15
MAPA 2021
GENERASI muda yang memegang utuh pada prinsip-prinsip koperasi mampu memberi sumbangan yang signifikan kepada pembangunan sosioekonomi negara (Kredit gambar: Facebook rasmi Koperasi Siswa UiTM Selangor Berhad. Gambar diambil semasa Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Mahasiswa Kebangsaan 2019 yang diadakan pada 11 hingga 13 Oktober 2019).
subjek ataupun topik ‘keusahawanan koperasi’ dapat memberi pendedahan mengenai falsafah dan prinsip koperasi kepada tenaga pengajar dan pelajar IPT. Pelajar yang terlibat aktif dalam koperasi siswa juga wajar diberikan kredit tambahan oleh pihak kolej atau universiti. Baru-baru ini, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tan Sri Noh Omar, menyatakan akan menubuhkan Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi di setiap kawasan parlimen. Usaha ini akan merangsang penglibatan golongan belia dalam koperasi apabila Pejabat Belia dan Sukan di setiap daerah turut terlibat. Kerjasama antara SKM di setiap wilayah dengan Pejabat Belia dan Sukan di setiap daerah akan mempercepatkan penggemblengan generasi belia dalam gerakan koperasi. Perkara ini adalah sejajar dengan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025 dan Dasar Keusahawanan Negara 2030. Insya Allah. PELANCAR: Bagaimanakah ANGKASA boleh memainkan peranan dalam menggembleng pembangunan modal insan generasi muda dalam keusahawanan koperasi? ANGKASA perlu mewujudkan satu program mengenai keusahawanan koperasi untuk pelajar- pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM mereka. Sebelum mereka melangkah ke kolej atau universiti, mereka sudah ada kefahaman mengenai koperasi dan mempunyai rasa tanggungjawab untuk menghidupkan koperasi di sana (kolej atau universiti) pula. Program ini berbentuk team building yang memerlukan kerjasama pihak ibubapa, sekolah, SKM dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kita sasarkan murid-murid yang pernah memegang jawatan dalam koperasi sekolah mereka seperti Penolong Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari untuk menyertai program team building ini. ANGKASA akan berkolaborasi dengan Institut Koperasi
Malaysia (IKMa) bagi menjayakan program ini. ANGKASA juga akan mempertingkatkan lagi program bersama koperasi siswa dan belia. Insya Allah. PELANCAR: Apakah harapan Prof. bagi merealisasikan penglibatan generasi muda dalam gerakan koperasi? Saya penuh yakin bidang pendidikan merupakan platform yang terbaik untuk mengasah bakat keusahawanan koperasi iaitu bermula dari sekolah hinggalah ke peringkat pengajian
yang lebih tinggi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Saya menyokong cadangan kerajaan yang mahu mewujudkan universiti pendidikan koperasi dan keusahawanan. Kita mahu generasi muda aktif dalam koperasi supaya dapat membantu meningkatkan sosioekonomi anggota termasuk masyarakat sekeliling dan menyumbang kepada kemakmuran negara.
Murid-murid yang melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh koperasi sekolah didedahkan dengan ilmu keusahawanan dan penerapan nilai-nilai dan ciri-ciri seorang usahawan.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease