 1 April 2021 membuka ruang penubuhan koperasi sekurang-kurangnya seramai 20 anggota berbanding 50 orang sebelum ini. Manakala bagi profesional, hanya lima anggota diperlukan untuk berbuat demikian. Oleh itu, kerjasama yang padu diperlukan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Belia dan Sukan untuk menggalakkan mahasiswa dan belia untuk menubuh dan menyertai koperasi. KPT telah melancarkan Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025 dengan tujuan untuk menerapkan budaya dan nilai-nilai keusahawanan ke dalam sistem pendidikan tinggi negara. Ini adalah supaya mahasiswa lebih tertumpu pada mencipta pekerjaan ( job creator ) daripada mencari pekerjaan ( job seeker ) apabila mereka menamatkan pengajian. Oleh itu, langkah-langkah perlu diambil supaya ‘keusahawanan koperasi’ menjadi satu silibus yang diterapkan di semua IPT seperti yang pernah disarankan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Abdul Fattah Abdullah. Walau bagaimanapun, pendekatan ini bergantung pada kesungguhan universiti atau kolej masing-masing. Pendedahan
Penglibatan pelajar dalam koperasi siswa yang dilihat tidak begitu memberangsangkan walaupun mereka didedahkan dengan konsep koperasi sejak di bangku sekolah menengah lagi dan ini menjadi tanda tanya. Walau bagaimanapun, keadaan ini adalah kerana terdapat beberapa perbezaan dari pelbagai aspek antara koperasi sekolah dengan koperasi siswa. Sebagai contoh, koperasi sekolah perlu diuruskan sepenuhnya oleh pengetua dan guru-guru. Murid-murid pula berperanan sebagai pembantu supaya tidak mengganggu proses pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Situasi ini berbeza dengan koperasi siswa di mana pelajar-pelajar tidak lagi memegang peranan sebagai pembantu, tetapi merekalah yang perlu menggerakkan sendiri koperasi.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease