16 MAPA 2021
ANGKASA terus Cakna COOPCARE MERENTAS
Oleh: Mohd Zakuan Azmi
sarung tangan), makanan ringan kepada petugas dan penerima vaksin kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV), sumbangan barang keperluan harian di bawah projek Barangan Asas 100 (BA100) kepada petugas barisan hadapan dan penglibatan pasukan Sukarelawan CoopCare di beberapa lokasi PPV dan juga kawasan yang terlibat dalam bencana alam. Selain itu, ANGKASA juga turut menyumbang secara tunai kepada penerima dalam kalangan organisasi (NGO/ koperasi/ Pertubuhan) yang
memerlukan, menganjurkan program derma darah, Program CSR Koperasi Prihatin Sejuta Pokok serta mewujudkan tabung sumbangan barangan gajet dan komputer terpakai melalui e-CoopCare. Usaha yang dijalankan ini dapat menzahirkan penghargaan ANGKASA kepada petugas barisan hadapan negara dan pada masa yang sama dapat memberi manfaat kepada lebih 45,000 penerima di seluruh Malaysia.
Inisiatif ANGKASA untuk terus cakna kepada anggota dan masyarakat yang terkesan dengan pelbagai cabaran sosioekonomi akibat COVID-19 terus digerakkan dari semasa ke semasa melalui program CoopCare ANGKASA. Sejak Mac 2020 hingga Oktober 2021, sebanyak 100 program CoopCare telah dilaksanakan melalui Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA. Ia merangkumi pelbagai program kepada anggota dan masyarakat seperti sumbangan kit kesihatan (pelitup muka, cecair pembasmi kuman dan
JPAN Sarawak
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease