19
MAPA 2021
PELAN STRATEGIK
PUNCA KUASA
i. Seksyen 42A, Akta Koperasi 1993 (Akta 502) Jawatankuasa Audit Dalaman. ii. Perkara 43, Undang-Undang Kecil ANGKASA (Pindaan 2010 Hingga 2014). iii. Garis Panduan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, GP4: Garis Panduan Pelantikan Dan Fungsi Jawatankuasa Audit Dalaman.
i. Pengauditan Pengurusan dan Kewangan ANGKASA yang efektif dan efisien. ii. Melaksanakan pengauditan mengikut piawaian antarabangsa secara profesional dan bebas bagi menambah nilai dan mempertingkatkan tahap akauntabiliti operasi. iii. Menghasilkan laporan audit dalaman yang berkualiti, adil dan saksama. iv. Memastikan cadangan-cadangan audit dalaman yang dilulusakan oleh JTK dilaksanakan oleh Pengurusan.
FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB JAD
Rujukan Garis Panduan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, GP4: Garis Panduan Pelantikan Dan Fungsi Jawatankuasa Audit Dalaman. Bagi koperasi yang mempunyai audit dalaman atau mana- mana orang yang menjalankan fungsi audit dalaman, JAD perlu memastikan mereka melaksanakan tanggungjawab berikut: a. Mengemukakan rancangan kerja audit dalaman berasaskan kewajaran skop dan risiko; b. Mengkaji integriti proses dan struktur kawalan dalaman koperasi; c. Menyemak pelaksanaan kuasa dan kesahihan bagi segala aktiviti koperasi seperti kuasa melulus pinjaman dan perbelanjaan; d. Memeriksa akaun-akaun koperasi pada tempoh masa yang tetap dan tidak boleh kurang daripada sekali dalam tempoh tiga bulan; dan e. Mengemukakan kepada JAD laporan mengenai pengurusan dan hal ehwal koperasi termasuk pematuhan terhada Akta, Peraturan atau Undang-Undang Kecil.
PEMELIHARAAN KERAHSIAAN
JAD atau mana-mana orang yang menjalankan fungsi audit dalaman yang mempunyai akses kepada maklumat yang diperoleh dalam melaksanakan tugasnya tidak boleh menggunakan maklumat tersebut untuk kepentingan peribadi dan hendaklah dipelihara kerahsiaannya.
TUGAS-TUGAS
1. Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah memeriksa segala rekod perakaunan dan rekod lain yang berhubungan secara langsung atau tak langsung dengan ANGKASA bagi maksud menentukan sama ada hal ehwal ANGKASA dijalankan mengikut matlamat-matlamat ANGKASA, peruntukan-peruntukan Undang-Undang Kecil dan ketetapan-ketetapan yang dibuat di Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA) dan, khususnya hendaklah: a. Memastikan kuasa dan keesahan segala perbelanjaan; b. Memeriksa akaun-akaun atau melantik orang-orang yang kompeten untuk memeriksa akaun-akaun itu, pada tempoh yang tetap, bagaimanapun, tidak boleh kurang daripada sekali dalam tiap-tiap tempoh tiga bulan; dan c. Memberitahu Presiden apa-apa ketakselarasan yang berlaku dalam pengurusan koperasi. 2. Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah mengemukakan, dalam MAPA laporan tentang pengurusan dan hal ehwal ANGKASA termasuklah apa-apa pelanggaran Undang-Undang Kecil ANGKASA. 3. Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah, pada setiap masa, mempunyai kuasa memeriksa segala buku, akaun dan dokumen ANGKASA dan mana-mana orang yang dikehendaki supaya mengemukakan apa-apa maklumat atau buku-buku, akaun-akaun dan dokumen-dokumen sedemikian hendaklah mematuhi kehendak itu. 4. Segala maklumat yang diperolehi hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh dihebahkan kecuali laporan kepada Presiden.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease